Resepi Mudah Membuat Murtabak Mini Pisang Menggunakan Kulit Popia
11:13 PG
Assalamualaikum.
Selamat pagi warga Borneo dan Malaya. Moga sihat-sihat sahaja hari ini.
Jemput sarapan pagi di dapur Amie dengan hidangan Murtabak Mini Pisang Kulit Popia.
Bila berusaha buat sendiri murtabak mini pisang barulah puas hati makan sebab ikut suka kita nak bubuh apa dan banyak mana. Ada yang suka bubuh susu pekat aau parutan keju pada permukaan murtabak ketika dihidangkan. Terpulanglah untuk tambahan bahan kegemaran masing-masing sesuai dengan kehendak dan selera.
Jom kita cari bahan untuk menghasilkan Murtabak Mini Pisang Menggunakan Kulit Popia yang sedap! Amie gunakan pisang berangan bersaiz kecil. Kalau gunakan pisang berangan saiz besar, 2 atau 3 biji pun dah cukup.
Bahan-bahan:
7 biji pisang berangan masak saiz kecil
kulit popia saiz besar secukupnya
2 biji telur gred A
1 sudu kecil gula pasir
secubit garam
marjerin atau mentega
Ini dia pisang berangan saiz kecil yang Amie ada.
Cara:
1. Kupas pisang dan hiris-hiris.
2. Lecek atau lenyek pisang tadi, tapi jangan sampai hancur. Kasar-kasar saja.
3. Bubuh sedikit garam dan gula pasir. Ini sekadar untuk keluarkan rasa lemak.
4. Kemudian tambahkan dua biji telur. Nka bubuh sebiji saja pun boleh. Tak nak bubuh telur pun boleh.
5. Kacau-kacau adunan pisang lenyek kasar dengan telur.
6. Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit marjerin.
7. Ambil sekeping kulit popia dan sudukan inti secukupnya.
9. Lipat kiri dan kanan kulit popia, dan kemaskan menjadi bentuk segi empat.
10. Letakkan di atas kuali dan balik-balikkan kedua belah murtabak supaya masak sekata.
11. Apabila murtabak kelihatan kuning keemasan, angkat.
Murtabak Mini Pisang Kulit Popia dah siap!
Amie dapat 8 keping!
Firdaus suka makan dengan susu pekat manis.
Amie dengan Encik Suami makan begitu sahaja sebab isi pisang sudah cukup manis!
Jangan lupa sediakan secawan minuman panas!
3 comments
assalamualaikum k amie
BalasPadamwoww sedapppnya
Rasa rindu pula nak makan murtabah sabah...
BalasPadamMama Sara Nur,
BalasPadamwaalaikumussalam.
Ye, sedap.
Fida,
ooooo... ada nama murtabak Sabah ye.