Popia Sira Sambal Manis Pedas
11:08 PTG
Assalamualaikum.
Jumpa lagi dalam entri masak-masak.
Malam ini Amie kongsikan juadah berbuka puasa kami pertang tadi iaitu Popia Sira Sambal manis Pedas.
Bahan-bahan:
kulit popia saiz sederhana - kali ini Amie dapat 36 gulung popia dengan menggunakan inti yang ada
sebiji telur - pukul ringan
minyak
Bahan inti:
1 cawan isi ayam - cincang
2 cawan mixed vegetable
1 cawan hirisan cendawan shiitake - terlebih dahulu rendam cendawan shiitake kering hingga lembut dan toskan airnya
1 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar perencah cukup rasa
3 sudu besar minyak
Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih serta bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan cendawan shiitake. Gaul rata dan biarkan daging ayam hingga masak.
3. Masukkan mixed vegetable.
4. Perasakan dengan sos tiram dan perencah cukup rasa.
5. Angkat bahan tumis dan masukkan ke dalam mangkuk penapis.
6. Biarkan seketika supaya kuahnya kering.
7. Letakkan inti secukupnya di atas kulit popia. Lipat dan gulung. Lekatkan dengan putih telur di bahagian hujungnya.
8. Goreng hingga berwarna keemasan.
9. Angkat dan toskan minyaknya.
Popia yang sudah siap digoreng ini kita biarkan sehingga sejuk. Sementara itu kita sediakan sambal manis pedas pekat untuk menyiranya.
Bila semuanya sudah siap, hanya tinggal beberapa minit sahaja untuk berbuka puasa. Jadi Amie tangkap gambar mana yang dapat saja. Maklumlah sambil menyiapkan popia sambil masak lauk pula.
Bahan kisar:
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Bahan lain:
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili Thai
1/2 cawan gula pasir
3 sudu besar minyak
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Gunakan api sederhana.
2. Masukkan sos tiram, sos cili Thai, dan gula pasir.
3. Masak sehingga sambal menjadi agak pekat. Jika suka boleh masukkan bijan yang sudah disangai ke dalam sambal.
4. Padamkan api dapur.
5. Biarkan sambal sejuk sedikit.
Bijan yang sudah disangai.
Boleh masukkan popia yang sudah digoreng ke dalam kuali dan sira dengan sambal manis pedas.
Taburkan bijan di atasnya.
Selepas berbuka puasa, ada sedikit lebihan sambal manis pedas tadi. Nampaknya sambal sudah sejuk, dan beginilah rupanya, lebih pekat dan sesungguhnya tersangatlah sedap... ahaks! Maaf, mangkuk comot dengan percikan sambal! Dalam sambal tu ada sedikit bijan, sebab sebelum masak sambal Amie sangai dahulu bijan. Mungkin ada tertinggal sedikit bijan di dalam kuali.
Senang saja nak buatkan?
11 comments
wahhh cantik sira nya amie :)
BalasPadamSedapnya...feveret mama.mi
BalasPadamMeriah isi bahan-bahan popiah. confirm sedap menepati citarasa. Salah satu kuih favourite.
BalasPadamRajin sungguh kamu ni
BalasPadamSedapnya popia sambal. X pernah buat lg yg sira mcm ni, senang rupanya ya. Terima kasih Amie kongsi resipi kat sini
BalasPadamWah sedap tu. Rajinnya Amie!
BalasPadamrajinnyer mak buat popua sedapp tuuh.. :p
BalasPadamAna Jingga,
BalasPadamAlhamdulillah... menjadi.
Mamapp,
ye memang ramai suka popia.
Azhafizah,
kan, kami sekeluarga memang hantu popia.
Kak Ina,
BalasPadamterima kasih kak.
Rosa,
Boleh cuba ni... memang sedap!
Ninja Blogging,
Terima kasih.
Wak Lat,
terima kasih... memang sedap!
Nk cuba juga sedap tengok 😋 terima kasih bagi resipi.
BalasPadamhari ni pun berbuka puasa popia
BalasPadamtapi tak bersira.