ADSENSE

Jumaat, 3 April 2020

Sedapnya Leher Ayam Goreng Rangup!

Siang tadi teringin sangat makan leher ayam goreng rangup!
Pertama kali makan leher ayam sewaktu bersama-sama menjadi tukang masak segera sempena kem kepimpinan sekolah, selama 3 hari dari Jumaat sehingga Ahad seminggu sebelum cuti sekolah bermula.
Oleh kerana pihak sekolah nak jimatkan kos, jadi seluruh warga sekolah dikerah turun padang dan pembahagian tugas untuk kami ialah menyediakan hidangan untuk lebih kurang 220 orang murid yang menyertai kem tersebut, termasuk semua guru yang terlibat. Menu yang perlu disediakan termasuklah sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang.
Lenguh jugalah kaki dan pinggang dari awal pagi sehingga ke petang bertungkus lumus bersama 10 orang rakan yang lain memasak. Syukurlah ketua kami orangnya ringan tulang. Dialah yang terkejar ke sana dan kemari membeli segala bahan dan memilih menu apa yang hendak dimasak. 
Salah satu menu ringkas yang tak mungkin kami lupakan keenakannya ialah ayam goreng. Kami membersihkan 35 ekor ayam, dan kemudian digaul dengan bahan ramuan, ditambah dengan tepung beras untuk digoreng. Setelah beberapa kali gorengan, beberapa orang teman tukang masak meratah leher ayam. Amie pun ikut sama. Eh! Rangup pula leher ayam goreng pada bahagian kulitnya. Sangat sedap! Tak cukup satu, ambil lagi, dan cari lagi leher ayam! Memang leher ayam kami tak akan berikan kepada anak murid! Biarlah kami saja yang makan bahagian itu. Anak murid akan kami agihkan bahagian isi ayam.

Jadi, ceritanya hari ini, setelah membeli ayam bahagian dada dan peha , dapatlah Amie kumpulkan bahagian leher yang melekat di dada ayam dan masih bersalut kulit. Bahagian pehanya pula, Amie ambil tulang belakang hingga ke tongkeng yang juga masih berkulit.

Puaslah hari ini meratah leher ayam bersama Firdaus di dapur!

Sekadar gambar kenangan sama-sama goreng ayam 35 ekor.



Walaupun sangat penat, tapi seronok!



Alhamdulillah... tertunailah hasrat di hati nak makan leher ayam goreng rangup...ahaks!


Tiada ulasan: