ADSENSE

Isnin, 6 April 2020

Makan Malam Tom Yam Santan di Regent Ramkamhaeng

Seronok juga jalan-jalan cari makan di Bangkok. Dapat berkenalan dengan pelbagai masakan dan makanan tradisional tempatan seperti tom yam. Kalau sebelah tengahari kami makan di gerai dengan hidangan tom yam merah, sebelah malamnya pula kami menikmati tom yam putih bersantan di Bungaraya Halal Restaurant, Regent Ramkamhaeng Hotel di  Hua Mak, Bang Kapi District, Bangkok. 

Ini dia tom yam seafood bersantan itu.

 Sawadikap!


 Nun di sudut sanun tertulis : Bungaraya Halal Restaurant.

 Sijil halal terpampang di dinding.

 Pelbagai menu pilihan dipaparkan di sini.


Sebelum hidangan tiba di meja, jeling-jeling dulu keliling restoran. Nampak susu kambing dalam botol. Ada logo halal di situ.


Terpandang keropok kulit ikan, dah pasanga hasrat lepas makan nak beli! Nak rasa keropok kulit ikan. Selama ini hanya mampu tengok Datuk Seri Vida saja makan keropok kulit ikan salmon di you tube! Kali ini nak beli. Tak kisahlah kalau bukan kulit ikan salmon pun!

Wokey!
Hidangan pertama tiba di meja kami ialah tom yam pok tek, campuran pelbagai hasil laut seperti udang, sotong dan juga kupang. Banyaklah kupang 'singgah' atas pinggan kita sebab kawan di depan tak makan kupang, jadi bila tersenduk kupang, disorongnya pada kita. Tom yam kali ini tom yam warna putih disebabkan ada santan. Walaupun bersantan, rasanya tetap sama, ada masamnya.

Pada mulanya tak mahu sentuh sayuran hijau, sebab sangka kacang panjang. Rupanya asparagus! Woooo.... mari sini masuk pinggan! Gemuk-gemuk pula sayur asparagus tu, macam asparagus yang kami nampak sebeah padi di Mae Klong Railway Market.

 Ini tak tahulah apa namanya. Macam salad.

Ikan siakap goreng garing ini memang sedap! Dari kepala sampai ekor kami ratah! yang tinggal hanya tulang. Nampak macam ringkas sahaja masakannya tapi cukup menyelerakan!

 Entah mengapa, menu ayam kurang mendapat perhatian. Di saat akhir barulah disentuh!

Bismillah.

Alhamdulillah.
Dapat tambah lagi ilmu berkenalan dengan tom yam Thailand, warna putih dan bersantan.

Dan makan ikan siakap sehingga licin, tinggal tulang tengah sahaja sebab tulang tepi-tepi yang kering habis diratah... katanya ada 'kucing' makan bersama kami.... ahaks! memang dia suka sangat meratah ikan! Kan bagus begitu. tak membazir. Tapi memang ikan itu sedap!


Agaknya terlalu konsentrasi makan malam  dengan tom yam putih bersantan dan ikan siakap goreng garing sampai terlupa nak beli keropok kulit ikan! Huhuhuuuu.... mana nak cari lagi?

Entri berkaitan travelogue Bangkok-Hua Hin:
Kuala Lumpur - Bangkok - Solat di Kamalul Islam Mosque
Voodoo Cafe
Jalan-Jalan Cari Makan di Evening Market Muslim Area : Bangkok
Dinner Steamboat : Halal Food Bangkok
Chocolate Ville di Waktu Malam
Baan Thai Boutique Hotel Bangkok
Sarapan Pagi di Baan Thai Boutique
Mae Klong Railway Market
Damnueon Saduak Floating Market
Makan Tengahari Tom Yam Por Thek Thale di Muslim Food Halal
Sedapnya Murtabak Pisang Thailand!
Sepetang di Chatuchak Market
Makan Malam Tom Yam Santan di Regent Ramkamhaeng
Feeling Ala-Ala Switzerland di Swiss Sheep Farm
Tempat Makan Sedap di Kedai Makan Muslim A Bang Mana di Cha-Am Hua Hin.
Singgah di Cha Am Beach
Santorini Park
Premium Outlet Cha-Am
Jamu Selera dengan Miang Pla Pao (Ikan Bakar Garam)
Thai Coconut Pudding : Khanom-Krok (ขนมครก)
Sook Siam
Makan Tom Yam Nam Khon ต้มยำน้ำข้น di Chaolay Restaurant

Tiada ulasan: