Resipi Mudah Sotong Goreng Kunyit Sedap!
6:13 PTG
Jom masak Sotong Goreng Kunyit.
Kali ini selain masukkan sayur kacang panjang, Amie tambahkan kentang yang digoreng terlebih dahulu. Masak sekali harung gitu... mudahkan! Jimat masa juga tenaga.
Macam-macam tips dan petua masak sotong agar hasilnya tidak mengecewakan. Sudah tentulah kita tak mahu makan sotong yang liat sebab terlalu lama proses memasaknya. Kita nak makan sotong yang lembut bila dikunyah... ahaks! Mari kita masak sama-sama seperti di bawah ini. Tak banyak bahan yang digunakan. Boleh gantikan kacang panjang dengan kacang buncis atau lobak merah. Tak mahu bubuh kentang goreng pun tak jadi masalah. Nak masak sotong begitu sahaja tanpa teman-teman yang lain pun ok saja.
Bahan-bahan:
500 gram sotong - bersihkan dan potong ikut suka - bilas - toskan - perap dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam - ketepikan
5 batang kacang panjang - potong 3 cm
4 biji kentang saiz kecil - kupas - potong wedges - goreng hingga kuning keemasan - ketepikan
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar minyak
Bahan hiris:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga terbit aroma.
2. Besarkan api dan kemudian masukkan sotong bersama kacang panjang serentak.
3. Masukkan sos tiram dan gaul rata. Masak antara 1 hingga 2 minit sahaja.
4. Akhir sekali masukkan kentang goreng, kacau sekali dua dan padamkan api dapur.
Amie tak tambah perasa lain sebab sotong sudah diperap dengan garam kunyit, dan sos tiram sudah cukup rasa. Kalau nak tambah pun boleh.
Sotong Goreng Kunyit dah siap!
1 comments
Pastinya sedap
BalasPadam