Senangnya Resipi Petola Masak Lemak Putih
8:55 PTG
Assalamualaikum.
Selamat malam semua.
Membaca berita dari laman KKM sebentar tadi menyatakan kes Covid-19 di seluruh dunia menghampiri angka 2 juta! Di Amerika Syarikat sahaja, sudah mencecah 29.8% dari jumlah kes keseluruhan dunia. Kes kematian tertinggi masih di Italy iaitu sebanyak 12.8% dari jumlah kes di negara tersebut.
Marilah sama-sama bersyukur kepada-Nya, dengan limpah rahmat-Nya, hari demi hari semakin ramai pesakit Covid-19 di negara kita yang pulih dengan kadar kesembuhan sebanyak 45.01%. Mudah-mudahan jumlah kes positif dan angka kematian semakin berkurangan. Aamiin.
Kita cerita masak-masak pula. Amie nak kongsikan sayur Petola Masak Lemak Putih. Sedap sungguh kalau dapat petola muda yang segar. Dimasak apa pun sedap! Yang penting jangan terlalu lama di atas api dapur sehingga sayur menjadi lembik. Nanti kurang rangup...ahaks!
1 biji petola - buang kulit - potong bulat atau serong
1 cawan udang basah yang sudah dibersihkan
15 biji mata petai - potong 2
1 cawan suhun yang sudah ditos dari rendaman
1 biji cili merah - hiris
1 batang serai - diketuk
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
garam / gula perasa pilihan
Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Cara memasak:
1. Masukkan santan cair dan santan pekat dalam periuk.
2. Kemudian masukkan bahan tumbuk, udang dan serai serta cili merah.
3. Didihkan di atas api dapur sehingga udang masak dan kuah santan mula mendidih.
4. Masukkan petola dan petai.
5. Kacau masakan sehingga petola berubah warna.
6. Masukkan suhun, garam / gula / perasa pilihan.
6. Kacau sekali dua, dan kemudian padamkan api dapur.
Petola Masak Lemak Putih dah siap!
1 comments
Wak memang suka petola masak lemak ni.
BalasPadamkalau takde petola, pakai labu air.