Resipi Sedap Kerabu Pucuk Paku dengan Taugeh
9:00 PTG
Sebelum melangkah ke kamar beradu, kongsi dahulu salah satu lauk hidangan berbuka puasa kami petang tadi. Kami di LD, berbuka pada pukul 6:13 minit petang, mendahului lebih kurang satu jam dari waktu berbuka puasa di Malaya. Ketika ini mungkin keluarga dan saudara-mara di sana sedang menunaikan solat terawih, manakala kami terlebih dahulu telah menyelesaikannya memandangkan masuknya solat fardhu Isya' di sini pada pukul 7:15 malam. Sekarang masa untuk berehat bersama keluarga.
Kerabu Pucuk Paku dan Taugeh yang Amie sediakan petang tadi laris betul. Firdaus pun ikut makan tapi dia hanya memilih kelapa dan udang sahaja. Apa istimewanya kerabu pucuk paku ini? Sebenarnya, menu biasa-biasa sahaja, menu kampung gitu.
10 batang paku pakis - ambil pucuk dan batangnya yang muda serta daun-daunnya - celur
1 cawan taugeh - celur
1/2 cawan isi udang segar - celur
1 cawan parutan kelapa - sangai hingga kuning keemasan
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris
garam / gula / perasa pilihan
1 sudu besar jus limau kasturi
Bahan tumbuk / kisar:
7 biji cili padi
3 ulas bawang putih - goreng
3 biji bawang merah - goreng
1 sudu kecil belacan - goreng
1 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
Cara:
1. Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan bahan tumbuk / kisar, udang, dan kelapa, garam / gula / perasa pilihan. Gaul sebati.
2. Seterusnya masukkan paku pakis dan taugeh, bawang besar dan cili merah.
3. Tuangkan jus limau kasturi.
4. Gaul semua bahan.
5. Hidangkan.
Kerabu Pucuk Paku dengan Taugeh sudah habis masuk perut.... ahaks!
3 comments
Alhamdulillah
BalasPadamNampak sedap
Selamat berbuka puasa
Sedapnya kak... sussh betul nak dapat sayur sekarang ni, asik dapat kobis je
BalasPadamWarisan Petani,
BalasPadamterima kasih.
Dana,
betul tu, musim PKP susah sikit nak dapat sayur hijau, ni kebetulan ada di pasar.