Damnueon Saduak Floating Market
9:56 PTG
Sambung lagi entri Bangkok - Hua Hin.
Selepas menyaksikan suasana di Mae Klong Railaway Station, kami menuju ke Damnueon Saduak Floating Market yang terletak di Ratchaburi. Sebenarnya aktiviti ini adalah aktiviti pilihan bagi sesiapa yang nak naik boat kena bayar sendiri sebanyak 150 BAHT per kepala. Oleh kerana semua ingin pengalaman ke floating market, jadi semua bersetuju untuk keluarkan perbelanjaan. Perjalanan pergi balik untuk bayaran tersebut memakan masa selama 1 jam 30 minit.
Sewaktu kami tiba, angin kencang dan awan kelihatan mendung. Tanda-tanda hujan akan turun jelas kelihatan. Nak teruskan atau batalkan aktiviti? Takut basah kena tempias hujan, walaupun ada bumbung boat.
Payung-payung yang bergantungan seolah-olah akan tercabut bila ditiup angin kencang!
Akhirnya kami putuskan juga untuk ke floating market. sewaktu menaiki boat, ada seseorang meminta kami memandang ke arahnya untuk diambil gambar. Heeehhh... baliknya nanti adalah muka kita terpampang di dalam frame untuk dijual.
Banyak juga boat yang membawa pelancong. Sepanjang perjalanan pergi dan balik kami berselisihan dengan mereka.
Air sungai nampak berombak. Melihat kiri dan kanan sungai yang bertembok dan tersusun rapi, jelaskan ini bukan sungai semula jadi tetapi merupakan terusan yang menghubungkan Sungai Mae Klong dan Tha Chin.
Perjalanan pun bermula. Kami seramai 5 orang di dalam boat, dan seorang pemandu.
Pemandangan di kiri kanan kelihatan mendamaikan. Kami menyusuri terusan ini sambil menikmati suasana kampung.
Boat yang kami naiki akan singgah sebentar di setiap gerai terapung. Sekiranya berminat bolehlah beli barang kenangan di sini.
Akhirnya hujan turun jua!
Kami pun kena tempias air hujan!
Hujan turun dengan lebatnya, dan kadang-kadang reda seketika, kemudian turun lagi. Hujan turun sehinggalah kami kembali semula ke jeti.
Suasana di floating market pun nampak sunyi sepi! Tidaklah ada suasana sibuk seperti yang pernah Amie baca dan gambarkan sebelum sampai ke sini. Nak ambil gambar pun tak selesa, sebab pemandangan yang kabur dan pergerakan yang sangat terhad, hanya duduk di dalam boat sahaja.
Dah sana sini hujan, jadi ambil sahaja pemandangan dalam suasana hujan.
Selain pemandangan ladang kelapa, kami rasa geam sangat melihat buah-buah mangga bergantungan di sana sini. Sepanjang perjalanan, ada sahaja kelihatan buah mangga berjuntaian dari rantingnya!
Rasanya lebih seronok pula melihat pemandangan alam berbanding membelek barangan di floating market... ahaks!
Di sini pun sunyi sepi, tak banyak orang. Katanya sebab hari kami datang hari Ahad, dan pasar tutup. Benarkah? Entahlah. Mungkin disebabkan hujan kot.
Adalah juga terserempak dengan peniaga-peniaga di dalam sampan mereka.
Nampaknya hujan tak kunjung henti.
Marilah kita balik semula ke jeti.
Sekian.
Inilah kisahnya sepanjang berada di Damnueon Saduak Floating Market.
Terbeli juga sepasang sutera Thai warna hijau pucuk pisang buat kenang-kenangan.
Entri berkaitan travelogue Bangkok-Hua Hin:
Kuala Lumpur - Bangkok - Solat di Kamalul Islam Mosque
Voodoo Cafe
Jalan-Jalan Cari Makan di Evening Market Muslim Area : Bangkok
Dinner Steamboat : Halal Food Bangkok
Chocolate Ville di Waktu Malam
Baan Thai Boutique Hotel Bangkok
Sarapan Pagi di Baan Thai Boutique
Mae Klong Railway Market
Damnueon Saduak Floating Market
Makan Tengahari Tom Yam Por Thek Thale di Muslim Food Halal
Sedapnya Murtabak Pisang Thailand!
Sepetang di Chatuchak Market
Makan Malam Tom Yam Santan di Regent Ramkamhaeng
Feeling Ala-Ala Switzerland di Swiss Sheep Farm
Tempat Makan Sedap di Kedai Makan Muslim A Bang Mana di Cha-Am Hua Hin.
Singgah di Cha Am Beach
Santorini Park
Premium Outlet Cha-Am
Jamu Selera dengan Miang Pla Pao (Ikan Bakar Garam)
Thai Coconut Pudding : Khanom-Krok (ขนมครก)
Sook Siam
Makan Tom Yam Nam Khon ต้มยำน้ำข้น di Chaolay Restaurant
2 comments
Cantik2 cenderahati yg ada kak, kalau jenis yg tak biasa naik boat mesti rasa seram je
BalasPadamDana,
BalasPadamcantik-cantik tapi banyak motif gajah. Hahaaa... betul tu, seram2 juga naik boat tu.