Kuala Lumpur - Bangkok - Solat di Kamalul Islam Mosque
9:46 PTG
Setelah 2 minggu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, tiba-tiba mood untuk menulis travelogue yang tenggelam jauh ke dasar laut muncul kembali. Tak boleh tunggu lebih lama, takut terlupa segala cerita dan pengalaman yang dilalui selama 4 hari 3 malam di Bangkok-Hua Hin.
Kali ini kami travel bersama Jawahir Travel & Tours HQ. Konon-kononnya ingin sambung jalan-jalan ke negara gajah putih selepas meredah landasan keretapi dari Sungai Golok ke Hatyai pada Disember 2019. Memang best sangat dapat jejak kaki ke HATYAI.

Kami ini, kenalah terbang dari Tawau ke Kuala Lumpur, lepak dahulu di surau sehingga pagi sebelum penerbangan seterusnya bersama ahli rombongan ke Bangkok.
Seperti biasa, kalau di KLIA2, sarapan pagi mesti di Quizinn by Rasa. Makan nasi lemak, satu set dengan teh tarik. Tak ingat berapa harga sebenar, mungkin RM15 kot... ahaks! Kita pilih lauk ayam masak rendang. Nasi lemak ini dihidangkan lengkap dengan ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, hirisan mentimun dan telur goreng mata.

Memandangkan penerbangan ke Bangkok pada pukul 12:15 tengahari, rasanya bolehlah isi perut dengan makanan berat seperti nasi lemak. Perut pun rasanya ok pula pagi itu.
Kali ini terbang di awan biru dengan menaiki pesawat MAS.
Dalam kapal terbang pula, dapat hidangan nasi putih berlaukkan ikan dan sayur kobis. Tak larat nak makan nasi, jadi makan ikan sahaja dengan sepotong dua buah-buahan.
Waktu di Thailand lewat 1 jam dari tempat kita. Kami mendarat pada pukul 1:25 waktu Thailand di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.
Dari udara, pemandangan di sekitar lapangan terbang seolah-olah berjerebu.
Jejak kaki kami diteruskan hingga ke Masjid Kamalul Islam untuk menunaikan solat jamak.
Masjid yang besar dan cantik ini terletak di tebing sungai Saen Saep.
Selepas mengambil wudhu', kami melalui kawasan ini untuk solat. Ada aroma wangi mengusik deria bau dari haruman kuntum bunga melati yang ditanam di belakang masjid.
Sempat mengabadikan sekeping gambar di hadapan masjid.
Sumber : WhatsAap Group
Berehat seketika di sini. Ambil angin petang.
Cerita kali ini.... sedang mengumpul mood dan ingatan untuk menulis perkara yang sudah berlalu... ahaks!
Entri berkaitan travelogue Bangkok-Hua Hin:
Kuala Lumpur - Bangkok - Solat di Kamalul Islam Mosque
Voodoo Cafe
Jalan-Jalan Cari Makan di Evening Market Muslim Area : Bangkok
Dinner Steamboat : Halal Food Bangkok
Chocolate Ville di Waktu Malam
Baan Thai Boutique Hotel Bangkok
Sarapan Pagi di Baan Thai Boutique
Mae Klong Railway Market
Damnueon Saduak Floating Market
Makan Tengahari Tom Yam Por Thek Thale di Muslim Food Halal
Sedapnya Murtabak Pisang Thailand!
Sepetang di Chatuchak Market
Makan Malam Tom Yam Santan di Regent Ramkamhaeng
Feeling Ala-Ala Switzerland di Swiss Sheep Farm
Tempat Makan Sedap di Kedai Makan Muslim A Bang Mana di Cha-Am Hua Hin.
Singgah di Cha Am Beach
Santorini Park
Premium Outlet Cha-Am
Jamu Selera dengan Miang Pla Pao (Ikan Bakar Garam)
Thai Coconut Pudding : Khanom-Krok (ขนมครก)
Sook Siam
Makan Tom Yam Nam Khon ต้มยำน้ำข้น di Chaolay Restaurant
1 comments
cantik berseni masjidnya.
BalasPadam