Stor Yang Lapang, Hati Yang Sayu

12:24 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebenarnya agak lama juga mengambil masa untuk menulis entri bertajuk Stor Yang Lapang, Hati Yang Sayu. Mudah-mudahan luahan rasa di hari Jumaat ini dapat meredakan perasaan yang masih belum dapat menerima sepenuhnya hal yang telah berlaku.

Petang itu, entah hari apa sebab sengaja hendak melupakannya! Amie melihat Encik Suami mengangkat keluar kotak-kotak lama dari stor. Di dalamnya tersusun rapi majalah-majalah kesayangan yang pernah Amie beli seperti Impiana, Laman, Anjung Seri, RASA, SAJI, AROMA, SEDAP dan sebagainya.

Aduhai! Setiap helaian dari kulit ke kulit bukan sekadar kertas. Ia pernah menjadi teman waktu sunyi. Pernah menjadi rujukan ketika mula belajar menghias rumah pertama. Pernah menjadi panduan ketika Amie mahu mencuba resipi baharu untuk keluarga. Antara majalah dekorasi dan majalah resipi, ada halaman yang bertanda. Ada resipi yang pernah  ulang baca  berkali-kali. Ada gambar ruang tamu yang pernah Amie jadikan impian.

Namun bagi Encik Suami, itu semua hanyalah timbunan lama yang memakan ruang. Katanya, stor sudah terlalu semak. Dunia sekarang di hujung jari. Segalanya boleh dicari dalam telefon. Ada benarnya kata-kata itu. Rumah memang terasa lebih lapang selepas majalah-majalah itu pergi. Tetapi entah mengapa, hati terasa sedikit kosong.

Mungkin bukan majalah yang Amie sedihkan.
Mungkin Amie sedang merindui fasa hidup yang pernah dilalui bersama helaian-helaian itu termasuk fasa awal perkahwinan dan fasa anak-anak kecil, fasa mencuba menjadi isteri dan ibu yang serba ingin belajar.


Majalah-majalah resipi mempunyai nilai dalam hidup Amie kerana lebih 150 resipi Amie's Little Kitchen pernah tersiar dalam 16 terbitan di sini: Resipi Amie's Little Kitchen di Media Cetak

Apabila Encik Suami mengambil keputusan menjual majalah-majalah lama itu kerana stor rumah sudah penuh dan katanya lagi  majalah itu sudah lama dan tidak lagi digunakan. Amie cuba memahami alasannya, tetapi jauh di sudut hati tetap terasa sedih. Bagi Amie, majalah itu bukan sekadar kertas lama. Ia adalah bukti usaha, minat memasak dan kenangan perjalanan kecil Amie dalam dunia resipi.

Akhirnya Amie akur, buanglah atau juallah majalah-majalah lama itu tetapi pastikan asingkan majalah yang terkandung resipi Amie's Little Kitchen di dalamnya. Resipi yang pernah diterbitkan tetap menjadi sebahagian daripada cerita hidup Amie. Ia mengingatkan bahawa suatu ketika dahulu, hasil masakan dari dapur kecil Amie pernah mendapat tempat di halaman  majalah terkenal di tanah air.

Oh, sudah tentulah perasaan sedih itu wajar, berhari-hari juga masih rasa terkilan. Sebelum lori datang mengambil kotak-kotak berisi majalah, Encik Suami berjaya mengasingkan 16 buah majalah masakan yang menyiarkan resipi Amie. Hal ini kerana ada kenangan peribadi di situ, setiap terbitan mengingatkan detik ketika menyiapkan resipi, mengedit gambar, menulis resipi, menghantar hasil untuk diterbitkan dan keterujaan seperti terbang ke bintang apabila resipi terbit dalam majalah!

Bagi Amie 16 kali tersiar bukan perkara kecil, tapi itu tanda pengiktirafan  bakat memasak kita dihargai. Ia juga sebagai bukti perjalanan hidup bahawa majalah itu seperti arkib perjalanan diri ini sebagai penulis resipi. Setiap kali 10 resipi disiarkan dalam majalah, Amie akan terima bayaran sebanyak RM400.00. Seronoknya waktu itu bukan semata-mata dapat bayaran, tapi disebabkan resipi yang tersiar!

Barangkali Encik Suami  melihatnya dari sudut yang berbeza seperti merasakan stor semakin sempit dan majalah lama nampak menimbun, menganggap majalah lama tidak lagi digunakan dan tidak menyedari nilai sentimental yang besar kepada Amie. Ya, Encik Suami  melihatnya sebagai barang, tetapi Amie melihatnya sebagai kenangan hidup.


Gambar Firdaus dalam majalah sewaktu kecil.






Selain majalah AROMA, resipi Amie juga pernah tersiar dalam Majalah Ibu & Anak serta  Jelita.



Walaupun tiada resipi Amie yang dihantar ke majalah RASA, namun Amie menjadi pelanggan setia majalah ini. Pendek kata memang semua majalah begini menjadi sebahagian daripada koleksi kesayangan!








Ada majalah yang berusia lebih 30 tahun. Bayangkan sejak tahun 1994, Amie mula rajin membeli majalah. Waktu itu di fasa awal perkahwinan. Walaupun beberapa kali pindah rumah sewa, kotak majalah wajib ikut!

Dan akhirnya, Amie mula menerima mengapa perlu ada pembersihan majalah. Rumah terasa lebih lapang dan tersusun. Majalah yang bertahun-tahun disimpan memang makan ruang. Apabila dijual, stor jadi lebih kemas, kurang habuk dan boleh susun barang lain yang lebih perlu ruang.

Mungkin Encik Suami rasa sesak dan inginkan suasana yang lebih ringan dan segar. Amie pun sudah boleh terima sekarang memang sudah banyak kandungan digital, resipi dan idea dekorasi yang mudah dicari. 



Walaupun sudah reda tapi tetap juga terasa hilang kenangan terutama resipi yang pernah dicuba, idea dekorasi rumah zaman anak kecil. Rasa sayu itu muncul mengenangkan perlunya memiliki majalah-majalah tersebut sewaktu mula kahwin dulu.



Majalah-majalah seperti  ini Amie beli di Lapangan Terbang KLIA.





Semuanya tinggal kenangan!






Kata Encik Suami, harga sekilogram majalah 15 sen sahaja. Amie pun tak ambil tahu hal tersebut. Cuma selepas berkotak-kotak majalah dibawa pergi, Amie tanya berapa hasil jualan? Encik Suami kata RM8.00. Malas pula hendak tanya berapa kilogram! Eh, hati masih terluka kot!


Setelah majalah dibawa pergi, tinggalkan mini perpustakaan di rumah. Di ruangan ini  sebahagiannya merupakan buku Abang Farid yang dibeli dengan duit belanja sekolah yang dikumpul setiap hari. Bermula dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima, Abang Farid tidak pernah gunakan wang saku. Semuanya disimpan untuk beli novel dan buku-buku pilihannya.

Apa perasaan Abang Farid kalau suatu hari nanti Encik Suami hendak lupuskan buku-buku tersebut?







Kadang-kadang Amie belek-belek juga buku tulisan Enid Blyton - sekadar mengenang nostalgia zaman kanak-kanak! Ketika itu selalu memasang angan-angan alangkah seronoknya kalau memiliki koleksi buku. Hari-hari boleh baca buku!


Kesimpulan : Apabila majalah dijual, kenangan turut terlerai!

35 comments

  1. Majalah SAJI & RASA dulu pun Cie selalu beli. Dah selamat terjual juga ke kedai recycle. Kalau ada kenangan resipi kita dalam tu memang kena simpan sebagai kenangan kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, betul tu.
      Kenangan yang tidak akan berulang kembali sebab sekarang semua diambil alih ICT.

      Padam
  2. Dah lama tak beli majalah. Dulu rajin juga seperti Jelita Wanita. Rasa dan Impiana pun ada juga. Amie lagi lah ada resepi yang disiarkan yang menjadi kenangan. Kita ni orang perempuan suka mengenang masa lalu tapi orang lelaki kadang macam takde perasaan je kan. Saya pun kadang barang yang di sayang bila kena buang huhu. Tapi akhirnya kena redho lah juga bila anai-anai mula menjahanamkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada dah majalah begitu sekarang ini kan Notie. Dulu, siap pinjam-meminjam lagi dari kawan-kawan, ulang baca dari kulit ke kulit.

      Padam
  3. Sama le dulu suka baca Enid Byton. Lepas tu macam berangan kalau dapat pi obersea bestnya. Sebab tu bila ada rezeki pi UK Ya Allah macam Allah makbulkan doa saya walaupun tak dapat panjat pokok epal tapi memetik buah dia pun jadi kenangan. Pokok epal tu besor tinggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa macam masuk dalam cerita karangan Enid Blyron... best kan,

      Padam
  4. Koleksi novel tu pun banyak juga. Macam nak kena sisih dan sedekah kat orang je. emm tapi mana yang suka kadang sayang je padahal nak baca sekarang godaan HP tak boleh tahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sekarang orang lebih tumpu pada maklumat digital saja.

      Padam
  5. Dana pun dulu rajin beli majalah rasa tau amie... mesti ada juga hasil resepi amie dalam tu kan. Sedih lak baca, yang ada gambar n cerita pasal masakan amie sorok la janganla buang... atau keluarkan helaian tu pastu jadikan buku lain. Sayang tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Encik Suami sisihkan majalah yang ada resipi.

      Padam
  6. Sedih juga rasanya tapi bila sudah terlalu banyak terpaksalah dilepaskan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Lama-lama rasanya dapatlah dilepaskan dengan rela.

      Padam
  7. hebat tul kak Amie kerana pernah menyumbangkan resepi ke majalah. kalau kak amie bukak channel youtube spt Che Nom pasti akan dpt sambutan hangat tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga buka u tube tapi tak berapa rajin pula nak update.

      Padam
  8. Semoga kesedihan Kak Amie terubat bersama masa. Sy pernah melaluinya, terpaksa buang semua majalah, dahlah bukan murah kita membeli. Macam Kak Amie ni, lagilah nostalgia. Mujurlah suami Kak Amie berkrompomi nak simpan majalah yang ada tulisan Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah SK.
      Nak buat macamana, zaman dah berubah.

      Padam
  9. tahniah amie banyak resipi tersiar dalam pelbagai majalah...banyak sekali buku n majalah koleksi amie..boleh bina pustaka buku kecil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak PI.
      Ada mini library, tapi banyak ruang diperlukan.

      Padam
  10. Meremang bulu roma bila membaca bait-bait perenggan pertama hingga ke-3...
    Mengapa ianya sebutir-,sebutir sangat mirip dengan kisah dan cerita serta perasaan saya...Hanya sahaja saya tak pernah masuk majalah sehebat Cikgu Amie..
    Ada air mata yang tympah..tapi saya pun tidak tahu mengapa saya harus menangis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faham perasaan Mama Cella.
      Saya pun rasa sayu.....

      Padam
  11. Patutnya buat satu galeri khas untuk simpan majalah2 tu.
    Mungkin akan jadi barangan anti dan bernilai suatu masa nanti.

    BalasPadam
  12. Sekarang nak cari majalah pun tak jumpa.. kebanyakannya majalah antarabangsa. Saya perasan selepas covid tak keluar majalah.. yang ada online je. Teingin juga baring² selak Mingguan Wanita tapi takde dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Santai jew kan kalau baring-baring sambil baca majalah.

      Padam
  13. Memang rasa sedih bila ada karya kita dalam majalah, family Etuza juga selalu membeli majalah ni dahulu, sekarang semua dihujung jari kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sekarang semua di hujung jari. Yang dulu kini tinggal kenangan.

      Padam
  14. Teringat saya artikal Etuza pernah masuk dalam majalah wanita..

    BalasPadam
  15. Sekarang saya paham kenapa hasil masakan kak Amie, baguuuuuus, sangat menyelerakan dan plating nya pro. Ternyata memang basically kak Amie dah terjun dalam dunia masak profesional sejak lama yaaaa, sampai sering dimuat dalam majalah 👏👏👏👏.

    Memang majalah2 fisik skr ini banyak makan tempat, buat habuk. Tp saya mengerti ada nilai kenangan yg tak bisa tergantikan. Yg paham hal begini hanya Orang2 yg memang suka menulis dan membaca. Tp untung nya resep2 yg ada tulisan kakak, tetap dipertahankan yaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang suka memasak, mencuba pelbagai resipi dan kongsi. Itulah salah satu hobi untuk melupakan stress kerja buat seketika.... ahaks!

      Padam
  16. lama betul tu kumpul majalah sejak 1994! semuanya kenangan kan.. nasib baik 16 buku yg ada resipi cikgu amie tu tak dibuang sekali. menangis tak berlagu!

    mak saya pun rajin beli majalah2 saji, deco rumah ni dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu-dulu susah nak dapat majalah ini di LD sebab terhad. Harganya pun boleh tahan. Lagi pun banyak gunanya untuk rujukan. Itu yang nostalgia mencuit hati.

      Padam
  17. SA dulu pun engumpul setia majalah...semua jenis majalah termasuk majalah hiburan...kalau di kira- kira harga rasanya cecah 10k duit beli majalah..habis dijual sebab dah terlampau banyak..yang tinggal sekarang hanya novel2 je..dah beli rak untuk novel tapi belum dipasang lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK. Memang banyak kita labur duit. Tiap kali gaji mesti ada peruntukan beli majalah. Itu yang rasa sayang sangat.

      Padam
  18. Memang suka beli majalah deco dan resepi dulu2. Bila pindah randah, terpaksa let go juga. Sekarang baru perasan Kak Amie dulu banyak dalam majalah.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe