Makam Syiah Kuala yang Tetap Teguh: Kisah Sheikh Abdul Rauf di Tengah Tsunami 2004

8:19 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Ketika menulis entri ini, terbayang keadaan banjir di Aceh seperti yang dilaporkan di pelbagai media sosial. Seperti diketahui umum, beberapa daerah di Aceh dilanda banjir bermula sekitar 18 November 2025 dan pemerintahan Aceh mengumumkan status darurat sejak 27 November 2025. Akibat kemusnahan yang sangat besar dan trauma peristiwa tsunamin 2004, masyarakat Aceh menggambarkan suasana banjir sebagai tsunami kedua. Diberitakan terdapat empat buah kampung seperti Sawang, Jambuai, Biruen dan Peusangan rosak teruk dibawa arus banjir.

Allahu Akbar!
Semoga penduduk Aceh terus tabah menghadapi bencana alam yang sangat besar ini sehingga menyebabkan harta benda dan rumah ditenggelami air, jalan dan jambatan banyak yang terputus selain terhentinya alat komunikasi dengan dunia luar. Tak dapat dibayangkan bagaimana segala tanah, hasil pertanian dan penternakan direndam air banjir!

Amie sambung catatan perjalanan ke Banda Aceh pada Oktober 2025 lalu.

Tsunami 26 Disember 2004 bukan sekadar peristiwa alam malah menjadi garis pemisah antara dunia sebelum dan selepas gelombang besar itu menyapu Aceh. Di tengah kehancuran yang memusnahkan kampung-kampung di pesisir, termasuk Syiah Kuala yang bertahun-tahun menjadi tanah sunyi para nelayan dan pelajar agama, terdapat satu tempat tetap berdiri dengan keheningan yang menggetarkan iaitu makam Sheikh Abdul Rauf As-Singkili, ulama besar yang dikenali sebagai Teungku Syiah Kuala.

Ketika gelombang tsunami menelan hilang, menumbangkan pokok dan garis pantai berubah bentuk, makam ini kekal berada di tempatnya seakan-akan menyambung pesan bahawa warisan ilmu tidak pernah hanyut walaupun bumi bergoncang.



Nama Syiah Kuala berasal daripada gelaran yang diberikan kepada Sheikh Abdul Rauf As-Singkili, ulama besar Aceh abad ke-17.

Siapa itu Syiah Kuala?
Syiah Kuala ialah gelaran hormat bagi Sheikh Abdul RaufSyiah ialah Syeikh (Sheikh). Dalam sebutan Aceh lama, Syiah bukan merujuk kepada mazhab Syiah, tetapi bermaksud:
  • Syeikh
  • Guru besar
  • Pemimpin agama.
Aceh memang menyebut Syiah sebagai bentuk pelafazan tempatan untuk Syeikh. Contoh lain dalam bahasa Aceh:
Kuala bermaksud  muara sungai atau kawasan tepi laut. Makam dan tempat pengajian Sheikh Abdul Rauf berada di muara sungai Krueng Aceh, iaitu kawasan kuala. Jadi maksud nama Syiah Kuala ialah Syeikh di Kuala atau ulama besar yang tinggal di kawasan muara sungai. Oleh kerana tempat tinggal dan pusat pengajaran beliau berlokasi di muara sungai, maka masyarakat mula menyebut beliau sebagai Teungku Syiah Kuala yang kemudian menjadi nama kawasan kampung, kecamatan, universiti (Universiti Syiah Kualadan beberapa institusi lain.

Bagaimana nama itu menjadi nama kampung?
Setelah Sheikh Abdul Rauf kembali ke Rahmatullah, kawasan tempat beliau mengajar dan dimakamkan menjadi zon penting keagamaan. Orang Aceh menyebut Leupah Syiah Kuala  atau tempat Sheikh Kuala. Lama-kelamaan, nama itu melekat menjadi Kampung Syiah Kuala Mukim Syiah Kuala.

Perkataan Syiah di sini tidak ada kaitan dengan mazhab Syiah. Hal ini sangat penting kerana ramai pelawat luar keliru. Ini disebabkan nama Syiah Kuala bukan kerana daerah itu penganut Syiah, atau adanya mazhab Syiah. Sebaliknya ia merujuk kepada seorang ulama Sunni besar dalam tradisi Aceh: Mazhab beliau ialah Ahlus Sunnah wal Jamaah, Syafi‘i.


Sebelum bertolak ke Makan Syiah Kuala, kami sarapan dahulu di hotel.



Seperti hari-hari sebelumnya, Banda Aceh disulami hujan renyai. Langit mendung dan pemandangan kelihatan suram. Perjalanan kami ke Makan Syiah Kuala diiringi suhu dingin dengan titis-titis hujan.


Sebelum gelombang besar itu datang, Syiah Kuala adalah sebuah kampung pesisir yang aman damai. Rumah kayu sederhana banyak berdiri di sepanjang jalan kecil, dan dari jauh terdengar deru perahu nelayan yang pulang ke muara. Di tengah kampung, tersimpan permata sejarah Aceh iaitu makam Sheikh Abdul Rauf As-Singkili, ulama besar abad ke-17, guru tasawuf, mufti negara, dan penyusun karya penting Mir’at al-Tullab.



Ketika tsunami melanda, Syiah Kuala adalah antara kawasan pertama yang diterjah gelombang. Gelombang setinggi bangunan menghayun daratan tanpa belas, memusnahkan hampir keseluruhan kampung. Rumah hilang dan hanyut. Jalan kampung lenyap di bawah lumpur. Pokok-pokok cemara laut tercabut dari akar. Muara sungai berubah bentuk. Kawasan yang dulunya hidup, tiba-tiba menjadi padang sunyi. Barangkali suasana itu sama seperti yang disebut oleh Wak Kolah : Padang jarak padang tekukur.

Sempat tangkap gambar mangga muda yang banyak berbuah di persekitaran Makan Syiah Kuala.

Makam Syiah Kuala dari bahagian hadapan.







Tapak perkuburan kaum wanita.


Antara batu nesan yang dapat dikumpulkan semula setelah tsunami melanda.



Bergambar di hadapan surau.


Di sekitar kawasan Makam Syiah Kuala, bukan sekadar kawasan perkuburan tetapi pernah menjadi pusat pendidikan Islam yang sangat penting di Aceh pada abad ke-17. Di sini terdapat dayah atau pesantren (pondok pengajian) tempat Syeikh Abdul Rauf mengajar murid-muridnya.


Selepas peristiwa tsunami 2004, kawasan ini dibaik pulih dan menjadi lebih teratur. Tempat wudhu' dan solat dibina semula. Dahulu semuanya daripada kayu dan hancur musnah diterjah gelombanag tsunami, tetapi kini binaannya lebih kukuh.





Mari kita berkenalan dengan lebih lanjut tentang Sheikh Abdul Rauf. Kami menuju ke makam yang dijaga rapi. Dahulunya tempat permakaman ini diprbuat daripada kayu tetapi selepas tsunami dibina semula menggunakan batu-bata yang disimen kemas. Ada pun kisahnya, sewaktu tsunami melanda, kawasan perkuburan ini turut menerima kesan dan kerosakan namun hanya sebuah makam sahaja yang tidak 'diusik'  dan kekal utuh iaitu Makam Sheikh Abdul Rauf.

Maaf, terlupa untuk catat nama beliau, penjaga Makam Syiah Kuala yang memandu kami memahami siapa Sheikh Abdul Rauf As-Singkili.

Sheikh Abdul Rauf As-Singkili (Teungku Syiah Kuala) sangat dihormati di Aceh kerana peranan ilmiah, rohani, dan politiknya yang luar biasa pada abad ke-17. Berikut sebab yang paling utama:

  • Ulama terbesar Aceh pada zamannya. Beliau adalah ulama yang memiliki gabungan ilmu. Fiqh (Mazhab Syafi‘i), Tafsir, Tasawuf, Hadis dan tarbiyah rohani. Beliau dianggap Alim al-‘Allamah,  tokoh ilmu bertaraf antarabangsa.

  • Menuntut ilmu 19–20 tahun di Timur Tengah. Beliau pernah belajar dan mengajar di Yaman, Mekah, Madinah, Jeddah, Delhi (melalui sanad tarekat). Beliau kembali ke Aceh membawa ilmu yang sangat luas, sehingga seluruh Nusantara mengiktirafnya.

  • Penulis kitab besar Mir'at al-Tullab. Kitab ini adalah karya fiqh Syafi‘i yang sangat penting, ditulis atas permintaan Sultanah Safiatuddin. Ia menjadi rujukan rasmi: oleh Mahkamah Kerajaan Aceh, pengadilan adat dan institusi keagamaan di Nusantara. Kitab ini menunjukkan keluasan ilmu beliau dan menjadi warisan besar.

  • Diangkat sebagai Qadhi Malikul Adil (Mufti Tertinggi). Di era Sultanah Safiatuddin, beliau dilantik sebagai Qadhi Malikul Adil iaitu satu gelaran tertinggi ulama negara Aceh.Tugasnya memberi fatwa kerajaan, menasihati istana, menyelesaikan masalah hukum masyarakat, memimpin para ulama. Kejujuran dan keadilannya terkenal di seluruh wilayah Aceh Darussalam.

  • Guru kepada ribuan murid. Muridnya datang dari Sumatera, Pattani, Tanah Melayu, Minangkabau, Banten dan Sulawesi. Silsilah keilmuan dan tarikatnya terus hidup dan menjadi asas kepada banyak institusi keagamaan di nusantara.

  • Memiliki keperibadian yang mulia. Dalam banyak cerita lisan Aceh, beliau dikenali sebagai ulama yang rendah hati, zuhud, sangat penyayang terhadap masyarakat, tidak gemar berpolitik walaupun dekat dengan istana, sentiasa tenang dan lembut tutur katanya. Keberkatan hidupnya membuat masyarakat sangat menyayanginya.

  • Makamnya selamat ketika tsunami 2004. Walaupun kampung sekeliling rata dengan tanah, makam beliau tetap utuh. Ini membuat penduduk semakin mempercayai bahawa beliau adalah wali Allah yang dijaga.

    Pendek kata, Sheikh Abdul Rauf dihormati kerana beliau 
    ulama besar, mufti tertinggi, penulis kitab penting, guru ribuan murid, pembawa ilmu tasawuf yang lurus, berakhlak mulia, dan sangat berjasa kepada kerajaan Aceh.

Makam Sheikh Abdul Rauf As-Singkili terletak di bahagian dalam.


Selepas air surut, para penyelamat dan penduduk yang kembali terpegun melihat Makam Sheikh Abdul Rauf tetap berdiri di tempatnya. Struktur pelindung sekeliling makam memang mengalami sedikit kerosakan, tetapi batu nisan tidak hanyut, tempat persemadian tidak runtuh, dan binaan asas makam tetap teguh.

Ketika seluruh kampung seperti ditarik keluar dari peta, makam ulama besar ini seperti dijaga oleh tangan yang tidak terlihat.

Masyarakat Aceh menyebutnya sebagai tanda kemuliaan ulama bukan kerana kemustahilan fizikal, tetapi kerana makam itu menjadi simbol harapan di tengah musibah yang melumpuhkan jiwa.

Makam Sheikh Abdul Rauf As-Singkili

Hari ini, apabila kita melangkah ke halaman makam Sheikh Abdul Rauf, angin muara membawa dua cerita serentak, kisah seorang ulama besar yang menyebarkan cahaya ilmu, dan kisah bagaimana tsunami menguji keteguhan sebuah kampung. Makam itu berdiri bukan hanya sebagai warisan sejarah, tetapi sebagai ingatan bahawa gelombang boleh memusnahkan kampung, tetapi ia tidak dapat memadamkan jejak seorang yang hidupnya penuh berkat.

Syiah Kuala pulih perlahan-lahan, tetapi kisah makam yang tetap teguh itu terus diceritakan dari generasi ke generasi, sebuah kisah tentang ilmu, ketabahan, dan kasih Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang soleh.

Makam Syeikh Abdul Rauf As-Singkili



Selain makam Syeikh Abdul Rauf As-Singkili, di sekitar terdapat makam para ulama dan wali Aceh, mursyid dan guru-guru murid Syiah Kuala, tokoh agama tempatan, makam keluarga dan kerabat Sultan Aceh.




Selepas bencana, Syiah Kuala mengalami perubahan seperti garis pantai bergeser ke daratan. Kolam-kolam besar terhasil akibat hakisan. Muara sungai menjadi lebih lebar dan terbuka. Pohon-pohon pelindung lenyap. Perkampungan hanya tinggal kenangan.

Dahulu, Makam Syiah Kuala berdiri sunyi di tengah kampung yang sederhana. Jalan tanah membawa ke gerbangnya, dan hanya langkah pelajar ilmu serta beberapa orang penduduk yang meniti laluan sunyi itu. Angin membawa harumnya sejarah, dan bayang ulama besar yang mengajar di sini terasa mengisi udara dengan keilmuan dan ketenangan. Suasana tenang, seperti memanggil jiwa yang ingin belajar, merenung, atau sekadar berziarah secara senyap.

Tsunami datang, meruntuhkan banyak yang ada di sekitarnya. Rumah hilang, kampung tenggelam, dan tanah yang dulu stabil kini berubah rupa. Namun makam ini tetap berdiri, menjadi saksi bisu atas kehancuran dan kehilangan. Dari puing dan kesedihan, kawasan ini kembali dibangunkan dengan lebih tersusun: jalan berturap, tempat wuduk dan solat, laluan ziarah yang jelas. Suasana yang sunyi kini berubah menjadi sayu, penuh doa dan harapan. Ia menjadi tempat orang datang untuk mencari ketenangan hati, mengingat mereka yang pergi, dan menguatkan diri menghadapi ujian hidup.

Makam Syiah Kuala kini bukan sekadar tapak sejarah atau pusat ilmu,  ia menjadi simbol ketabahan Aceh, harapan yang tidak musnah, dan keinsafan yang terus hidup. Dari sunyi yang sederhana ke pusat pemulihan rohani, ia mengajar kita bahawa di sebalik kehilangan, ada peluang untuk bangkit kembali  menjadi lebih kuat, lebih tersusun, dan lebih penuh makna.



Perkampungan ini terletak di tepi pantai. Kami dapat melihat batu-batu besar disusun menjadi benteng pertahanan dari terjahan ombak dan gelombang dari laut. Lihatlah di langit sanun, kelihatan kelam oleh warna mendung yang tergantung di langit!



Tidaklah dapat kami berjalan-jalan di tepi pantai disebabkan hujan semakin lebat dan kami meninggalkan tempat ini dengan seribu keinsafan!


Mudah-mudahan kami dapat banyak iktibar setelah menjejak kaki ke beberapa tempat kesan tsunami 2004 di negeri Serambi Mekah ini.

Sebenarnya Amie pernah dengar dan belajar tentang tokoh Sheikh Abdul Rauf As-Singkili ini tetapi lupa! Entah bila. Adakah sewaktu di kelas tingkatan enam, atau sewaktu di universiti. Maklumlah waktu itu belajar untuk lulus peperiksaan, dan bukan menghayati ilmu!  Selain Abdul Rauf As-Singkili, nama-nama lain termasuklah Samsudin As-Sumaterani dan Hamzah Al-Fansuri.
Rasa seperti bermimpi pula dapat menziarahi Makam Sheikh Abdul Rauf As-Singkili.

18 comments

  1. Semoga mangsa banjir di negara jiran kita tabah... Tak sanggup tengok berita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan keadaan bertambak baik di sana.

      Padam
  2. Allahu...kampung yang hilang tu agaknya macam kampung kampung yang ditenggelamkan untuk pembinaan mepangan agaknya....Surau tu macam surau kampung dulu-dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kampung itu rosak teruk akibat banjir.
      Ya, betul macam surau dulu-dulu.

      Padam
  3. Sedihnya tengok mana-mana tempat dilanda banjir. Semoga semua mangsa terus tabah dan bersabar menghadapi ujian yang cukup besar ni. Kita dari kejauhan teruslah mendoakan keselamatan mereka.
    Kisah Tsunami Aceh takkan pernah dilupakan. Tragedi besar yang sangat terkesan. Apatah lagi mangsa-mangsanya.
    Ohh lain ye sebutannya. Mulanya saya dah fikir macam tu juga berkaitan dengan mazhab syiah, rupanya tidak. Alhamdulillah banyak bangunan dah naik dan lebih kukuh. Dekat betul dengan pantai tu kan. Sayu rasa melihatnya. Pastinya rasa risau trauma fobia dan semua tulah kalau ombak kuat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, pada mulanya saya pun terfikir tentang mazhab Syiah juga.
      Kita yang jauh hanya mampu mendoakan agar keadaan di negara jiran bertambah baik.

      Padam
  4. hai sis amie.. terasa lama benar ana tak melawat.. teringat kisah tsunami di Acheh dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Ana.
      Lama tak dengar cerita. Moga sihat walafiat.

      Padam
  5. Mulanya terpikir eh akak pi kat makam syiah... rupanya sebutan dan pahaman lain di Aceh ya. Kesian tengok banjir bandang di aceh dan sumatera, teruk betul banjirnya. Kesiannya, lambat betul kerajaannya membantu, mungkin faktor negara yg terlampau besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin jugalah negara besar dengan penduduk padat itu faktor kesukaran untuk menghantar bantuan.

      Padam
  6. Mesti besar perkampungan yang hilang tu kan..Sekarang banjir di Sumatera..sedih tengok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. memang sungguh menyedihkan. Allahu Akbar.

      Padam
  7. Hanya Allah jua yang mengetahui dan memelihara makam ulama ternama ini dari musibah tsunami.

    BalasPadam
  8. Sebenarnya bukan hilang kak, tapi memang kondisinya rusak parah. Beberapa rumah ada, tp tertutup lumpur sampai ke atap. Yg paling parah sampai saya menulis ini, itu di kota Tamiang, Aceh timur. Padahal baru saja saya dari sana, menjemput teman saya, utk sama2 hadir reuni di Lhokseumawe, Aceh Utara . Tamiang masih susah dilalui. Krn jembatan penghubung nya putus.

    Kak, saya baru tahu malah ttg kisah makan Syiah Kuala ini. Padahal saya sempat kuliah di Universitas Syiah Kuala walau hanya 1.5 tahun sebelum pindah ke Penang.

    Tak pernah dengar ceritanya. Amazed sangat dengan makamnya yg tetap berdiri yaa.

    Tapi jujur saya bingung juga. Di ajaran Islam, pernah dibilang, dilarang hukumnya meninggikan makam. Apa yg dimaksud dengan meninggikan makam yaa? Dalam pikiran saya, itu makam yg dibuat lebih tinggi, bahkan lengkap dengan rumah pelindung etc. Bukannya begitu yg dilarang?

    Tapi saya lihat makam Syiah Kuala ini juga ditinggikan, kalau bagi saya 😅😅. Yg berarti sebenernya boleh atau tidak 😅


    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fanny pencerahannya. Kadang-kadang terlalu banyak info dengan istilah yang berbeza menyebabkan berlaku salah faham.
      Memang sebelum tsunami Makam Syiah Kuala ini dikatakan sepi. Selepas tsunami dan dibaik pulih, makam ini mula dikenali ramai.
      Saya pun kurang ilmu dalam hal makam begini...hehehee.

      Padam
  9. Mohon maaf kak. Tidak ada keterangan satupun dalam buku-buku tentang Syekh Abdurrauf membawa Tarekat Naqsabandiyah. Tapi terhubungnya dengan tarekat Syattariyah nyambung dengan gurunya Syekh Ahmad Qusyasyi Madinah dsn terhubung dengan maha gurunya dari India Syekh Abdullah Assyathori

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe