Sarapan di KLIA1 Makan Tengah Hari di KKIA
8:19 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita Syawal masih belum habis. Kali ini entri terakhir berada di Malaya. Urusan daftar nasuk bagasi berjalan lancar dan kami terus masuk ke ruang menunggu. Fuad akan kembalikan kereta sewa pada pukul lapan pagi dan kemudian akan kembali ke homestay bersama Abang Farid. Sementara menunggu waktu daftar keluar pada pukul 12 tengah hari, mereka berehat dahulu di situ. Kemudian Abang Farid akan hantar Fuad ke stesen bas dan Abang Farid akan pulang ke Gombak bersama Aseeyah dan Hamzah.
Kami bertiga sarapan di Malaysia Airports (Niaga), makan Nasi Lemak Bilis. Tiga bungkus nasi lemak berharga RM16.98 sen tidak termasuk air.
Nasi Lemak Bob Gadang |
Cantik terletak telur, nampak macam sebiji tapi sebenarnya separuh. |
Firdaus kata sedap! |
Seperti biasa, urusan naik pesawat memang meletihkan. Sudahlah malam tak lena tidur, asyik termimpi lewat bangun dan tertinggal kapal terbang! Kena datang awal pula ke lapangan terbang. Jadi, sebaik sahaja duduk di kerusi, mata pun terus tertutup. Apabila hidangan disajikan, hendak tak hendak saja untuk buka mata.
Sebaik sahaja pramugara sampai di tempat duduk kami, katanya sudah tiada pilihan makanan kecuali nasi lemak dan rendang ayam. Terima sajalah seadanya. Lepas jamah sedikit dan minum, sambung tidur!
Tiba di Kota Kinabalu, sebelum sambung penerbangan ke Lahad Datu kami singgah basahkan tekak di Plaza Premium Lounge. Tidaklah kami mencari makanan berat, hanya sekadar alas perut sahaja.
Encik Suami : Cappucino |
Encik Suami : Tuna Mayo Sandwich |
Firdaus : Mango Milkshake |
Firdaus : Chicken Popcorn |
Amie : Go With The Flow
Amie : ABC - RM16.00 |
Amie hanya memesan minuman ABC sahaja. ABC di sini bukan bermaksud Air Batu Campur tetapi campuran jus epal, beetroot dan lobak merah.
Rasa tidak sabar hendak menaiki pesawat MASWings ke LD!
Jadinya dalam sehari, kami sarapan di KLIA1.
Kami makan tengah hari di Kota Kinabalu Airport.
Kami makan tengah hari di Kota Kinabalu Airport.
Kami makan malam di Lahad Datu.
16 comments
Nampak nasi lemak macam best je.. Teringin pulak. Mana nak cari nasi lemak malam-malam ni.. Hehe
BalasPadammahal nasi lemak kat airport kan. jd kena makan sampai licin. tgk sambal pun cam menarik je.
BalasPadamItu la tak nampak macam ABC. Rupanya; apple, beetroot & carrot ye...
BalasPadamPanjang perjalanannya ye Kak, wpun sekadar rentas negeri
Seharian baru sampai rumah... kalau dah macam tu kena extra 1 hari lagi untuk rehatkan badan.
BalasPadamKalau Firdaus kata sedap, mesti sedap kan. ABC tu nampak sedap.
BalasPadamberselera daus makan nasi lemak sedap
BalasPadamPenatnya kena tukar flight 3x sebelum sampai ke LD. Mujurlah masa ngajar di Papar dulu, sy turun di KLIA dan ambik flight ke Kota Bharu... Skrg ni pun dah ada AA dari KB ke KK. Alhamdulillah...
BalasPadamwaahhh nampak telur nasi lemak tu mcm sebiji tp rupanya separuh ye? hehehe
BalasPadamMasya-Allah, penat travel jauh, naik kapal terbang. Sedap pula tengok cappucino dan sandwich. 😋
BalasPadamWah...ni kalau bulan puasa berunting ni ..sahur di Malaya...iftar di LD...😂
BalasPadamCurlas tau sarapan di klia, makan di kkia, makan malam di lahad datu ahakz!
BalasPadamPelik jugak saya cari mana ABC, rupanya jus sihat 😁
Nak naik kapal makan nasi lemak atas tu nasi lemak lagi ye kak, tapi kalau tak makan risau lapar pulak. Dana baru nk tanya lain macam air abc skrg, rupanya bukan heheheh
BalasPadamMakanan kat airport sedikit pricey tapi naka tak nak memang kena habiskan sebab mahal..hehehe..
BalasPadamNaah lemak macam tuh yg saya suka. Sambalnya banyaaak, telur ada 🤤🤤🤤. Memang tak sabaaar nak ke KL secepatnya 🤣🤣. Mau puas2 cari nasi lemak 😁.
BalasPadamNasi lemak macam itu yang saya selalu craving. Jarang nak jumpa sekarang ni dekat-dekat rumah saya. Nasi lemak klasik begitu.
BalasPadamMemang penat bila perjalanan jauh ni. Sedapnya nasi lemak bungkus daun pisang. Mahal pun takpe, janji sedap. Bila dah penat kadang tak rasa nak makan. Nak rehat je rasa kan.
BalasPadam