Tradisi Malam Ketupat Masyarakat Cocos Yang Tak Dilupakan: Malam 15 Ramadan
9:13 PTGBismillahirrahmanirrahnim.
Kali ini Amie tidak banyak bercerita tentang Malam Ketupat 15 Ramadan. Bolehlah baca entri di bawah ini jika ingin mengetahui untuk lebih lanjut.
- TRADISI MALAM KETUPAT DALAM MASYARAKAT MELAYU COCOS
- SELAMAT MENYAMBUT MALAM KETUPAT - 15 RAMADAN
- MALAM KETUPAT DATANG LAGI : TRADISI MELAYU COCOS MUNCUL SETAHUN SEKALI
Kelmarin, walaupun sibuk menguruskan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham MUHAMMAD NAZMIE AIZAT, namun ahli keluarga sebelah Encik Suami tidak melupakan tradisi malam ketupat pada 15 Ramadan. Sempat juga adik ipar masak ketupat di kampung. Tahun ini Amie tidak sempat anyam kelongsong ketupat seperti tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah dapat juga 'bekalan' ketupat dari kampung.
Firdaus pula awal-awal lagi sebelum turun dari kereta di sekolah agama sudah berpesan: Buka puasa nanti Daus tak mahu makan. Daus hendak minum air saja. Daus hendak minum air banyak-banyak!
Amie tidak masak banyak untuk juadah berbuka puasa. Amie panaskan semula ketupat dari kampung dengan cara kukus dan hidangkan bersama kari ayam dan serondeng daging yang dibeli dari Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan bulan lepas.
Ayam Masak Kari ini sudah semestinya Amie masak ikut resipi orang Cocos. Di akhir masakan, tuangkan jus limau nipis! Amie tambahkan telur rebus.
Sedap serondeng daging dari Kelantan ini.
Sayang pula tak beli banyak, hanya lima bungkus sahaja.
Bulan puasa begini, memang laris manis serondeng daging ini.
Terima kasih bekalkan kami ketupat! |
Apabila Firdaus pulang dari sekolah agama, dia terus bertanya: Mommy masak apa ni? Sedap baunya. Setelah mengetahui kita masak kari ayam, dia pun bersemangat hendak makan sewaktu berbuka puasa padahal sudah pesan berkali-kali supaya sediakan banyak-banyak air minuman. Daus hendak minum saja, katanya!
Sewaktu azan masuk waktu berbuka, dialah juga yang cepat-cepat baca doa dan terus capai ketupat makan dengan kari ayam!
9 comments
Hahahahaha daaaus, lucu sangat 😄. Sama seperti anak saya. Awal2 bilang tak nak makan, hanya mau minum. Tp kemudian dia juga yg duluan ambil makan saat berbuka.
BalasPadamJadi Tahu ada tradisi ini kak Amie . Menarik. Ketupat dan gulai begini biasanya kami hidang pas lebaran, ini malah 15 Ramadhan yaa.
Nampak sedap semua masakan kak Amie ini 😍😍
Boleh buat segmen... "Daus buat hal apa hari ni...." hahaha
BalasPadamBaru bersembang dengan encik suami nak makan ketupat daun raya nanti. Mintak dia anyam ketupat sebab saya tak pandai. hihi..Pagi ni nampak ketupat daun di blog Kak Amie. Aura raya pun dah datang.
BalasPadamExcited Daus nak makan bila bau makanan sedap. Kari favourite Daus ye. Dari nak minum air banyak² tak nak makan, terus berselera nak makan. hihi...
dahaga sangat agaknya dengan cuaca panas ni kan..yang Daus terbayang air je..tp bila tengok masakan mummy terus tak boleh nak tolak hehe comel la Daus ni
BalasPadamEh eh.. konon tak mahu makan ya, Daus!
BalasPadamMenarik tradisi yg masih dikekalkan ni 👍
BalasPadamSerunding Kelantan memang sedap, tapi harganya pun boleh tahan kan Kak Amie. Tapi berbaloi dgn usaha dan hasilnya, sedap dan tahan lama.
Saya hanya tahu pasal Malam Ketupat ni sejak baca blog cikgu..Selama ni hanya tau Malam Tujuh Likur ja..
BalasPadamBanyak info la kalau bartandang ke sini...Terima kasih cikgu
sedapnya ketupat tu kak, direbus dengan santan pulak tu. Sekarang panas melampau itu yang sedap dapat minum air sejuk je kan...
BalasPadamFirst time dengar tradisi ni, Malam Ketupat. Serunding memang sedap. Hehe Daus ni boleh imagine dia balik tanya mommy pasal makan minum.
BalasPadam