Menu Berbuka Puasa Ramadan Ke-19
7:44 PTGSelepas zohor Encik Suami hendak keluar. Beberapa kali tanya kita, hendak makan apa buka puasa nanti? Katanya nanti dia akan belikan kuih. Amie kata, tak perlulah beli kuih. Bukan apa. Nanti tidak habis dimakan pula. Cukuplah beberapa kali beli kuih di bazar Ramadan, akhirnya membazir sahaja. Beli nona manis, diharapkan lemak dan manis tapi keras bahagian luar dan dalam. Hendak buat sendiri, alang-alang pula. Bukannya banyak hendak dimakan. Sekadar satu dua ketul sahaja pun. Dengarnya tidak banyak pengunjung di bazar Ramadan LD dan sebahagiannya sudah tutup warung!
Encik Suami pulang dengan membawa sebiji tembikai, mi kuning, sayur sawi, ikan tongkol dan lain-lain. Katanya, nanti gorenglah mi kuning untuk berbuka puasa. Melihat tiga ekor ikan tongkol saiz agak kecil, tiba-tiba teringin pula hendak makan nasi dengan singgang ikan tongkol! Jadinya, kita goreng mi untuk Encik Suami dan Firdaus. Untuk sendiri kita masak singgang ikan tongkol.
Hidangan Berbuka Puasa |
Mi goreng tambah daging dan sosej. |
Popia Goreng |
Jus Tembikai |
Singgang Ikan Tongkol |
Budu + Cili Padi + Limau Nipis |
Tempe + Tauhu Goreng + Pudina + Kemangi |
Selamat berbuka puasa. Bismillah. |
14 comments
Selamat berbuka puasa
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamRasanya bulan ramadan kali ni tak membeli kuih. Macam-macam kejadian kuih di BazRam tahun ni. Bila lapar moreh baru membeli apa yang ada. Kadang tu lah, bila dah makan berbuka rasa kenyang. Lepas tarawih baru macam nak makan sikit. Bagusnya Daus. Kalau dia tanya maksudnya dia nak lah tu kan. Suka betul dia dengan samosa dan popia ye. Daun kemangi tu saya no idea bau dia macamana.
BalasPadamKemangi itu keluarga selasih.
PadamAromanya seperti serai tapi lebih lembut dan menyegarkan. Boleh dibuat ulam, dicampur dalam sambal dan pelbagai masakan berkuah.
Cukup lengkap hidangan berbuka. Ada nasi dan lauk singgang, ada budu utk dicicah, ada pulak mee goreng.
BalasPadamSebak pulak bila baca Firdaus tak pernah lupa ucap terima kasih. Begitulah sy masa kecik² dulu, tiap kali lepas makan, sy akan ucapkan terima pada ibu dan abah, begini.
"Alhamdulillah, Terima kasih, bu, terima kasih, bah."
Begitulah SK. Ada tiga penghuni rumah, ada tiga jenis menu yang disediakan di dapur. Tapi semuanya ringkas dan mudah saja penyediaannya.
PadamYa, memang begitu Firdaus. Setiap kali makan samada berbuka puasa atau sahur mesti diakhiri dengan ucapan terima kasih kerana Mommy sedikan makanan, katanya.
Menarik singgang ikan tongkol, saya belum pernah tau dan merasakan,apakah mirip-mirip ikan pindang kak rasanya ?
BalasPadamMungkin juga mirip rasa pindang. Bahannya termasuk bawang putih, bawang merah, hirisan halia dan lengkuas, lupa pula saya masukkan hirisan kunyit hidup. Tambahkan asam gelugur, jika suka masukkan sayur seperti tomato dan kacang bendi. Saya suka tambahkan cili padi supaya jika teringin rasa pedas, waktu makan dengan nasi picit saya cili padi tadi. Untuk lebih aroma, saya tambahkan daun kemangi. Memang mantap rasanya ketika kuahnya dihirup panas.
PadamMenu cikgu tak pernah tak menarik....menggoda sokmo..
BalasPadamKami antara yang wajib ada buah tembikai dan air sejuk 1 cawan besar.... hangat sangt kan siang hari nya
BalasPadamsedapnyaaa lauk ikan tongkol
BalasPadamtapi kan kalau mkn ikan tongkol selalu x abis
sy akan cari size kecil
hehehe
Sedap nya semua. Singgang Ikan Tongkol paling kami suka. Makan dengan budi fuhhhh terbaik Alhamdulillah
BalasPadamAduhhh...singgang ikan tongkol tu sedpanyaaa...ada plak budu...argh....x bleh tahan la
BalasPadambetul, terkadang beli jajanan untuk berbuka dari luar, suka ga habis. krn banyak lapar mata saja. saat dicoba tak terlalu suka. jus semangka itu menggoda sangat kak. memang lah paling sedap buka dengan jus semangka saat puasa
BalasPadam