Makan Malam : Grilled Trout
10:05 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Masa yang ditunggu untuk makan malam pun tiba. Tidak sabar rasanya hendak cepat-cepat makan dan seterusnya masuk semula ke bilik, bersihkan diri, solat dan tidur! Ketika ini barulah terasa letihnya kaki masuk hutan, melewati denai, mendaki bukit dan menaiki tangga.
Masa yang ditunggu untuk makan malam pun tiba. Tidak sabar rasanya hendak cepat-cepat makan dan seterusnya masuk semula ke bilik, bersihkan diri, solat dan tidur! Ketika ini barulah terasa letihnya kaki masuk hutan, melewati denai, mendaki bukit dan menaiki tangga.
Walaupun kami tepat waktu sampai di ruang makan, tetapi kami terpaksa menunggu beberapa orang peserta yang terlewat. Rupanya, selagi belum semua peserta berada di tempat duduk masing-masing, selagi itulah makanan tidak akan dihidangkan! Sabar sajalah labu.
Grilled Trout |
Di atas meja sudah tersedia pinggan, garfu dan sudu serta pisau, gelas dan juga roti.
Air kosong dengan hirisan lemon.
10 minit menunggu semua peserta duduk di meja, hidangan pertama disajikan berupa sup. Tak tahulah sup nama apa, tapi apabila celup roti sedap pula masuk mulut! Hendak tambah sepotong roti lagi, cukuplah! Tidak mahu tambah sup dan tambah roti, nanti kekenyangan sebelum hidangan utama sampai.
Ikan trout panggang dihidangkan bersama salad kobis putih, dan ungu, kentang serta bayam lenyek. |
Ini dia hidangan utama kami, seekor ikan trout panggang. Ikan trout merujuk kepada ikan air tawar yang berkeluarga dengan Salmonidae. Ikan trout berkembang biak dengan aktif di air sungai dan tasik bersuhu dingin sekitar 10'C hingga 16'C. Trout hidup di kawasan sungai berair jernih dari gunung, penuh oksigen dan tidak tercemar. Ikan trout juga terdapat di Tasik Plitvice.
Makan malam kami diakhiri dengan pemanis mulut.
Beginilah menu makan malam orang Eropah, memang berbeza dengan menu kita orang Asia.
19 comments
Air kosong dengan hirisan lemon tu kira jadi air lemon la lan? Tak gitu?
BalasPadamContoh: Air kosong dengan serbuk teh... bukan jadi air teh?
Ok ok... uncle berseloroh...
Hahaha... air kosong saja Uncle. Hirisan lemon tu buat eksen saja.
PadamEnak uncle, jadi infused water 😄. Saya biasa pakai lemon atau kurma. Di rendam dalam air putih semalaman.
PadamMenu yang super
BalasPadamsaya jadi penasaran
seberapa nikmatnya ya
Alhamdulillah.
PadamHidangan Eropah yang berbeza dengan menu Asia.
Nak nasik jugak
BalasPadamDi sini tak ada nasi Wak.
PadamAduhaiii..tak pasal pasal kena tunggu semua ada baru makanan boleh dihidangkan. 3 menu je lah ye. Ada nasi ni pasti bertambah kenyang lagi. Tapi kalau ada sesenduk nasi terasa nikmatnya makan dengan ikan tu.
BalasPadamYa, tiga menu saja yang dihidangkan satu persatu. Habis menu pertama, angkat mangkuk, datang menu kedua gitu. Tak ada nasi.
PadamMakan lauk saja ke, tak ada nasi? Sy masih ingat dialog Badul ni, Kak Amie, hihi. Tapi nmpknya semua yg dihidang cukup mengenyangkan.
BalasPadamMemang itu saja yang dihidangkan SK. Selepas habis makan roti dengan sup, dihidangkan pula ikan. Tak ada nasinya. Menu makan malam orang putih beginilah hihihii.
PadamKalau belum ada nasi belom kenyang rasanya kak Amie 😁, tapi kalau ada tiga macam ni lumayan lah ganjal perut.
BalasPadamMenu Asia mesti ada nasinya kan Heni. Menu Eropah karbohidratnya dalam bentuk roti dan sedikit kentang yang dihidang bersama ikan trout. Tidaklah terlalu mengenyangkan sekadar untuk alas perut agar tidak lapar sewaktu tidur.
PadamNampak menyelerakan trout panggang tu...
BalasPadamkalau yang tak biasa ni kak memang tak kenyang lah kan, yelah ikan je semata kan kak... tp kalau udah lapar sedap dan kenyang jugak siap sup dan pencuci mulut tu kan
BalasPadamkenyang ke tu kak?
BalasPadamsikit nau saya tengok tu
hehehe
tapi ikan tu boleh tambah tak?
Meratah ikan aje..kenyang ke tak tu kak amie..
BalasPadamSukanya grilled trout. Terasa sedapnya. Sebab memang suka ikan.
BalasPadamBisa saya bayangkan. Ikan Trout memang sedaaaap. Bbrp kali coba ikan ini di Bulgaria dan Azerbaijan, semua sedaaap. Even makan begitu saja tanpa nasi. Walopun kalo ditambah nasi dan sambal kecap, pasti lebih sedap kan kak 😄
BalasPadam