Makan Tengah Hari di Food Garden KLIA 1 & Tambah Info Trip Balkan

3:27 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Surau KLIA Terminal 1 bersebelahan kedai  7 Elevan penuh sesak apabila tiba waktu solat zohor. Sewaktu kami sampai pada sebelah paginya, kami terus menuju ke bahagian anjung tinjau untuk ke surau tetapi ketika itu kawasan tersebut ditutup kerana kerja-kerja membaikpulih. Jadinya, kami hanya dapat berada sepanjang waktu di surau bersebelahan kedai 7 Eleven itu.

Kira-kira pukul dua petang, kami meninggalkan surau untuk mencari makanan buat alas perut. Amie ajak Kamsiah turun ke tingkat bawah dengan menaiki lift menuju ke Food Garden.


Walaupun pilihan tempat makan di KLIA Terminal 1 tidak semeriah KLIA Terminal 2, sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk mengisi perut yang lapar.



Kami memilih untuk makan nasi campur sahaja. Oleh kerana kebanyakan meja sudah dipenuhi pelanggan, jadi Amie suruh Kamsiah membeli makanannya dahulu sementara itu Amie duduklah di meja yang tidak berorang tetapi ada pinggan bekas makanan yang belum dikutip oleh pekerja di situ. Kamsiah berikan Amie sebotol air mineral dan meletakkan botol air mineralnya sendiri yang masih berbaki 3/4 air di atas meja. Sewaktu pekerja datang mengutip pinggan dan mengelap meja, diambilnya sekali botol air mineral Kamsiah! Kita pun tak tersedar.... Allahu!

Setelah Kamsiah kembali ke meja bersama sepinggan nasi, kami tertawa apabila menyedari kehilangan botol air mineral Kamsiah! Tidak mengapa, tak perlu beli air lain. Kamsiah boleh minum air mineral yang diberikan  kepada Amie tadi.

Sekarang, giliran Amie pula untuk membeli makanan. Kamsiah sudah duduk di meja dan terus menikmati hidangan tengah harinya.

Nasi Campur - RM20. 10

Amie memilih:
  • Nasi Putih : 1 - RM2.36
  • Ikan Keli Masak Lemak Cili Api : 1 - RM10.94
  • Peria : 1 - RM3.30
  • Ulam 2 Biji Kacang Bendi & Sambal Belacan  - RM2:36

    Total - RM18.96
    SST 6% - RM1.14
    Grand Total - RM20.10


Selepas makan tengah hari, Amie menuju sekali lagi ke tempat tukaran wang asing untuk menambah jumlah duit poket mata wang LIRA (Turkey). Kemudian kami kembali ke surau. Kali ini keadaan kembali lengang. Oleh kerana tiada tujuan lain, jadi kami berehat sahaja sambil baring di lantai. Tidaklah rasa berpeluh atau melekit kerana ada pendingin hawa. Hanya sesekali Kamsiah keluar kerana tidak tahan sejuk. Amie pula, agaknya badan banyak lemak jadi masih 'kebal' di bawah suhu dingin.

Untuk memenuhi masa lapang, Amie semak semula buku Travel Manual Balkan yang Amie sediakan sendiri, tujuan untuk mencatat rentetan perjalanan dan menyimpan serta melekatkan  resit-resit berkaitan.

Tarikh trip dan flight detail.

Semakan sekali lagi tarikh dan penerbangan yang dijadualkan:
  • 13 Februari 2024 - Kuala Lumpur ke Dubai - Flight EK343
    Berlepas pada pukul 01:45 pagi dan tiba di Dubai pukul 05:05 pagi


  • 13 Februari 2024 - Dubai ke Milan  - Flight EK205
    Berlepas pada pukul 9:05 pagi dan tiba di Milan pada pukul 13.10 petang
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai nampaknya lebih kurang tiga jam lebih sahaja tetapi tidak! Waktu Malaysia adalah 4 jam lebih awal berbanding Dubai. Kami akan berada lebih kurang 7 jam 20 minit dalam pesawat! Memang agak pening jugalah apabila membandingbezakan waktu mengikut jam antarabangsa. 

Tempat penginapan kami sepanjang kembara yang telah ditempah oleh agen pelancongan.

Itinerary yang telah ditetapkan sepanjang berkelana di bumi orang putih.

Flight check - in.

Kali ini Amie berpeluang menaiki pesawat EMIRATES. Teruja hendak merasai pengalaman di udara bersama EMIRATES. Mungkinkah sama seperti menaiki QATAR, ETIHAD atau SAUDI AIRLINES seperti yang pernah Amie naik sebelum ini? Kita tengoklah nanti.
  • Setiap orang mendapat limit bagasi sebanyak 25-30kg dan 7kg bagasi kabin.
  • Digalakkan membawa sepersalinan pakaian di dalam hand luggage incase berlaku kecemasan.
  • Flight meal - 2 kali makan akan diberikan  2 jam setelah penerbangan.
Musim, suhu dan pakaian yang sesuai.

  • Musim sejuk di Balkan bermula pada Disember hingga Februari dan di bawah suhu antara -10'C hingga 5'C.
  • Pakaian yang betul dan sesuai adalah sangat penting untuk menjamin kesihatan dan keselesaan semasa trip.
  • Pada waktu malam di Balkan, cuaca lebih sejuk berbanding waktu siang. Jika hendak berjalan pada waktu malam digalakkan memakai thermal wear atau sweater.
  • Kasut yang selesa adalah satu kemestian semasa mengembara. Pastikan kasut yang dibawa selesa dipakai untuk perjalanan di atas permukaan rata seperti sneakers.
  • Payung atau baju hujan perlu dibawa untuk langkah berjaga-jaga kerana kebiasaannya akan hujan semasa pertukaran musim  terutama pertukaran antara musim luruh ke musim sejuk.

Cadangan anggaran jumlah duit untuk shopping.

App waktu solat & Botol Spray 100ml

  • Waktu solat di Balkan lebih awal berbanding di Malaysia bergantung kepada musim.
  • Waktu solat dan arah qiblat akan dikongsikan oleh Tour Leader dan Tour Guide. Para peserta digalakkan download application yang bersesuaian seperti Muslimpro untuk memudahkan ibadah.
  • Solat Jamak Zohor dan Asar akan dilaksanakan setiap hari di masjid atau di hotel bergantung kepada tour. Solat Jamak Maghrib dan Isya akan dilaksanakan di hotel / tempat penginapan.
  • Peserta disarankan membawa botol spray berisi air tidak melebih 100ml untuk memudahkan ambil wudhu' semasa trip Moore River dan di dalam flight. 

Contoh plug elektrik dinding yang digunakan di Balkan.

  • Peserta digalakkan membawa travel universal adapter sekiranya ingin menggunakan peralatan elektrik di negara- negara Eropah.
  • Digalakkan membawa extension plug socket sekiranya mempunyai banyak alatan elektrik.

Contoh ubat-ubatan berlabel dan tidak berlabel.

  • Sekiranya membawa ubat-ubatan, mesti mempunyai label.
  • Ubat tidak berlabel kemungkinan akan dirampas.
  • Perlu dapatkan salinan deskripsi ubat.
Travel Checklist - 13 Perkara

Info Tambahan 


Tour Leader mengingatkan kami:
  • Bas mesti sentiasa bersih, tiada sebarang sampah ditinggalkan di tempat duduk.
  • Tiada WIFI dalam bas.
  • Tiada TANDAS dalam bas.
  • Mesti tepati masa bagi setiap hentian.
  • Waktu pemanduan bas pesiaran di Eropah telah ditetapkan selama 11 jam sahaja dalam  sehari!
Paling tidak seronok sudah tentulah ketiadaan WIFI dan TANDAS dalam bas! Apa boleh buat, redah sahajalah... ahaks!

Peringatan Mesra ini perlu dibaca banyak kali.

Pesanan Mesra:
  • Elak berada jauh dari kumpulan agar tidak berlaku masalah.
  • Saling berkomunikasi antara ahli kumpulan.
  • Berjalan dalam kumpulan.
  • Menjaga hubungan sesama ahli kumpulan.
  • Sekiranya hendak ke tandas atau tempat yang terpisah dari kumpulan, maklumkan kepada ahli kumpulan atau tour leader.
  • Sama-sama membantu antara sesama kumpulan.
  • Pastikan sendiri beg selamat masuk ke perut bas / masuk ke dalam hotel.
  • Simpan gambar beg di dalam telefon bimbit.
  • Dilarang menyimpan duit di dalam kargo kerana berisiko untuk hilang.
  • Setelah keluar dari flight, pastikan periksa bagasi sebelum keluar gate. Jika berlaku kerosakan bagasi, buat laporan di Bagage Claim / Lost & Found untuk tujuan claim samada dengan pihak Airlines / Insurans.
  • Name Tag sentiasa dipakai agar mudah dikenali oleh Tour Leader / Tour Guide.
  • Simpan nombor telefon Tour Leader / Tour Guide untuk kegunaan jika berlaku sebarang kes.
  • Jaga passport sebaiknya dan juga bawa salinan passport.
Sempat mencari info tambahan tentang makanan di Balkan, terutamanya masakan Italy kerana itulah negara pertama akan kami jejaki.



Pakej Trip Balkan yang kami sertai ini merupakan pakej halfboard. Sarapan dan makan malam disediakan kecuali makan tengah hari dan semasa free & easy. Negara yang akan dilawati nanti bukan negara 100% Islam, jadi pihak agen pelancongan telah memberi peringatan supaya berhati-hati semasa memilih makanan.

Di hotel:
  • Makanan berdaging seperti hotdog / lapisan daging - perlu mendapat kepastian terlebih dahulu dari guide samada boleh dimakan atau tidak.
  • Jika ketiadaan guide, dan kita tidak pasti maka elakkan makanan berdaging dan pilihah roti / telur / cornflakes / bijirin.
Makan Tengah Hari:
  • Guide akan tunjukkan kepada peserta kedai-kedai yang menjual makanan halal.
  • Anggaran kos untuk makan tengah hari antara EURO10 - EURO15 pax / meals.
Tips untuk mencari makanan yang halal:
  • Mencari restoran yang mempamerkan logo pensijilan Halal di premis mereka. Lebih mudah sekiranya mencari info berkaitan restoran halal di internet.
  • Mencari restoran yang menyediakan makanan berunsurkan seafood dan makanan vegetarian.
  • Pastikan / semak tiada penggunaan alkohol, wain, gelatin dan minyak haiwan.
Tips Tambahan:
  • Pastikan barang makanan yang dibawa dipek sebaiknya untuk mengelakkan pecah di dalam bagasi dan berbau semasa trip.
  • Air mineral akan disediakan seorang satu botol sahaja sepanjang trip.
  • Cerek air panas tidak disediakan di hotel Eropah. Digalakkan membawa cerek elektrik sendiri untuk mendapatkan bekalan air panas.
Sebelum naik EMIRATES, kena cabut tag MAS.

Amie hanya sempat cuci muka dan berus gigi sahaja. Faham-faham sahajalah cerita orang sedang berkelana. Selain kena kuat mental dan fizikal, sudah semestinya bersedia menerima apa jua keadaan samada selesa atau sebaliknya. Selepas solat jamak taqdim maghrib dan isya, kami menyeret beg menuju ke Balai Pelepasan Antarabangsa Tingkat 5. Di situlah tempat perjumpaan kami dengan agen pelancongan, Tour Leader dan para peserta Trip Balkan. Kami diberi:
  • 2 pek makanan makanan segera berupa nasi dan lauk (1 pek lauk ayam, 1 pek lagi lauk daging)
  • name tag
  • beg tag
  • fail berisi itinerary

Agak susah juga hendak mencari tempat bergambar yang 'kurang orang'. Ketika ini KLIA Terminal 1 penuh sesak dengan kumpulan umrah, dan juga pelancong dari Korea!


Mata tu dah hendak pejam sebenarnya!
Masa untuk tidur, digunakan untuk terbang!


Jom terbang bersama kami!

28 comments

  1. wahhhhhh! mata Ana tertumpu pada hand written menu tu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh... saya memang lebih suka menulis dalam buku berbanding tulis nota dalam HP.

      Padam
  2. Kalau ke KLIA 1, selesa solat di anjung tinjau tu. Luas sikit. Haa boleh pulak pekerja tu ambil botol. Dia ingat tak ada sesiapa punya kot. Bukan rezeki. Bestnya dapat naik pesawat Emirates. Bila nak travel ni banyak kena semak senarai. Cantiknya tulisan tu kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Fizah, memang kena semak senarai. Itu pun ada yang tak terikut. Sekarang ini semua perkara guna komputer, sudah jarang tulis tangan. Inilah peluang yang ada untuk Kak Amie tulis dalam buku.

      Padam
  3. Balasan
    1. Terima kasih. Tulisan cincai bantai saja hihihii.

      Padam
  4. Seronoknya baca perkongsian travel macam ni, rasa macam ikut bercuti sekali

    BalasPadam
  5. Yang hijau-hijau di nasi itu ocra bukan? Kayanya sedap sekali :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul itu okra. Kami panggil kacang bendi.

      Padam
  6. Cantiknya tulisan Kak Amie. Seronok nya ke Balkan, tak sabar nak baca lagi. Thanks for sharing semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mulan. Nanti Kak Amie kongsikan pengalaman jalan-jalan ke Balkan ye.

      Padam
  7. Waaa detail nya perancangan dia.. dri tulisan pun dh tahu .. bagus buat study sebelum terbang ke sesuatu destinasi.. tak pernah lgi join half-board atau full board tour ni.. exited lak nak baca kisah seterusnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Sempat jugalah study sikit-sikit sebelum terbang untuk mendapatkan gambaran awal. Ini kali pertama saya joint half-board.

      Padam
  8. Ehhhhh... cantiknya tulisan tangan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke Uncle... saya tengok tulisan Uncle lagi cantik!

      Padam
  9. Balasan
    1. Begitulah Wak ceritanya kalau dah masuk zon itu.

      Padam
  10. Hahahaha.. jaga² tu, macam mengantuk sgt dah Kak Amie. Macam nak tido sambil berjalan.. ke berjalan sambil tido ni? Hahahah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letih dan mengantuk tu SK. Tapi kedegilan hati mengatasi segalanya, biarpun mata nak terpejam kaki tu gatai jew nak berjalan hihihii.

      Padam
  11. lama jugalah laa ya kak amie berdua tggu kat klia?
    kalau tau sy ajak jalan2 sekejap wpn sekadar g putrajaya je

    faham sgt tuuuu kalau fly tgh mlm...mengantuk mmg x leh bawa bincang...

    tuuu diaaa luggage besaq naaa... jln lama kannn...😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah pula Anies ada dekat-dekat situ. Kalau tak boleh lepak sama kan.
      Hahahaa... biasanya kalau pergi oversea memang terbang-terbang malam kan Aniies.

      Padam
  12. Kalau dah cikgu....pen dan kertas dibawa kemana sahaja🤣
    Bagus la sentiasa mencatat..Tulisan cikgu macam tulisan arwah ayah saya...kemas dan menggunakan tulisan italic

    BalasPadam
  13. Lengkap catatannya ni.. boleh buat rujukan. tq kak share.

    BalasPadam
  14. suka tengok tulisan Kak Amie tu..cantik betul...laaa surau kat anjung tinjau tu tutup...masa tu la nak dibaik pulihnye..kat situ yg paling selesa pun

    BalasPadam
  15. Memang di Negara2 eropa driver ada batas mengemudi yaa. Jadi kalo dah lebih dari waktu nya tak bisa atau bayar overtime yg mahal pastinya. Krn itu wajib lah utk tepat waktu. Tapi memang Orang2 asia itu kdg kalo dilepas utk shopping atau apapun, suka sangat telat balik ke bus. Yg ada mengubah banyak planning jadinya

    BalasPadam
  16. Wah baguslah itinary amie. Tulisan pun cantik. Tapi yang bagus ada suruh bawa botol spray untuk wuduk. Travel agency mana ni amie

    BalasPadam
  17. wahh mesti excited nak terbang kan..
    penat berjalan seharian tanpa tempat rehat yg proper.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe