Selamat Tinggal Tasik Plitvice Yang Indah!

2:45 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah memerah sedikit tenaga mendaki bukit dari arah Milanovakci Slap, akhirnya sampailah kami di pondok rehat. Alhamdulillah ada tandas percuma disediakan di sini. Cuma kenalah bawa botol isi air di sinki luar kerana tiada air untuk beristinjak di dalam tandas.

Rupanya jam sudah menunjukkan angka 2 petang dan bermakna di negara kita lebih kurang pukul 9 malam. Kami baru hendak makan tengah hari dan tunaikan solat jamak taqdim zohor dan asar.


Di sudut-sudut inilah kami menunaikan solat.
Alhamdulillah, kembara kami bukan sahaja melihat keindahan alam ciptaan Allah, tetapi juga belajar untuk menjaga wudhu', mengambil wudhu' serta menunaikan solat dalam permusafiran daripada Tour Leader Malaysia (TLM).

TLM selalu mengingatkan kami supaya mengambil wudhu' sebelum memakai stoking sebelum keluar dari bilik hotel. Walaupun sudah batal wudhu' kerana sesuatu sebab, namun dipermudahkan ketika hendak menunaikan solat. Kami gunakan spray untuk membasahkan muka, tangan dan dahi serta sapukan air pada luar kasut. Solatkan kami dengan memakai kasut ketika berada di pondok rehat Tasik Plitvice.

Restoran terdekat letaknya 1.2 kilometer : Licka Kuca Restaurant

Kami juga sudah diberi peringatan supaya membawa bekalan makanan masing-masing. Pihak agen pelancongan membekalkan kami dua bungkus nasi basmathi. Satu bungkus lauk ayam dan satu bungkus lauk daging. Cukuplah makan satu bungkus sahaja. Satu bungkus lagi boleh dimakan pada waktu yang lain.


Ada juga peserta rombongan membawa bekalan makanan yang dibeli sendiri.


Ikut sahaja arahan yang tertulis di luar bungkusan. Yang penting ada air untuk memanaskan makanan di dalam bungkusan.


Setelah air mendidih biarkan makanan dalam bungkusan selama lima minit sebelum dibuka.

Nasi lauk daging salai masak lemak cili padi.

Nasi lauk ayam masak merah.

Selamat menjamu selera!


Toilet.


Di kawasan tandas pun ada susunan kayu bic.


Susunan kayu bic di bawah pokok.


Setelah berehat selama satu jam termasuk makan dan solat, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke pintu keluar.


Naik tangga, turun tangga.


Merentas jambatan.


Akhirnya sampai ke pintu keluar. Tapi kena guna jejantas untuk menyeberang jalan.


Naik tangga lagi untuk melalui jejantas menyeberang jalan.
Ingatkan murid sekolah saja yang melalui jejantas untuk menyeberangi jalan.
Memang ketat sungguh kawalan keselamatan di sini. Walaupun tidak ada kenderaan yang lalu di jalan raya, tetap juga diwajibkan kami gunakan jejantas!

Di hadapan sana terletaknya Licka Kuca Restaurant.


Kami meneruskan perjalanan menuju ke tempat letak bas.


Selamat tinggal Tasik Plitvice dan beruang coklat!


10 comments

  1. Pohon gerigis luar biasa indah suasananya

    BalasPadam
  2. Bagi sy susah nak jaga wudhu. Bagus diajar cara begini, boleh ya rupanya cuma basahkan di luar kasut sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kiranya permusafiran kami ini dipermudahkan sebab tiada tempat solat dan ambil wudhu' khas di dalam hutan.

      Padam
  3. Menarik dapat rasa pengalaman solat dan menjamu selera disini dekat dengan alam. Dah banyak nampak makanan travel pack macam ni. Mudah penyediaan dan dapat makan makanan panas-panas. Satu kenangan yang indah di sini pastinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun inilah kali pertama solat dalam kawasan hujan. Dapat belajar cara wudhu' dan solat sewaktu bermusafir begini.

      Padam
  4. Banyak kene belajar dan dapatkan panduan untuk jalan ke sana ye kak, cuaca, keadaan tempat semua kene fikir kan. Pengalaman baru yang tak sama mcm negara kita kan

    BalasPadam
  5. walaupun pokok2 dah togel
    tapi view tetap superb!

    BalasPadam
  6. View semuanya sangat awesome Kak Amie, seronok nya tengok. Kalau travel memang seeloknya bawa botol spray Dan botol mineral kecil. Senang untuk ke toilet dan wuduk. Solat pun boleh di mana2 asalkan bersih tempat nya.

    BalasPadam
  7. di kawasan itu ada banyak beruang berarti ya kak? tapi di saat winter begini mereka biasanya hibernasi kan? tempat ini langsung jadi bucket list saya kalo nanti ke balkan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe