Menjejak Kaki di Kota Venice : Teringat Pelabuhan Melaka dengan Gelaran 'The Venice of The East'
11:11 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Day 2 - 14 Februari 2024
Proceed to Vanice. Cruise with a private boat trip to San Marco Square. Free time for gondola ride and walk through the canals of Venice.
Penulis buku Suma Oriental iaitu sejarawan Portugis, Tome Pires mengatakan bahawa barangsiapa memerintah Melaka, dia memegang tengkuk pemerintah Venice. (Whoever is Lord of Malacca has his hand on the throat of Venice).
Sudah tentu kita pernah terbaca dalam buku sejaah tentang kehebatan Empayar Kesultanan Melayu Melaka dengan kemakmuran perdagangannya disamakan dengan Venice, pelabuhan terkaya di Eropah! Dengan kata lain, pada penghujung kurun ke-15 Venice menjadi kota terkaya di sebelah barat manakala Melaka menjadi kota terkaya di sebelah timur.
Itulah keping-keping sejarah tanah air kita yang kemudiannya dijajah oleh Portugis, diambil alih oleh kuasa Belanda dan seterusnya jatuh ke tangan pentadbiran British. Semenjak 1511 sehinggalah 1957, barulah segala perjuangan nenek moyang kita membuahkan hasil sebuah kemerdekaan yang kini dikecapi anak cucu termasuk kita!
Eh, tiba-tiba timbul pula semangat patriotik!
Berbalik tajuk Menjejak Kaki di Kota Venice, sebenarnya banyak tempat boleh diteroka. Memang sangat teruja untuk melihat dengan lebih lanjut bandar lama yang dibina sebagai negara kota dari abad 9 hingga abad 12 ini. Namun disebabkan faktor masa, kami hanya sempat melihat beberapa tempat sahaja. Itu pun setakat mengambil gambar dan melihat-lihat seketika bangunan yang ada.
Google : San Marco Square Beratur memasuki perut BELLINI. |
Sayup-sayup di kejauhan kelihatan bentuk-bentuk kubah saujana mata memandang. |
Antara bot yang mengambil dan menurunkan para penumpang di jeti. |
- Berhati-hati ketika mengambil gambar atau menggunakan HP kerana sudah diingatkan tentang kecurian HP, misalnya dirampas oleh pencuri dari tangan kita.
- Kami sentiasa cuba mengelak daripada tersentuh atau berhimpit-himpit dengan orang lain. Ini merupakan salah satu punca berlakunya kejadian hilang duit dalam beg tanpa disedari.
- Sentiasa bersama pasangan atau berjalan dalam kumpulan dan jangan sesekali terpisah.
- Rialto-Bridge
- Basilica Jalan Mark
- Palazzo Ducale (Doge's Palace) dan Bridge of Sighs
- Canale Grande
- St. Mark's Square
- Dan banyak lagi
Google - Basilika St. Mark |
Google : Basilika St. Mark |
Panorama di sekitar San Marco Square |
Istana Doge |
Google : San Marco Square 1730 |
13 comments
Saya sukaaa kota ini 😍😍😍. Penuh dengan sejarah dan seni. Semua bangunannya cantik dengan design rumitn 😍😍. Apalagi lampu2 yg kakak foto. Aisssh uniiiik sangat 😍. Saya pun jadi fokus kesana.
BalasPadamSuasananya jika di Malaysia ni macam di Melaka. Memang wajarlah jika keduanya dikaitkan di intro entry ini. Pencopet di sana mesti mahir mencopet tanpa disedari mangsa.
BalasPadamMasyaa Allah...indahnya alam ciltaan Allah...Benarlah mengembara menikmati ciptaan Allah juga menjadi ibadah
BalasPadamSeronok nya baca trip Kak Amie. Memang unik sangat lampu2 tu kan. Teringat trip kami ke Venice dulu. Cantik senibina, banyak sejarahnya.
BalasPadamcantik sungguh gambar2nya..
BalasPadamcenderahati yg dijual tu cantik, penuh gerainye..
kisah patriotik tu mmg perlu untuk menaikkan semanagt kenegaraan kite.. tetibe rs bersemangat ni
cantiknya. Gabungan sejarah dan seni memang menarik hati. rasa ada dekat sana juga bila tengok gambar yang Amie kongsi. Terima kasih
BalasPadamKeliatan cuaca dingin berangin...panoramanya sangat indah...cendera matanya cantik cantik arsitektur bangunan megah penuh nilai sejarah
BalasPadamAgak tak seronok juga bila berjalan-jalan ikut kumpulan ni. Kena sentiasa alert tak terpisah. Tak best jugalah bila tak boleh nak bergambar sakan dimana-mana tempat, nak kena kejar masa, kejar group dan kena berhati-hati dengan pencopet juga. Risau betul kalau berselisih tu bila ramai ramai tu. Tempatnya sangat luas, puas berjalan, banyak daya tarikan disini. Seni bangunan pun unik. Tempat yang menarik tapi dicemari pencopet yang merosakkan suasana.
BalasPadamCantik-cantik gambar yg kak amie share..pencuri kat sana tu ada degree agaknya sampai pandai mencuri tanpa org kesan
BalasPadamCantiknya reka bentuk bangunan-bangunan di sana . Pastinya ada sejarah tertentu kan . Tenkiu share beberapa gambar
BalasPadamCantiknya reka bentuk bangunan-bangunan di sana . Pastinya ada sejarah tertentu kan . Tenkiu share beberapa gambar
BalasPadamAduh cantik sekali pemandangan di Venice ini Mbak.
BalasPadamSaya jadi membayangkan jalan-jalan kesana. Bahagia sekali Mbak sempat berkunjung kesana.
Rupanya disana banyak juga yang berjualan di jalanan ya Mbak. Kalau di Indonesia itu namanya pedagang kaki lima...
Apa Mbak sempat berbelanja? Jadi Mbak beli barang apa saja ya?
Salam,
Salam,
cantiknya senibina di sana..
BalasPadam