Eat Breakfast Like A King!

12:13 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Melihat pilihan hidangan sarapan yang begitu banyak, teringat pepatah yang pernah diungkapkan oleh pakar gizi pemakanan dari Amerika, Adelle Davis:

Eat Breakfast Like A King,
Lunch Like A Prince,
And Dinner Like A Pauper.

Jadinya, kali ini kita cerita tentang pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak ketika bersarapan untuk mengumpul bekalan tenaga! Memang banyaklah makanan yang kami ambil tetapi setakat buah-buahan, roti dan minum jus buah. Hendak makan nasi lemak atau mi goreng, minta maaf sajalah. Hendak minum kopi yang banyak pilihan dan sedap-sedap itu, risau pula nanti asyik hendak menandas akibat tindak balas kafein.


Biasanya kami menunggu pengumuman daripada TGB atau TLM samada hotel menyediakan 100% makanan halal atau sebaliknya. Untuk elak rasa was-was, memang kami elakkan pengambilan makanan berasaskan daging seperti sosej dan yang sewaktu dengannya.


Pinggan bertama dipenuhi dengan pelbagai hirisan buah-buahan dan salad serta jus buah delima.


Ada pelbagai jenis pastri yang kelihatannya enak-enak belaka. Tapi Amie tak ambil.
Begitu juga dengan pie dan kek. Eh, ambil juga sepotong blueberry pie.
















Roti yang sudah dilengkapi dengan daun salad dan mentega.


Buah pir atau lai jenis concorde.


Pelbagai jenis buah, di atas dan di bawah para.
Atas para ada limau, kiwi dan epal sebiji-sebiji.
Di bawah pula ada hirisan nanas, limau gedang dan tembikai susu.


Salad pelbagai jenis buah! 
Memang meriah dengan buah-buah segar seperti blueberry, strawberry, kiwi dan entah apa lagi.


Buah plum dan buah peach.



Jus delima & jus lemon.



Ada bubur dan telur.


Dan pelbagai minuman panas dari mesin espresso!




Kamsiah punya.


Di satu sudut belakang pintu masuk, tersedia bijirin dan kekacang.



Kacang Macadamia

Kacang Walnut

Campuran kacang badam kismis, kranberi dan lain-lain.

Kacang Pinus



Mengenangkan waktu makan tengah hari yang tidak menentu dan lambat pula, baiklah ambil roti dan sepotong blueberry pie serta kekacang.

Kekacang begini sedap dikunyah bersama kismis dan kranberi kering.


Setelah habis makan buah-buahan, kita tambahkan pula telur hancur dan sebiji buah epal kuning.

Yellow apple yang besar dan cantik ini sebenarnya kita masukkan dalam beg untuk bekal dalam perjalanan. 


Memaksa diri makan roti dengan jem dan juga sedikit madu untuk lebih tenaga. Itupun, dua keping roti yang diambil, hanya sekeping sahaja masuk perut. Makan buah sahaja mana ada tenaga... ahaks!


Jus Delima
Jus Lemon
Limau

Terakhir, minum sekali lagi dalam cawan kecil jus delima dan jus lemon. Sedaplah pula jus lemonnya.
Ambil juga sebiji limau buat teman epal kuning dalam beg. Harap-harap limaunya manis.

Wokey!
Emak 'king' sudah selesai sarapan pagi.


17 comments

  1. Aduhai....melihat gambar makanan time panas panas begini....minuman sejuk dan dessert tu bagai terasa rasa lalu kat tekak ni

    BalasPadam
  2. aduhai skrg baru jam 2.06 ptg T__T

    BalasPadam
  3. *ehh typo : jam 3.06 ptg hehehe

    BalasPadam
  4. banyaknya pilihan pastry yang ada , jenuh memilih tu , ehh apple kuning tu first time juga ccl tengok apple berwarna kuning . rasanya sekaan sama dengan apple hijau & merah ke?

    BalasPadam
  5. walaupun terhad pilihan tapi macam2 ada, seronok nengok banyak pilihan gini kak

    BalasPadam
  6. Tertarik betul dengan pelbagai roti dan pastries tu.
    Walau takde nasi lemak dan mi goreng kalau makan roti dan pastries pasti kenyang juga.

    BalasPadam
  7. banyak sungguh makanannya.. pelbagai.. jenuh nak fikir nak yg mana.. kalau ambik semua nnti x habis.. :D

    BalasPadam
  8. Jadi bingung saya kak mau pilih yg mana😁..saya suka kacang -kacangan dan jus buahnya.

    BalasPadam
  9. yellow apple.. tak pernah sekali pun jumpa sepanjang usia 45. Thanks Kak Amie bagi kita peluang tengok gambar

    BalasPadam
  10. first time tengok epal kuning...mcm golden onion dalam cerita twilight pulak

    BalasPadam
  11. nampak sedap dan nampak juicy apple kuning tu...sedap x kak amie?

    BalasPadam
  12. Banyak betul jenis jenis pastry yang ada. Ikutkan nafsu makan, macam nak je cuba semua kan. Unik pulak tengok Buah pir dia tu.

    BalasPadam
  13. Uwaaaah tp sarapan dia banyaaaaak yaaa 😍😍😍😍. Favorit saya semua pula. Paling suka salad kalo dah di luar negara nih. Apalagi Italia yg dressing saladnya banyak sangat macam balsamic, vinnagraite, semua sedaap dan segar.

    BalasPadam
  14. Wahhhh.. banyak pastriesss. Kecewalah kalau Pak Inche ke sini sebab tak ada nasi lemak.

    BalasPadam
  15. Wahh breakfast spread memang best. Geram tengok pastries.

    BalasPadam
  16. tuuu diaaaaa
    ni breakfast ke kedai bakery?
    hahahaha
    tapi mmg menyelerakan laaa semua ni
    adoiiii

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe