Zagreb Central Mosque

8:27 PTG


Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas makan tengah hari di Restoran Islamski Centar, kami tidak punya banyak masa untuk melawat di sekitar. Kami segera masuk ke Mosque Zagreb untuk menunaikan solat jamak taqdim zohor dan asar. Mosque Zagreb merypakan masjid yang cantik dan terbesar di Croatia. Sekolah Menengah Islam Dr. Ahmed Smajlović dan pusat kebudayaan beroperasi di dalam masjid. Pembinaan bermula pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1987. 

Pusat Islam di Zagreb, hari ini dianggap sebagai salah satu pusat Islam yang paling indah dan penting di Eropah. Misalnya di  Pusat Islam Zagreb terdapat Gimnasium Islam, pengajaran agama untuk anak-anak muda, tadika, perpustakaan, dewan pameran, dewan kongres, kelab belia, kelab bola sepak, restoran dan kedai buku. Selain itu kuliah, pameran, kongres, pertandingan pengajaran al-Quran, perayaan, majlis perkahwinan, acara sukan, perayaan sekolah, perayaan hari raya Islam dan semua kemudahan dan kandungan solat turut diadakan di sini. Aktiviti sebegini mendapat sambutan para pengunjung terutamanya penduduk tempatan yang beragama Islam untuk datang dan menyertainya.

Zagreb Central Mosque

Dari Italy kami melalui Slovenia untuk sampai ke Croatia dan kini berada di Zagreb, inu negara Croatia.


Dari dalam bas kami tidak sabar untuk melihat dengan lebih dekat keunikan bentuk Masjid Zagreb.

Mari kita kenali sejarah kedatangan Islam di Croatia. Agama Islam di Croatia diperkenalkan semasa Empayar Turki Uthmaniyyah yang telah menawan sebahagian Croatia dari abad ke-15 hingga abad ke-19. Dengan berakhirnya pentadbiran Uthmaniyyah, maka berubahlah tampuk pemerintahan di bawah kuasa Eropah pula. Hari ini masyarakat Islam di Croatia hanya berjumlah sekitar 1.3% dari jumlah penduduk Croatia dan secara rasminya diiktiraf oleh negara. Alhamdulillah.

Reka bentuk kubah masjid memang sangat unik!

Keadaan di dalam masjid di tingkat atas bahagian wanita.

Ini sahajalah pemandangan di dalam masjid yang sempat dirakam. Gambar ini Amie ambil dari tempat solat wanita di bahagian atas. Segan pula hendak tangkap gambar di bawah kerana ramai orang lelaki di situ. Seperti kebiasaannya, bukan sahaja orang Eropah tidak suka tandas dalam keadaan basah tetapi di masjid pun mereka jaga perkara yang sama. Selepas ambil wudhu hendaklah lap kaki dan pakai stoking. Kertas tisu disediakan di tempat wudhu. Jadi apabila berjalan di atas lantai, tidaklah kita tinggalkan kesan basah di situ. Peringatan tersebut dilekatkan di papan kenyataan di dinding masjid bahagian tandas dan tempat wudhu. 


Pemandangan di Zagreb Central Mosque.




Rakan-rakan yang lain sedang makan tengah hari. Mereka solat dahulu kemudian barulah makan.

Bergambar di hadapan kubah yang unik.

Sewaktu Amie dan Kamsiah meninggalkan masjid, tiada seorang pun rakan peserta rombongan berada di situ. Rupanya mereka sedang menjamu makan tengah hari di restoran pilihan masing-masing. Kami makan dahulu kemudian solat. Mereka solat dahulu kemudian barulah makan! Ada beberapa minit lagi untuk masuk semula ke dalam bas, baiklah tangkap gambar sekeping dua.



Beginilah suasana di penghujung musim sejuk. Nampak suram dan hening. Walaupun masih sekitar pukul tiga petang tetapi sudah terlihat kabus nipis mula menyerkup alam.


Suhu sekitar 17'C. Ada sedikit sinaran matahari. Kiranya sejuk-sejuk manja begitulah.
Kalau pakai baju sejuk, terlebih hangat pula sehingga rasa berpeluh.



Tak ada aksi lain hendak dibuat, marilah peluk batang pokok!

Sekarang kami berada di sini. Nun warna merah. Itulah negara Croatia.



Tempat ibadah bagi umat Islam di Croatia

Perlembagaan Croatia memperuntukkan hak sama rata tanpa mengira agama dan melarang hasutan kepada kebencian agama. Ia juga menetapkan bahawa kumpulan agama adalah sama rata di sisi undang-undang dan berasingan daripada negara, kerana mereka bebas untuk menyediakan perkhidmatan keagamaan secara terbuka, serta membuka dan mengurus sekolah dan pertubuhan kebajikan di bawahperlindungan dan dengan bantuan negara. Terdapat 26 rumah ibadat untuk umat Islam di Croatia, termasuk empat masjid yang tersebar di wilayah berbeza di negara itu.

Kerajaan Croatia tetap terbuka kepada integrasi umat Islam ke dalam masyarakat Croatia, dan terdapat aspirasi serupa oleh masyarakat Islam di Croatia untuk integrasi. Masyarakat Islam di Croatia memberikan contoh yang meyakinkan kepada negara Eropah yang lain. Croatia juga mengelak daripada mencetuskan sentimen anti-Islam, tidak seperti negara Eropah Tengah yang lain.Walaupun kadangkala terdapat serangan perkauman terhadap orang Islam, ia adalah insiden terpencil.


Semoga komuniti Islam di Croatia terus aman dan makmur di bawah panji-panji ajaran Islam yang murni.


10 comments

  1. tengok kubah je dah unik
    tapi menarik sgt
    sbb lain drpd yg lain...
    mcm ada identiti tersendiri...

    BalasPadam
  2. cantik dan bersih banget tempatnya kak amie kelihatan berangin...cuaca dingin

    BalasPadam
  3. Kalau tengah puasa tengok kubah tu pasti terliur kerana rupanya seperti buah tembikai 😂

    BalasPadam
  4. Cantik pemandangan dan cantik jugak Kubah2 tu...

    BalasPadam
  5. Cantik unik masjidnya. Kami tak sempat ke masjid ni dulu, singgah pasar je. Cantik semua foto. Tumpang seronok baca.

    BalasPadam
  6. Membaca sambil membelek casing Sarajevo kiriman cikgu..Terima kasih atas kirimannya🤲

    BalasPadam
  7. Benar-benar cantik arsitektur Masjid ini Mbak. Unik juga bagian kubah nya.
    Rupanya kehidupan beragama disana sangat indah ya Mbak.
    Ah saya baru membaca detil tentang Croatia ini dari tulisan Mbak ini.

    Salam,

    BalasPadam
  8. Ya Allah uniiik memang kubah mesjid dia ya kak . Saya sukaaaa melihat banyak design mesjid dan tempat ibadah lain di berbagai negara. Terkadang memang banyak yg design unik dan tak biasa.

    Semoga lah nanti bisa ke negara ini juga. Dulu sempat ke Serbia, tapi tak bisa pula ke negara sekitarnya Krn limited time.

    BalasPadam
  9. Dari kejauhan dah nampak keunikan seni bina Masjid Zagreb ni, terutamanya kubah tu. Dia sejuk ala-ala Cameron Highland gitu eh, sejuk biasa-biasa. Baguslah jika begitu, umat Islam dapat hidup aman damai dan harmoni.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe