Daftar Masuk Hotel Bela Krajina Metlika Slovenia

8:45 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selesai makan lebih kurang pukul 9 malam, kami seret beg dan naik lift untuk masuk ke bilik masing-masing. Walaupun negara Slovenia tidak tersenarai sebagai salah satu negara yang dilawati, tetapi kami dibawa bermalam di negara ini. Barangkali kedudukan hotel ini yang terletak di Metlika, Slovenia berhampiran dengan kota Zagreb, jadi mungkin  penginapan ini lebih sesuai sebagai tempat transit sebelum kami meneruskan perjalanan pada keesokan harinya.


Hotel Bela Krajina merupakan hotel tiga bintang sama taraf seperti dua buah hotel yang kami inap sebelumnya, iaitu di Milano dan Venice, Italy.


Jom cari bilik bernombor 205.


Ini dia bilik kami.
Kamsiah memilih katil yang terletak berhampiran tandas. Katanya memudahkan untuknya berulang-alik ke tandas. Sebaik sahaja sampai ke hotel, Kamsiah masuk angin dan mabuk. Jadi, sewaktu makan malam memang tak banyaklah makanan yang boleh masuk ke perutnya.

Katil pilihan Kamsiah.



Sebaik masuk ke bilik, Kamsiah terus merebahkan diri di katil dan tarik selimut.


Ini pula katil Amie. Kedudukannya berhampiran tingkap.


Suhu di dalam bilik tidak terasa sejuk kerana dipasang pemanas. 

Heater / pemanas terletak di tepi dinding di bawah langsir.


Inilah sudut yang paling dinanti-nantikan setelah tiga hari berada di Balkan. Berkali-kali Amie mengucap syukur kerana ada cerek elektrik, gelas, mug dan juga teh serta kopi. Alhamdulillah! Walaupun Slovenia tersenarai sebagai salah sebuah negera di Eropah yang selamat untuk minum terus air paip, tetapi rasanya satu ehsan apabila Hotel Bela Krajina sediakan cerek untuk memasak air!


Ada selimut dan bantal extra di dalam almari.


Tandasnya pun bersih dan cantik serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.




Harum sungguh aroma herba mandian ini.
Jom tambah lagi bahasa di sini.
Savon Liquide : Liquid Soap


Setelah mandi dan solat jamak, Amie sudah tentunya hendak masak air. Sudah berapa hari tidak minum air hangat / suam sepuas-puasnya. Kebetulan ada beberapa uncang teh, baiklah rendam dalam air panas. Pada masa yang sama rasa risau juga kerana sejak 12 Februari 2024 dari Kota Kinabalu sehingga 15 Februari 2024, belum sekali pun membuang sisa perut. Tanya Kamsiah, katanya dia pun begitu juga tetapi adalah juga sekali dia qadha' hajat. Tidak pernah selama mengembara sampai begini sekali. Padahal kalau minum jus, memang perut akan menggelodak, tetapi berbeza pula kali ini.


Tak sabar menunggu air mendidih.


Amie pilih uncang teh buah ceri.


Selepas secawan teh dihirup, rendam lagi uncang dan minum lagi.
Malam itu saja Amie minum 2 cawan teh dan 2 cawan air hangat.
Kamsiah pula kelihatannya tidur nyenyak.


Selepas minum panas sudah tentu badan pun mula berpeluh. Amie tidak matikan heater, sebaliknya buka sedikit tingkap supaya angin boleh masuk.


Menjelang pukul 4 pagi sewaktu Amie bangun, tingkap sudah tertutup. Barangkali Kamsiah tidak tahan sejuk dan menutup rapat tingkap itu. Waktu Subuh dijadualkan pada pukul 5:22 pagi. 

Pemandangan dari tingkap bilik 205 Hotel Bela Krajina.

Selamat pagi Slovenia!
Hari ini Jumaat bersamaan 16 Februari 2024.
Jam menunjukkan pukul 6:30 pagi, manakala di negara kita lebih kurang pukul 1:30 tengah hari.
Suhu ketika ini 2'C.

Alhamdulillah. Buat pertama kalinya proses pembersihan perut sudah bermula pada pagi ini!

12 comments

  1. cantik hotel dia. agak puas hati la juga kan selesa untuk bermalam. Tambah pulak dapat minum air teh suam, lagilah puas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, tak henti ucap syukur! Lama tidak minum air suam / panas sepuas-puasnya.

      Padam
  2. Hotelnya keren banget
    rapi dan nyaman
    tidur pun bis nyenyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar Mas. Penat berjalan seharian, daftar hotel terus berehat sampai pagi. Esoknya sambung jalan lagi.

      Padam
  3. Terkadang memang perut kita adaptasi lama kalo sedang travelling kak 😄. Tapi saya biasanya lancar krn memang sukaaa sangat dengan sayur dan yoghurt. Jadi tiap kali menginap di negara manapun, pasti saya mengincar salad yang banyak dan yoghurt 😄. Kalo di Indonesia terbiasa minum kombucha tiap pagi. Hanya saja susah nak bawa kombucha kan. Jadi pengganti nya yoghurt lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah kali pertama perut buat hal.
      Biasanya tidak.

      Padam
  4. Nampaknya hotel ni lebih baik dari dua hotel yg Kak Amie inap sebelumnya. Katilnya ada frame plak di sebelah dinding ya, selalu ada kepala katil saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK. Terutamanya cerek tu...aduhai! Seribu syukur dapat minum air yang dimasak.

      Padam
  5. Dapat secawan teh ceri dalam kesejukan pastinya satu kenikmatan

    BalasPadam
  6. saya kalau nak membersihkan perut, saya akan minum kopi atau minuman bersusu. datang sini baca story travel kak Amie setelah lama tak bw

    BalasPadam
  7. Nampak macam sama je konsep hotel yang saya inap di Berlin.

    BalasPadam
  8. Biliknya selesa. Paling seronok tu lah kan ada kettle. Boleh masak air dan buat air panas. Tak tergamak lagi nak minum air paip walaupun boleh diminum terus. Lama juga tak membuang, biasanya makan buah hari hari, pagi pagi akan ke toilet juga. Risau kalau rasa nak membuang masa dalam perjalanan. Jenuh nak mencari toilet.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe