Berangkat ke Venice
11:16 PGBismillahirrahmanirrahim.
14 Februari 2024 bersamaan pada hari Rabu, kami dijadualkan berangkat ke Venice sekitar pukul 8:00 pagi. Oleh kerana TGB sudah memberi peringatan menepati masa, maka melenting jugalah suaranya apabila ada beberapa orang peserta yang terlewat. Tidaklah terasa hati sangat dengan suaranya yang tinggi, mungkin sudah kebiasaan baginya untuk sentiasa bertegas. Cuma, dalam hati terdetik juga kalau lambat bas bergerak, bermakna lambat sampai tempat tujuan dan tidak cukup masa untuk berada di lokasi yang dijadualkan.
Susunan beg peserta rombongan yang akan diseret ke tempat letak bas di luar hotel. |
Serahkan kunci bilik di sini. |
Suasana di belakang hotel. |
Pemandangan jalan masuk ke hotel. |
Bergambar berhampiran pokok yang serupa jerangkung ketika dilihat sebelah malam! |
Walaupun pokok-pokok lain hanya tinggal ranting tetapi di sebelah tepi hotel ada rumpun pokok berbunga merah yang menyerikan pemandangan. |
Oleh kerana masih ada masa lagi, jadi masuk semula ke lobi hotel.
Semalam pemandangan di sini kurang jelas di bawah samar cahaya lampu.
Nampaknya pagi ini lebih terang.
Pelbagai jenis buku bacaan ada di sini.
Rasanya bukan sekadar hiasan, tetapi boleh dibaca.
Kalau ada banyak masa memang hendak belek-belek!
Macam ada sesuatu di balik pokok bunga ini. |
Oh, rupanya ada ukiran patung manusia menunggang kuda. |
Terima kasih Kamsiah tolong tangkap sekeping gambar di sini. |
Tinggallah dahulu B&B Hotel Malpenso Lago Maggiore di Vergiate VA Italy. Macam-macamlah ceritanya di sini. Makan nasi hampir tercekiklah sebab tak berani minum air paip! Tak boleh basahkan lantai bilik airlah! Ada dua mangkuk tandas yang panti apa fungsinya yang satu lagi itu.... ahaks! Yang pastinya tidur lena, dan bangun pagi terasa bertenaga, mandi sepuas-puasnya dan mengharapkan permualaan hari yang baik untuk meneruskan perjalanan ke Venice selama lebih kurang lima jam.
Sekarang sudah tiba masa untuk berangkat ke Venice. |
Bismillah. Mari mulakan perjalanan dari Milan ke Venice. |
12 comments
Mengembara kenalah ikut time yang telah di jadualkan kalau tak nanti acara berubah rentak pula. Yang ni memang selalu tourist guide bagi amaran. Kadang kalau dia dah geram dia kata nak tinggal je. hehehehe kita yang dengar ni emmm sengeh je lah nak buat macamana kalau ada geng yang lemah gemalai jalan. hehehehehe
BalasPadamKita ikut trip berkumpulan ni kenalah menepati masa kan. Untuk memudahkan perjalanan dan jadual juga. Sabar je lah kalau ada yang lambat tu. Macam-macam kenangan di sini. Yang penting dapat tidur lena.
BalasPadamNampak serabut pula tengok banyak sangat hiasan di lobby. huhu...
Syok jalan2 tu jangan lupa balik tau!
BalasPadamMasalah utama kalau pergi melancong ni adalah masa, menepati masa. Kalau tak tegas dengan masa rugi lah kita kan, nak pergi banyak tempat nak duduk lama kang tak puas hati kan
BalasPadamJuahnya melencong
BalasPadamKak Amie, di Italia memang selalu ada 2 tandas, yg satu lagi ada kran di atasnya. Jadi fungsi tandas kedua, adalah utk membersihkan bagian private part kita 😄. Sebenarnya sama macam bidet. Tapi kalo bidet bentuknya memanjang kan macam selang.
BalasPadamCara pakai yg di Italia ini, tinggal duduk menghadap ke kran kalo ingin bersihkan bagian depan, atau membelakangi keran jika ingin bersihkan bagian belakang.
Lalu biasanya ada handuk kecil di sebelah, itu utk mengeringkan bagian private parts yg sudah dibersihkan ☺️.
Oh, itu fungsi dua mangkuk tandas. Sy fikir satu tu disediakan utk pria, hahahah.
BalasPadamSy tak suka org lmbt dlm rombongan ni tau.
Tengok view pagi tu pun terasa dingin dan nyaman.
BalasPadamSeronoknya dah sampai Venice...Dulu selalu baca Pasar Terapung di Thailand mendapat jolokan " Venice Timur"
BalasPadamKalau travel secara rombongan ni kalau lambat boleh bikin marah...
BalasPadamSesekali mengembara ke negara orang ni best juga kan . Kita pun dapat ilmu dan juga pengalaman baru kat sana .
BalasPadamkalau join tour, memang kena ikut timing la kan.. sebab kalau sorg lmbt, semua pon akan jadi lmbt.
BalasPadam