Selamat Pagi Caorle : 4'Celcius
11:08 PGBismillahirrahmanirrahim.
Caorle, daerah yang terletak di Veneto, Venice, Italy berada pada suhu 4'C. Bacaan suhu tersebut Amie ambil pada pukul 9:01 pagi ketika bas hendak bergerak meninggalkan Hotel Venezia.
Bacaan suhu : 4'C pada pukul 9:01 pagi bersamaan 15 Februari 2024 - Khamis |
Hangatkan badan di sudut lobi. |
Pagi ini bas akan bergerak meninggalkan hotel agak lewat dari kebiasaan. Kami mempunyai waktu untuk berada lebih lama di hotel selepas sarapan. Hendak keluar berjalan-jalan, tidak mungkin kerana kabus agak tebal.Jadi, duduk sajalah di lobi. Sudah tentu agak membosankan tanpa melakukan sebarang aktiviti. Baiklah ambil gambar apa-apa yang dipandang di kawasan lobi.
Malamnya sewaktu daftar masuk hotel memang tidak sempat melihat-lihat apa yang ada di lobi. Dapat kunci terus terbang masuk bilik, hendak cepat-cepat bersihkan diri, solat dan tidur!
Hiasan dalamannya sudah tentu tidak lari dari menonjolkan pemandangan gondola!
Nampaknya istimewa sungguh bandar air Venice di hati penduduk Italy sehingga sebahagian besar hiasan dalaman restoran dilekatkan dengan pelbagai poster serta gambar kota Venice.
Mengintai pintu masuk ke dewan sarapan.
Hiasan dan meja makan di dewan makan yang ringkas tetapi tetap menarik dengan lukisan di dinding. |
Bahagian lobi tidak kurang menariknya.
Walaupun sarat dengan pelbagai hiasan namun kelihatan kemas susun aturnya.
Setiap sudut lobi tidak ada ruang kosong!
Kedudukan sofa di pelbagai sudut seakan-akan mengalu-alukan para tetamu untuk duduk di situ.
Pelbagai poskad menghiasi dinding menuju ke dewan makan.
Di bahagian hujung lobi, terdapat restoran yang menawarkan pelbagai makanan dan minuman.
Pemandangan meja kerusi untuk pelanggan di ruang sebelah lobi hotel.
Kedudukan tempat makan di restoran ini bersebelahan dengan jalan raya.
Kita tidak boleh duduk di kerusi, jadi ambil gambar sambil berdiri di salah sebuah meja makan.
Meja makan dihias ringkas dilengkapi dengan makanan ringan dan botol air mineral.
Walaupun ruangan di sini agak sempit, tetapi melihat segala hiasan dalaman dan peralatan makan menunjukkan kebijaksanaan menyusun atur dan memaksimumkan penggunaan ruang.
Antara pelbagai pastri, kek, dessert dan lain-lain yang dijual di sini.
Masa untuk berangat meninggalkan Hotel Venezia sudah tiba.
Jom kita keluar.
Walaupun semua pokok cerondol tanpa daun dan hanya tinggal ranting, namun ada juga beberapa jenis pokok bunga yang tahan banting! Elok saja tumbuh sihat subur dalam cuaca dingin.
Suasana keliling masih berkabus walaupun jam menghampiri pukul 9 pagi. Ada sebuah kedai di hadapan hotel. Kena datang dekat untuk melihat objek dengan lebih jelas.
Tidak sampai berapa meter pun untuk melihat dengan jelas sebab kabus masih menyelubungi kawasan.
Masih ingat tak lagi peristiwa kehilangan duit sejumlah RM10K salah seorang peserta rombongan wanita di Milano? Oleh kerana polis di sana tidak mahu menerima aduan, jadi TLM menyarankan agar wanita tersebut membuat laporan di balai polis Venice. Alhamdulillah, laporan di terima di balai polis Venice dan mereka suami isteri serta TLM baru sahaja sampai ke hotel dengan menaiki sebuah teksi. Sempatlah kita bergambar dengan pemandu teksi yang ketinggiannya mungkin enam atau mencecah tujuh kaki!
Dengan kepulangan mereka ke hotel, masa untuk berangkat sudah tiba.
Pokok apa agaknya ini tanpa sehelai daun dan hanya tinggal ranting?
Abadikan kenangan dalam suhu sedingin 4'C di bawah pokok togel.
Selamat tinggal Hotel Venezia yang cantik, bersih dan banyak pilihan sarapan.
Memang sesuai sangatlah hotel tiga bintang ini menerima nilai yang tinggi dari Booking.com |
10 comments
Dulu saya selalu berangan nak tinggal kat negara sejuk sebab nak bagu kulit putih🤣
BalasPadam4 darjah celcius memang beku la kalau SA...x cukup winter coat tu rasanya...
BalasPadamsejuknya....
BalasPadamTengok view yang berkabus tu pun dah terasa sejuk.
BalasPadamSejuk betul tu. Berkabus semuanya. Tak dapat duduk, dapat bergambar di meja pun jadilah kan Kak Amie. Huishhh tinggi betul driver tu.
BalasPadamSaya selalu suka winter. Itulah kenapa tiap traveling pasti saat winter. Semakin minus suhu, saya semakin cinta 😂. Makanya THN depan planning saya nak ke Alaska atau mongolia di saat winter. Yg mana bisa cecah -20 . Rasa tak sabar 😁😍
BalasPadamKabusnya tebal juga ya kak? Cantik kota ini, dan design hotel nya pun memang nyaman . Saya selalu percaya penilaian dari booking .com. biasanya pesan hotel pun dari sana
Sejuknya... Brrrrrrr... Sy yg gigil ni. Tentu best sgt hotel ni sebab tu Kak Amie ambil gambar banyak².
BalasPadamSejuk nya. Cantik cuaca berkabus. Tiap corner cantik unik hotel tu.
BalasPadamWuih dingin sekali ya Mbak disana?
BalasPadamTempat menginapnya terlihat sangat cantik penataan ruangannya.
Makanan yang disajikan...hmmm sangat mengundang selera.
Di luar ruangan tampak demikian berkabut, benar-benar udara sangat dingin.
Salam,
hiasan poskad kat dinding tu menarik...
BalasPadamdiorang ni memang suka seni
setiap ceruk dinding
ada je benda yang nak dihiaskan