Mendekati Jiwa Venice dengan Menaiki Gondola

12:38 PG

Bismilahirrahmanirrahim.
Banyak kali juga Amie melihat gambar-gambar cantik penumpang gondola di Venice. Namun begitu setelah merasai sendiri pengalaman menaiki gondola, gambar yang diambil tidaklah seindah seperti yang dibayangkan. Salah satu puncanya ialah rasa takut mengambil gambar dari gondola. Takut HP terjatuh ke dalam air, selain rasa takut teroleng-oleng seakan-akan hendak tergelincir jatuh dari perut gondola!

Gondola ialah sejenis perahu dayung  tradisional yang berasal dari Venesia @ Venice, Italia. Ia merupakan alat pengangkutan utama di Venice berabad-abad lamanya  dan masih memegang peranan penting dalam sistem pengangkutan awam hingga ke hari ini.

Gondola bergerak dengan pendayung yang panjang dan menggunakan tenaga  seorang pendayung yang disebut gondolier. Mengikut undang-undang di Venice seorang gondolier harus lahir di sini untuk melakukan pekerjaan tersebut. Berdasarkan peraturan itu pula, sebuah gondola harus dicat hitam. Gondola terbuat dari 280 potong kayu yang terdiri dari  lapan jenis kayu, iaitu cemara perak, pasang, ceri, pohon kacang otak, pengkih, mahoni, lorik dan linde. Sisi kiri gondola dibuat lebih panjang dibanding sisi kanan untuk menyeimbangkan berat gondolier.

Mari kita telusuri sejarah hebat gondola yang telah menjadi denyut nadi Venice sejak abad ke-11 lagi. Pada suatu ketika, gondola merupakan satu keperluan untuk menghubungkan pulau ke pulau melalui terusan di bandar yang dibina di atas air. Dan ketika itu terdapat lebih 10,000 gondola yang merupakan simbol atau status hidup mewah golongan kaya di Venice. Namun kini hanya terdapat kira-kira 400 buah gondola sahaja yang ada untuk tujuan pelancongan.

Reka bentuk gondola yang hitam anggun, seragam dan elegan.

Di zaman kegemilangan golongan kaya, gondola dihias mewah dengan fabrik yang mahal untuk kemewahan pemiliknya. Namun begitu setelah diperkenalkan undang-undang sumptuary pada abad ke-16, hiasan mewah telah dilucutkan seterusnya membawa kepada reka bentuk hitam anggun yang dapat  dilihat hari ini. Peralihan ini menandakan perubahan ketara dalam landskap sosial dan budaya Venice, menjadikan gondola menjadi lambang bandar yang lebih seragam, namun masih elegan.



Venice telah diisytihar sebagai tapak warisan dunia UNESCO sejak 1987. Menurut laman Venice and Lagoon yang dibangunkan oleh Menteri Kebudayaan Itali, Venice termasuk dalam warisan dunia UNESCO kerana nilai budayanya yang unik terdiri daripada sejarah, arkeologi, bandar, warisan seni bina, seni budaya dan tradisinya yang luar biasa.

Jadi apabila anda sampai ke sini, jangan lepaskan peluang menaiki gondola yang dikayuh oleh gondolier Venetian untuk menyusuri bandar air sambil menghidu aroma sejarahnya yang tersendiri di sepanjang terusan yang dilalui.

Gondolier penuh bergaya dengan dayung panjang di atas gondola.

Reka bentuk gondola sangat unik. Selama berabad-abad lamanya dengan bentuknya yang langsing penuh gaya, gondola mudah melalui terusan sempit serta dapat mengimbangi berat gondolier tanpa memerlukan kemudi.


Gondola : Karya seni terapung!

Setiap aspek reka bentuk gondola penuh dengan simbolisme. Ferro, atau kepingan logam berhias di hadapan gondola dan ia bukan sekadar hiasan. Enam serampangnya mewakili enam sestieri (daerah) Venice, manakala bentuk S terbalik melambangkan aliran berliku-liku di Grand Canal. Elemen reka bentuk gondola mempamerkan kepintaran dan kesenian pembina bot Venice, menjadikan setiap gondola karya seni terapung.

Seorang gondolier sedang berehat di atas gondola sementara menanti penumpang untuk menyusuri terusan.

Terdapat pelbagai bentuk tempat duduk dan hiasan di dalam gondola untuk keselesaan penumpang.

Sudah bersedia untuk mengembara di atas terusan dengan menaiki gondola? Oleh kerana terdapat beratus-ratus jambatan dan terusan, ia menjanjikan pilihan pemandangan dan pengalaman yang berbeza samada melalui suasana yang tenang atau sibuk. Namun begitu, kami tiada pilihan selain membayar harga yang ditentukan dan duduk diam-diam tanpa banyak pergerakan sambil mata memandang ke kiri dan ke kanan atau ke hadapan dengan penuh was-was! Untuk berbual dengan gondolier sudah tentulah jauh panggang dari api kerana gondolier kami tidak faham bahasa Inggeris!

Mungkin pengembaraan di atas air ini lebih bermakna sekiranya ada 'guru sejarah' yang memandu kami sepanjang tiga puluh minit di atas bandar air ini.

 

Bangunan di atas air ini samada hotel atau rumah kedai memang nampak tenang dan mendamaikan dengan hiasan bunga-bunga segar. Sedap mata memandang!




Nampaknya semua gondolier memakai pakaian yang sama iaitu baju belang warna hitam putih.

Gondolier yang membawa kami melalui terusan dan bawah jambatan.

Gondola meluncur melalui terusan Venice dengan lancar. Hanya kami sahaja yang berteriak ketakutan apabila gondola agak mereng ke air sekiranya kami membuat gerakan atau kedudukan tidak seimbang.


Tak ingat apa nama-nama jambatan yang kami lalui di bawahnya.



Ponte de le Pignate

Gondola akan melalui jambatan di hadapan : Ponte de le Pignate.


Di bahagian belakang sanun ialah sebahagian daripada Rialto Bridge. Rialto Bridge merupakan jambatan yang tertua daripada empat jambatan yang merentangi Grand Canal di Venice, Itali. Jambatan ini menghubungkan sestieri San Marco dan San Polo dan dibina semula beberapa kali sejak pembinaan pertamanya sebagai jambatan pontun pada tahun 1173.  Kini Rialto Bridge menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke kota Venice.


Banyak gambar yang diambil kurang sempurna kerana Amie tidak berani memusing-musingkan badan! Aduhai, sudahlah tidak memakai jaket keselamatan, tidak pula pandai berenang. Memadailah tangkap gambar seadanya sahaja.

Hai Gondolier!

Adakalanya arus air bagaikan gelombang kecil yang mengoleng-olengkan gondola, namun gondolier tetap tenang dengan aksinya yang tersendiri di hujung gondola kerana mereka adalah pewaris gondoliers dan memiliki kemahiran mendayung gondola.


Melihat bangunan lama di kiri kanan, hati meronta-ronta ingin mengetahui serba sedikit sejarah masa lalu Venice yang merupakan bandar air dan pelabuhan penting di utara Laut Adriatik. Ia bandar unik tanpa kenderaan bermotor, dan teguh berdiri di atas air yang bersih tanpa sebarang sampah sarap.


Melihat deretan gondola yang sedang 'berehat' memberi bayangan 10,000 gondola yang pernah memeriahkan sekitar bandar air ini suatu masa dahulu.


Apabila gondola berpapasan dengan gondola lain, gondolier akan berteriak seperti menyebut sesuatu sebagai 'isyarat' traffic supaya tidak berlanggar di antara satu sama lain. Terusan atau laluan air adakalanya sangat sempit.



Satu demi satu lorong-lorong atau terusan sempit dan kecil yang kami lalui ini sentiasa mengubah pemandangan samada bentuk bangunan atau seni binanya. Jelas kelihatan bangunan ini wujud ratusan tahun lamanya! Ini dapat dilihat melalui bahan yang digunakan serta warnanya yang kelihatan kusam serta sebahagian dindingnya yang sudah pecah.

Apabila mendongak ke atas, beginilah keadaannya. Ia membayangkan situasi masa lampau yang penuh kenangan dan misteri sejarah silam.



Kesan-kesan air di bawah bangunan menunjukkan aras air adakalanya tinggi dan rendah mengikut pasang surut air laut.


Kelihatan pintu yang sudah dimamah usia, dan barangkali 'dimakan' oleh garam air laut!


Sebelum melihat langit biru, mata akan tertumpu kepada ketinggian bangunan agam di kiri kanan laluan.


Antara kesan hakisan air laut di kaki bangunan.


Inilah antara cerminan sejarah lalu, membalut luka kesan kecederaan pada batu bata.




Sesekali sempat merenung lorong-lorong kecil di antara bangunan tua yang masih berdiri kukuh.



Apa cerita di balik tingkap yang tertutup rapat di dalam bangunan ini?



Kaki bangunan masih kejap kukuh menahan tingkat demi tingkat di bahagian atas.


Inilah antara cerita yang tersendiri di dalam bangunan di bandar air. Ada pelbagai kedai, restoran dan tempat penginapan.




Nampaknya bangunan-bangunan di bandar air ini kelihatan usang dan uzur, namun tetap terjaga.


Adakalanya bangunan kelihatan sunyi dan sepi!



Ukiran kepala singa.

Sumber - Google

Ini sahajalah yang dapat Amie kongsikan tentang pengalaman selama lebih kurang 30 minit menaiki gondola menyusuri terusan demi terusan, menyaksikan bangunan lama yang tersergam gagah di kiri kanan laluan. Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil dan dipisahkan oleh 150 buah terusan tetapi dapat dihubungkan melalui jambatan-jambatan kecil. Venice juga dikenali sebagai:
  • La Dominante
  • Serenissima
  • Ratu Adriatik
  • Bandar Raya Air
  • Bandar Raya Jambatan-jambatan
  • Bandar Raya Cahaya

Aduhai... kasihanlah pula gondolier kami memerah tenaga mengayuh gondola yang memuatkan kami berlima!



Pada mulanya hanya kami berempat sahaja yang akan menaiki gondola dengan bayaran 25 EURO setiap seorang. Kami tidak menolak apabila ada seorang peserta rombongan ingin menyertai kami. Jadinya, untuk perkhidmatan menaiki gondola kami membayar 100 EURO bahagi lima kepala. Setelah kembali ke darat, baca di papan notis:
  • EURO 80 - max 5 people per gondola
  • EURO 100 - night tour
Kiranya EURO 20 itu 'tipping' untuk gondolier kami yang mengerah seluruh tenaga membawa kami bersiar-siar di bandar air.

8 comments

  1. Oh..setiap hiasan bukan hiasan ada maksud tersendiri..Tak ada pulak dorang guna hon ke wisel ka swbagai isyarat ye.Agaknya kalau pakai hon...hilanglah keunikannnya kan

    BalasPadam
  2. Menariknya perkongsian puan. Banyak maklumat baru yang saya dapat. Sejarah Venice dan gondola. Binaan gondola dan makna hiasan gondola. Cantik-cantik gambar puan ambil. Suka saya tengok gambar binaan bangunan-bangunan lama dalam post puan ni.

    BalasPadam
  3. Kalau dah ke Venice, wajib naik gondola ni kan. Tempat wajib pergi dan rasai pengalaman sendiri naik gondola. Agaknya kena ada photographer baru cantik gambar kita kak Amie. Risau juga kalau handphone jatuh. Kena prepare waterproof phone pouch dengan lanyard tu kalau nak ke sini. Kurang risau sikit nak ambil gambar dan tak risau jatuh.

    Best dapat naik dan menikmati permandangan sekitarnya. Berbaloilah juga untuk 30 minit tu.

    BalasPadam
  4. Nampak cantik la bangunan klasik kat Venice ni. Saya tak pernah ke sini tapi adik saya pernah dengan familynya. Naik gondola juga. Venice ni katanyanya akan tenggelam tak lama lagi sebab air makin naik.

    BalasPadam
  5. "Inilah antara cerminan sejarah lalu, membalut luka kesan kecederaan pada batu bata" puitis pula bila baca ni.
    Nice sharing kak 🥰

    BalasPadam
  6. Kak amie, tp airnya tak berbau yaa? Soalnya ada teman saya ke Venice saat summer. Dan dia kata airnya berbau. Semacam tak sedap lah.

    Ini ada dlm bucket list saya kalo nanti ke Venice ☺️.

    Kuat sangat lengan gondolier tuh yaa mengayuh terus menerus gondola besar macam ini

    BalasPadam
  7. Sy teringat ayat ZZ, lepas naik gondola, gondollah duitnya 🤭

    BalasPadam
  8. Ah senangnya dapat naik naik gondola ya Mbak.
    Itu tukang kayuh gondola sepertinya terlihat letih...untungnya dia di beri tip...
    Suasana di Vencice dengan gondola ini sering saya lihat di film-film...

    Salam,

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe