Transit Dubai - Delay ke Milan
11:44 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Amie sebenarnya masih keliru tentang Abu Dhabi Airport dan Dubai Airport! Pada mulanya Amie sangka kedua-duanya berada di tempat yang sama. Ternyata salah. Padahal Amie pernah jejak Abu Dhabi Airport tahun 2016, transit di situ sebelum sambung terbang ke Belgrade Airport di Serbia. Pada masa yang sama menyangka Abu Dhabi Airport itu Dubai Airport juga! Issshhh... teruk betul Amie ini. Agaknya orang luar negara yang hendak datang ke tempat kita, keliru tak mereka dengan KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2?
Waktu transit kami di Dubai Airport sekitar tiga jam empat puluh minit sahaja. Tempat pertama yang kami tuju sebaik sahaja menjejakkan kaki di balai ketibaan sudah tentulah yang pertama tandas, dan yang kedua surau.
Menuju ke bording hall Dubai Airport. |
Alhamdulillah. Selesai solat subuh di surau. Ada tempat wudhu' dan tempat solat yang selesa. |
Penerbangan ke Milan, Italy dijadualkan pada pukul 09:05 pagi tetapi kami dimaklumkan masa ditunda hingga ke pukul 11:30 pagi. Jadi dalam tempoh menunggu waktu tersebut, apa yang boleh kami lakukan di sini?
Ahli rombongan mencari tempat untuk minum pagi. Masing-masing bersama pasangan (suami isteri) atau bersama ahli kumpulan kecil. Semasa daftar masuk bagasi di KLIA Terminal 1, kami sempat berkenalan dengan dua orang peserta rombongan dari Sabah iaitu Nancy dari Sipitang dan Lucy dari Tuaran.
Ketika di Dubai Airport, dari berdua bersama Kamsiah sekarang sudah berempat bersama Nancy dan Lucy.
Kami berjalan-jalan masuk kedai keluar kedai menjamu mata.
Sekarang waktu Dubai 6:55 pagi dan waktu di negara kita pukul 10:55 pagi. Kiranya Amie sudah pandai gunakan sifir waktu antarabangsa. |
Kami berempat berjalan dari hujung ke hujung, melihat pelbagai jenis kedai dan akhirnya singgah di Giraffe Stop.
Oleh kerana di sini mata wang AED yang digunakan, jadi kami meminta kepastian adakah mata wang EURO diterima? Menurut pelayan di sini, mata wang EURO diterima tetapi jika ada baki yang perlu dikembalikan, mereka akan gunakan mata wang dirham @ AED. Kami bersetuju untuk minum di sini. Ketika ini waktu Dubai : 7:29 pagi.
Pelbagai jenis minuman dan dessert ada di sini.
Mengikut kiraan RM tukaran di KLIA1, iced mocca 7 Euro senilai dengan RM39.41sen!
Sambil sedut iced mocca, Amie kunyah biskut (dari kapal terbang) yang Amie simpan dalam beg. Waktu ini barulah terasa betapa jauhnya nilai mata wang kita! Syukurlah ada biskut, jadi tak perlu beli makanan selain minuman sahaja.
Fruit Delight - Cereal Bar with Raisins |
Begitu dan begini, cerita itu dan cerita ini akhirnya kami mengambil keputusan untuk berada di ruang menunggu sebagaimana yang ditetapkan oleh Tour Leader kami. Tour Leader kongsikan tempat menunggu di Pintu C17 dengan petunjuk ada pokok kurma di situ.
Pukul meninggalkan Giraffe Stop pada pukul 7:54 pagi dan pukul 8:34 pagi sampai ke Pintu C17. Oh, jauh juga jaraknya untuk sampai ke boarding hall. 4o minit berjalan kaki! Atau kaki yang berjalan lambat?
Water Cooler |
Singgah di sini untuk hirup air sejuk. Pada mulanya hendak beli air mineral sahaja tetapi mengenangkan harga 2 Euro untuk 500ml air, baiklah teguk puas-puas di sini. Selain sudah pandai sifir waktu antarabangsa, pandai jugalah mencongak-congak antara nilai Euro dengan RM. Kalau 2 Euro harga air mineral 500ml maknanya duit kita RM11.26 sen. Nilai yang Amie gunakan ialah nilai mata wang pada hari penukaran di KLIA 1.
Selepas hirup air sejuk puas-puas, bolehlah bersedia untuk ke tandas sebelum tiba masa memasuki perut kapal terbang. Kurang selesa rasanya kalau menguruskan hal 'tersebut' di dalam pesawat.
Pukul 11:00 pagi kami sudah berada di perut EK0205 menuju ke Milan Airport.
Sempat mengintai pesawat EK0205 dari boarding hall.
Jumpa lagi Dubai Airport |
Jadual asal penerbangan pada pukul 09:05 pagi ditunda ke pukul 11:30 pagi.
Sewaktu pesawat sedang meluncur ke udara, waktu di negara kita sudah pukul 3:30 petang.
Terbang dulu ya.
13 comments
Kalau transit lebih 4 jam di Dubai boleh claim free makanan dri Emirates...
BalasPadamLama juga transitnya ye Kak ...
BalasPadamYg keluar negara pasti directly terasa impak kejatuhan ringgit kita kan...
Memang mencabar jalan ke luar negara ni, mujurlah cepat pandai.. cikgu kann.. hihi. Jauh beza nilai ringgit kita, dgn negara jiran pun dah terlalu jauh bezanya.
BalasPadamsy kalau travel mmg x laa kak nak convert bagai mcm k amie buat ni. nnt smpi ke sudah x membeli🤣🤣🤣
BalasPadamooo yeahhh dah ada geng
dari berdua kini berempat
best tuuu
cantiknye lapangan terbangnya.. cantik dan luas..
BalasPadamPergi negara orang kena pandai congak congak. Mana boleh jimat, kita jimat. Makan fit bar pun okay juga sementara untuk alas perut bagi tenaga. Jauh juga tu nak berjalan. Kena jalan laju lah kalau dah terlambat. Lama jugalah delay dia tu.
BalasPadamTak terbeli kalau nengok tukaran wang.. orang kata jangan convert tapi auto mesti nak convert takut overspent pulak kan😁
BalasPadamDubai Airport memang mahal kan. Suami selalu kata jangan lah kira sangat tapi kepala ni mesti nak kira. Memang akan mencari yang murah je. Ada kala, kalau transit lama boleh claim makanan.
BalasPadamHahahahah banyak yg keliru memang kak 😄. Antara Dubai airport dan abu Dhabi. Saya sendiri blm pernah landing di abu Dhabi. Hanya Dubai airport. Tp kalo lihat foto2 teman, abu Dhabi airport rasanya lebih cantik lah. Moga2 nanti bisa merasakan landing di sana 😄
BalasPadamSaya kalo traveling semua ITIN termasuk budget, saya buat dalam mata uang di sana. Browsing dulu kisaran harga makan dan minum, lalu saya lebihkan sedikit dan buat budget dalam mata uang mereka. Jadi memang selama harganya masih masuk dlm budget, saya tak kisah. Kalo tak buat seperti itu, terkadang suka kaget dengan convert harga dalam IDR 🤣🤣
Lamanya transit...masa ni la kita berkira-kira nak membeli kan..nilainya tu terlampau tinggi.. especially untuk sebotol air mineral
BalasPadamkalau convert memanjang tak membeli le gayanya. Tapi memang terasa ringgit jatuh menjunam dibandingkan matawang negara lain. aduhaiiiii malaysia ku terchenta
BalasPadamCantik juga airportnya
BalasPadamjauh perjalanan untuk ke balkan..
BalasPadam