Welcome to B&B Hotel Malpensa Lago Maggiore
11:54 PGBismillahirrahmanirrahim.
Hampir pukul 10 malam, bas tiba di B&B Hotels (cawangan di Milan), tempat penginapan pertama Trip Balkan. Dalam kedinginan angin malam yang entah berapa bacaan suhunya, kami menyeret beg masing-masing untuk daftar masuk hotel. Memang sejuk. Sangat sejuk sehingga rasa kebas jari-jemari.
Welcome to B&B Hotels |
Sebaik sahaja melihat papan tanda hotel berlatarbelakang pokok-pokok beranting dan gondol, seolah-olah rupa jerangkung pun ada! Sudahlah samar-samar cahaya lampu dan kebanyakannya gelap! Rasa seperti sedang melihat pelbagai jenis hantu pula... ahaks!
Berada di lobi hotel, kelihatan suram di bahagian kaunter dan ada aroma yang harum menyambut kedatangan kami. Ruangannya tidaklah begitu luas tetapi cukup untuk memuatkan beg dan ahli rombongan kami.
Sementara menunggu agihan kunci bilik dan makanan, bolehlah duduk santai di sini. Jangan terus terlelap sudahlah sebab semuanya letih dan mengantuk!
Setelah mendapat kunci bilik, kami bergegas menaiki lift untuk menuju ke bilik masing-masing. Teringat pesanan pihak pengurusan supaya mengambil gambar keadaan dalam bilik supaya jika ada aduan penghuni membuat kerosakan, kita sudah ada bukti berbagai. Contohnya, sesampai sahaja kami di depan bilik, sudah terlihat kunci bilik yang rosak seperti di bawah ini.
Setelah dua hari tidak tidur dengan sempurna, akhirnya dapat merebahkan diri di atas tilam!
Ketika kami merebahkan diri di katil pada pukul 11 malam, Encik Suami dan anak-anak sudah terjaga untuk tunaikan solat subuh! Kalau beza waktu Dubai dengan negara kita lebih kurang 4 jam, tetapi beza waktu di Italy pula selama 7 jam.
Amie sentiasa mengingatkan Kamsiah agar sama-sama berjaga-jaga ketika menggunakan tandas. Maklumlah kami perlu patuhi agar tidak membasahkan lantai tandas kecuali ketika mandi di dalam bathtub atau bilik pancuran mandi.
Malam itu kami tidak berani untuk mandi disebabkan rasa sejuk yang amat sangat. Hanya berus gigi, cuci muka dan mengambil wudhu' sebelum menunaikan solat jamak takhir.
Setakat ini tiada sebarang masalah di dalam bilik. Cuma, pada keesokan paginya Kamsiah beritahu bahagian bawah mangkuk tandas bocor @ air mengalir.
Air mengalir / bocor ketika mangkuk tandas ini digunakan. |
Ambil jugalah gambar tuala selepas digunakan yang digantung dalam almari.
Kali terakhir mandi pada malam 11 Februari 2024 di Kota Kinabalu! 14 Februari 2024 mandi di Italy. Suhu dingin membantu usir aroma tubuh dan pakaian yang tidak menyenangkan!
Gambar kenangan sebelum meninggalkan bilik 218 keesokan paginya.
Seret lagi beg bawa turun ke lobi.
19 comments
yang baca ni pun rasa sejuk jugak..hahaha... Pakai lah sarung tangan kak amie. sampai kebas jari jari tu haa
BalasPadamMemang lepas tu pakai sarung tangan tapi kena cabut semula sebab hendak ambil gambar. Susah hendak tangkap gambar guna jari yang tertutup.
PadamKalau sejuk sangat tangan kebas pun boleh rasa tak selesa juga nak jalan tu jadi kena pakai sarung tangan....
BalasPadamYa, betul tu.
PadamBaca pun dah terasa sejuk nya Kak Amie.
BalasPadamWaktu angin bertiup itulah masanya rasa sejuk sangat.
Padamlobi hotel dah mcm ruang tamu rumah pula
BalasPadambanyak betul barang2 nya...
Sekali pandang rasa semak.
PadamDua kali pandang ada keunikannya yang tersendiri.
Itulah gaya dekorasi B&B Hotel.
Aduhai...rasa x selesa plak bila perlu ambil gambar sebelum berehat sepuasnya... tp betul jugak untuk langkah keselamatan..nanti x pasal2 kena bayar gantirugi
BalasPadamKamsiah kata, itu perkara biasa sebab Kak Amie memang suka ambil gambar tempat penginapan. Cuma kali ini, kena prihatin bahagian yang ada kerosakan sebagai langkah berjaga-jaga.
PadamMacam-macam ye tak boleh mandi lantai basah apa bagai ye kak, tp nasib la boleh mandi jugak hehehe. Memacam dugaan rosak itu ini ye kak, dugaan betul kan.
BalasPadamTak boleh basahkan lantai bilik air ini perkara biasa juga Dana, sebab waktu Kak Amie jalan-jalan ke Australia dulu pun begini juga syarat yang dikenakan oleh tuan homsestay.
PadamBab ambil gambar yang rosak itu memang Kak Amie jaga sangat sebab pernah kena kejar tuan homestay sampai ke airport. Katanya kami bakar ironboard padahal tak seorang pun yang seterika gunakan ironboard tersebut. Nasib baik saya ada gambar. Kalau tak melayanglah 100USD diminta untuk ganti rugi! Sebenarnya itu tuduhan yang disengajakan. Tuan homestay sendiri yang sengaja letakkan ironboard dengan kesan bekas terbakar untuk memerangkap kami. Memalukan sangat sebab tuan homestay itu orang Malaysia!
Ada dua mangkuk tandas ke tu? Sy keliru
BalasPadamKami pun keliru SK.
PadamMulanya Kamsiah kata selepas membuang di mangkuk tandas biasa, mencucinya di magkuk sebelah. Eh, entah apa-apalah... hadooiiii hahahahahaa! Sampai sekarang masih tertanya-tanya apa fungsinya. Tanya pak google pun belum dapat jawapannya.
Untuk menghilangkan penat dan rehat seketika kita okay jugalah ni. Sinki dan toilet bowl sama level lak. Susah juga tu tak boleh nak basahkan lantai. Bagus jugalah tu ambil gambar dulu, in case apa-apa berlaku ada bukti. Perjalanan jauh, penatnya tu tak boleh bawa bincang. Yang penting dapat tidur kejap untuk recharge tenaga.
BalasPadamTak tahulah Fizah, adakah toilet bowl dan sebelahnya sinki, sebab ada disediakan sinki juga yang lebih tinggi.
PadamMemang sangat penat Fizah, dengan tak tukar pakaian berhari-hari sebab dalam perjalanan. Syukurlah tiada bau badan yang tidak menyenangkan sebab kami selalu berada di tempat sejuk.
Sayang sangat penginapannya banyak hal2 yang perlu diimprove ya kak..
BalasPadamKalo ttg ambil foto sebelum masuk kamar, dari dulu saya selalu lakukan.. video bahkan. Krn ada kejadian teman saya dituduh ambil gelas dalam kamar. Padahal memang hanya ada 1 gelas saat itu . Nasib baik ada video dan pihak hotel minta maaf.
Pasti lena tidurnya setelah 2 hari tidur tidak sempurna.
BalasPadamMemang perlukan dimana2 hotel kita ambil gambar/video dulu. Tapi tu lah kadang2 badan dah penat, nampak katil nak rebahkan diri je. Ambil gambar pun ala kadar je.
mesti penat kan sebab 2 hari tak dapat tidur yg cukup dan tempat yang selesa.
BalasPadamsyu pon klau sejuk, mmg x berani nak mandi. takut lg sejuk nanti..