Menu Berbuka Puasa Ramadan Ke-20
8:25 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berbuka puasa di bulan Ramadan hari ke-20. Kita sudah melalui 2/3 bulan puasa. In syaa Allah
Selamat berbuka puasa di bulan Ramadan hari ke-20. Kita sudah melalui 2/3 bulan puasa. In syaa Allah
di penghujungnya nanti kita akan sama-sama meraikan 1 Syawal 1445H bersama keluarga tersayang.
Hari ini Amie masak nasi berlauk seperti biasa untuk juadah berbuka. Encik Suami hendak makan ikan panggang. Kita pula hendak makan asam pedas daging. Tanya Firdaus, hendak makan nasi lauk apa? Katanya makan nasi dengan telur pun ok!
Hari ini Amie masak nasi berlauk seperti biasa untuk juadah berbuka. Encik Suami hendak makan ikan panggang. Kita pula hendak makan asam pedas daging. Tanya Firdaus, hendak makan nasi lauk apa? Katanya makan nasi dengan telur pun ok!
Ok! Nanti Mommy buatkan Daus telur dadar ya.
Hidangan berbuka puasa:
- Nasi Putih
- Asam Pedas Daging
- Ikan Lumahan / Kembung Panggang Kuali Ajaib
- Sayur Sawi Pahit Tumis Air
- Kicap Lada
- Jus Tembikai + Laici
- Kurma
Ikan Lumahan / Kembung Panggang Kuali Ajaib |
Ikan Lumahan / Kembung ini bersaiz besar. Dua ekor seberat 580 gram. |
Asam Pedas Daging |
Walaupun Firdaus hanya minta telur dadar, tidaklah kita goreng togel-togel saja. Kita bubuh hirisan daun bawang dan cili merah.
Wah, laris manis telur dadar gulung Firdaus. Inilah yang habis dahulu berbanding lauk lain. Bukan Firdaus sahaja yang makan. Kami berdua pun bantu sama... ahaks!
Sayur Sawi Tumis Air. |
Jus Tembikai + Laici |
Daun kesum dan bunga kantan. |
Pada mulanya Amie hendak beli bunga kantan, tetapi sekuntum harganya RM4.00 walaupun saiz kecil. Amie fikir baiklah masak asam pedas dengan daun limau purut saja. Banyak daun limau purut di belakang dapur. Tiba-tiba terfikir pula tentang pokok kantan yang lama tidak diziarahi! Sampai di rumah, minta Encik Suami pergi tengok mana tahu ada sekuntum dua bunga kantan. Rupanya pokok kantan tidak berbunga seperti selalunya. Encik Suami tanya, bila hendak digunakan bunga kantan? Amie kata, petang inilah. Kita hendak masak asam pedas daging. Tak ada bunga kantan pun tidak mengapa.
Selepas solat zohor kita berehat-rehat di ruang tamu dan tertidur. Encik Suami keluar, dan pulang bersama tiga kuntum bunga kantan. Katanya, kakak ipar suruh ambil di belakang rumahnya. Eh, pandai Encik Suami selesaikan masalah kita. Tiga kuntum bunga kantan itu kalau dibeli sudah RM12.00 harganya. Semoga pokok kantan kakak ipar terus berbunga.
Asam Pedas Daging |
Tak sangka pula Firdaus begitu banyak makan Asam Pedas Daging selain telur dadar gulung. Amie gunakan daging segar, warna merah jambu dan sudah tentu daging lembu muda. Tepat jangkaan Amie kerana Firdaus yang mula-mula sekali senduk asam pedas ke dalam pinggannya mengatakan dagingnya lembut! Kalau daging muda tidaklah perlu direbus terlebih dahulu sebelum diasampedaskan. Cuma, waktu memasak itu agak lama sedikit dan gunakan api perlahan sahaja.
Resipi Asam Pedas Daging
Bahan-bahan:
- 400 gram daging batang pinang - hiris nipis / ikut saiz yang digemari
- 1 batang serai - diketuk
- 1 kuntum bunga kantan - belah 2
- 5 tangkai daun kesum
- 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus
- 1 sudu kecil pati asam jawa
- 1/2 cawan minyak
- 800 ml air
- garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
- 10 tangkai cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 2 cm belacan
- 2 cm halia
- 2 cm lengkuas
- 2 cm kunyit hidup
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Masukkan serai diikuti dengan bahan kisar.
- Tumis hingga pecah minyak. Masukkan pati asam jawa dan gula secukupnya.
- Seterusnya masukkan daging dan gaul.
- Setelah daging layu / kecut masukkan air dan biarkan masak mendidih dengan api besar.
- Perlahankan api, dan tutup kuali / periuk.
- Apabila daging empuk dan kuah agak pekat sedikit, masukkan daun kesum dan bunga kantan.
- Perasakan dengan garam dan perasa pilihan.
- Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Selamat berbuka puasa. Bismillah. |
8 comments
telur dadar tu akak msk guna kuali leper 4 segi mcm kt korea ke kak? ke akak ada pernah kongsi resepinya? tergoda sungguh tengok telur dadar tu lah kak
BalasPadamcantik telur dadarnya di potong2 begitu...ikan lumahan tu sama dgn ikan kembung la ye
BalasPadamWahh berselera Daus makan ye. Sedap sangatlah tu asam pedas daging mommy dan telur dadar gulung. Menarik pulak tengok telur dadar gulung macam orang korea selalu buat tu. Ikan panggang tu kak amie letak minyak sikit dan masak sekejap dalam pemanggang ajaib ye? Tengok cantik kejadiannya tak hangus. Mujur ada rumah family dekat-dekat. Ada rezeki dapat bunga kantan. Jimat dah daripada beli 1, RM4.
BalasPadamkalau sy tu
BalasPadamau berebut dgn firdaus hehehe
alahaiii sedapnyaaa asam pedas daging...
ooo kak amie tak ada masukkan kentang ya utk lauk ni?
Wahhh.. telur dadar viral tu. Asyik makan sambil memerhati gulungannya. Memang sesuai telur dadar ni dihidang bersama asam pedas daging!
BalasPadamSA terpikat dengan asam pedas dan telur dadar tu..macam mana kak amie buat..ajar la kami...
BalasPadamAsam Pedas Daging sedapnya pernah makan di Melaka dulu. Boleh try ikut resepi Kak Amie. Thanks kongsi resepi.
BalasPadamAlhamdulillah ada bunga kantan free, memang mahal kan bunga kantan.
Bisa tapiiii yaaa telur gulung kakak. Saya pernah buat, tapi tak rapi 🤣🤣.
BalasPadamAsam pedas tanpa bunga kantan kurang wangi. Untung akhirnya dapat ya kak