Pagi di Metlika 2'C
7:36 PTGBismillahirrahmanirrahim
Day 4 - 16 February 2024 - Friday
At 8:00 depart to Plitvice Lakes (110KM) - The National Park with more than 1,000 small lakes with clear mountain water (UNESCO). Tour of Plitvice lakes. Late in the afternoon arrival in Bihac, Bosnia and Herzegovina (30 KM from Plitvice). Dinner and overnight.
Day 4 - 16 February 2024 - Friday
At 8:00 depart to Plitvice Lakes (110KM) - The National Park with more than 1,000 small lakes with clear mountain water (UNESCO). Tour of Plitvice lakes. Late in the afternoon arrival in Bihac, Bosnia and Herzegovina (30 KM from Plitvice). Dinner and overnight.
Di hadapan Hotel Bela Krajina Metlika. |
Sementara menunggu waktu sarapan pada pukul tujuh pagi, sempat turun ke bawah untuk ambil gambar. Pemandu bas akan datang tepat waktu untuk buka pintu letak barang di bahagian bawah. Jadi kami simpan dahulu beg di lobi hotel.
Kaunter Hotel Bela Krajina. |
Apa benda ni? |
Brosur / pamplet berkaitan hotel dan juga tempat-tempat menarik untuk di kunjungi di Slovenia. |
Ada pula buku resipi! Inilah yang Amie suka sangat untuk memilikinya. Oleh kerana ia dalam bentuk buku, jadi Amie tanya di kaunter adakah ia percuma atau dijual. Kalau dijual dan berapa harganya. Petugas di kaunter suruh Amie rujuk di bahagian dapur dan berrtanya harga kepada chef di situ. Amie pun jumpa salah seorang chef, dan katanya buku resipi itu boleh Amie ambil secara percuma. Seronoknya dapat rezeki di pagi hari!
Tempat duduk di ruang menunggu.
Gambar-gambar yang dipaparkan mungkin berkaitan sejarah pembukaan Hotel Bela Krajina.
Tak faham bahasa Slovenia .... ahaks!
Selepas sarapan pagi, kami bawa turun beg masing-masing untuk dimasukkan ke dalam bas. Ketika ini sudah pukul 8:30 pagi. Walaupun dalam itinerary kami akan bertolak pada pukul 8 pagi, tetapi menurut TGB, bas akan bergerak tepat pukul 9 pagi untuk perjalanan sejauh 110 KM ke Tasik Plitvice di Croatia.
Walaupun hampir pukul 9 pagi, namun belum lagi muncul sang matahari. Suhu serendah 2'C mula berubah menjadi 4'C dan kelihatan sedikit cahaya terang muncul di sebalik selekoh jalan.
Pemandu bas sudah membuka pintu bahagian bawah dan kami bersedia untuk membawa beg masing-masing ke sini.
Walaupun seakan tiada kaitan cerita, namun Amie suka ambil kesempatan tangkap gambar sesuatu yang Amie rasa menarik pada pandangan mata seperti gambar di atas. Amie suka melihat pagar kecil, tangga dan batu-bata di sekelilingnya!
Tepat pukul 9 pagi, bas pun bergerak dari Hotel Bela Krajina yang bermaksud meninggalkan juga wilayah Metlika di Slovenia.
Selamat tinggal wilayah Metlika!
Jumpa lagi.
Jumpa lagi.
Walaupun pemandangan tidak jelas disebabkan halangan kabus, tapi hendak ambil juga sebab nampak keunikannya terutama bentuk rumah di sini. Mungkin ini kawasan perkampungan.
Pukul 9:25 minit pagi, bas terpaksa patah balik ke Hotel Bela Krajina. Kenapa? Rupanya ada peserta rombongan terlupa kembalikan kunci di kaunter! Boleh bayangkan tak bagaimana rupa TGB kami?
Sabar sajalah mak labu!
Sejuk-sejuk begini kalau ikutkan hati marah memang panaslah jadinya... ahaks!
6 comments
Wah alhamdulillah sekali dapat rezeki pagi. Dikasih buku secara gratis. Bisa jadi kenang-kenangan pula.
BalasPadamWah kotanya sejuk dilihat. Keza selalu suka lihat perumahan di Liar Negeri. Rumahnya tertata rapi, bangunannya nyaris sama. Suasana lingkungannya juga tenang sekali
Tapi sayang sekali bis harus putar balik. Harus sabar padahal mengejar waktu
Sing sabaaaar tour leader 😂😄. Memang laah Macam2 kan kalo pagi dengan banyak peserta travel 😁. Pernah juga kejadian saat saya ambil trip pakai travel. Peserta ada yg Barang tertinggal , atau peserta telat bangun sampai kacau acara yg dibuat 🤭.
BalasPadamWah untung sangat dapat buku resipi percuma. Memang rezeki kak Amie lah. Mujur juga bertanya. kalau tidak, rugi dah kan. Aduhaii... mesti bertukar hulk kena patah balik tu. Sabar je lah...patut kena check awal-awal sebelum gerak. Perjalanan bukan dekat. ye, asalkan suasana menarik mesti nak ambil gambar buat kenangan. Setiap satu gambar ada ceritanya.
BalasPadamAduiiii.. ada saja hal yg ditimbulkan ahli rombongan ya. Kalau sy pun panas ni, Kak Amie.
BalasPadamDalam reramai biasanya ada juga sorang yang akan spoil kan...yg akan buat orang teringat ingat...hihihi
BalasPadamSuhu serendah itu macam tinggal dalam ice box dah kalau kat Malaysia ni
..hihihi
Bestnya dapat buku resepi free. Memang suka kumpul buku resepi dulu2, sekarang gugel je tapi kalau berkenan mmg beli jugak. Sejuk nya 2'C. Patah balik hotel, adus.
BalasPadam