Selamat Pagi Italy dan Jom Sarapan!

10:05 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Peringatan daripada Tour Guide (Amie beri gelaran TGB - Tour Guide Bosnia), sarapan pukul 7 pagi dan pukul 8 bas akan bergerak meninggalkan hotel. Mesti tepati waktu, tegasnya. 

Amie dan Kamsiah turun ke lobi 10 minit sebelum pukul 7 pagi. Setelah meletakkan beg di lobi, kami menjengah ke dewan makan. Petugas di situ memberitahu, lima minit lagi baru jam tujuh. Sekarang belum masanya untuk bersarapan. Jadi, kami kembali ke ruang lobi dan duduk di situ.

Tour Leader (Amie beri gelaran TLM - Tour Leader Malaysia) telah mengingatkan kami sekiranya tidak yakin dengan makanan seperti daging yang tidak halal, makan sahaja yang lain seperti roti, telur dan buah-buahan.

Jom sarapan!


Seperti keadaan pada sebelah malam, cahaya samar-samar sahaja yang menjadi penerang di ruangan menuju ke dewan makan.


Mengintai ke ruangan makan.


Sekarang boleh masuk ke bilik romantik ini!
Tapi lebih teranglah berbanding suasana romantikus makan sahur di pesawat EMIRATES... ahaks!




Dewan makan tidaklah besar dan luas, tetapi susun aturnya menarik serta memaksimumkan penggunaan ruang.

Sweet Corner

Banyaklah pula ayam bertenggek di atas tu...


Sudut buah-buahan, semuanya bersaiz besar dan sebiji-sebiji tanpa potongan. 



Bekas di belakang berisi kacang walnut, yang di depan rasanya bijan (kalau tak silap), dan di sebelahnya warna putih, tak tahu kacang apa.


Pelbagai jenis biskut dan coklat.


Jem dan madu.


Balang di belakang yogurt berisi corn flakes dan muesli. Muesli ialah sejenis hidangan sarapan pagi dan tengah hari berasaskan emping oat mentah serta bahan-bahan lain seperti bijian, buahan segar atau kering, biji benih dan kekacang. Apabila ingin menikmatinya, boleh dicampur dengan susu lembu, susu soya, susu badam, susu tumbuhan lain, yogurt atau jus buah-buahan.


Agaknya dalam bahasa Italy, yogurt Greek disebut yogurt Greco.... ye ke?

Corn Flakes & Muesli

Pilihan pelbagai jenis yogurt.

Beberapa jenis roti.





Pelbagai jenis minuman panas.
Ada espresso, minuman kopi asal Italy, caffe lungo, latte macchiato, cappuccino dan macam-macam lagi.



Mencari sudut untuk bersarapan.
Satu meja empat kerusi. Dua kerusi untuk Amie dan Kamsiah. Dua kerusi lagi untuk Lucy dan Nancy.


Wajah bersih berseri-seri di pagi hari. 


Cuba teka ini kopi apa?


Croissant



Cinnamon Roll.















Jom alas perut.



Dari tadi asyik memandang-mandang tiga jenis jus buah di sini!


Baiklah kita cuba minum sedikit.

Uva + Mirtilio + Melograno + Cannella

Mula-mula cuba jus buah-buahan campuran :  uva mirtilio melograno cannella.
Google Translate : Anggur, blueberi, delima, kayu manis!

Kamsiah dengan orange juicenya.

Jus Aloe Vera

Amie cuba jus aloe vera. Siap ambil air kosong untuk bilas kalau rasa jus aloe vera itu ganjil. Rupanya tidak. Sedaplah pula jus aloe vera. Amie ambil lagi secawan! Rugi tak cuba!

Makan sebiji pisang dan telur untuk bekal tenaga.
Tambah bluberry dan apple pie, croissant dan cinnamon roll.




Selepas sarapan jangan lupa letakkan dulang berisi pinggan mangkuk dan cawan di troli yang disediakan.




Selesai sarapan, ada beberapa minit lagi untuk bersedia menuju ke bas. Masing-masing mula sibuk mengheret beg dan ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar di kawasan sekitar.

Suhu pada pukul 6:46 pagi ialah 2'C.

19 comments

  1. Byk pilihan makanan yg boleh dimakan, syukur tidak kelaparan hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Boleh buat alas perut di pagi hari.

      Padam
  2. best semua pastries kat sana. kopi pun nampak sedap tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kopi tu macam-macam jenis sampai tak tahu nak pilih mana satu.

      Padam
  3. Balasan
    1. Ya, banyak pilihan dan sedap-sedap belaka.

      Padam
  4. ku mencari nasi lemak lupa itu di itali hehehhehe.... nampak sedap semua nya kak oi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kami puasa nasi sepanjang berada di Balkan ni Dana.

      Padam
  5. Sedap sedap pilihan sarapanmya walaupun tergeliat lidah nak sebut🤭
    Kopi apa tu nampak berbeza dgn kopi biasa..adakah kopi luwak?🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah kopi apa ye Mama Cella.
      Mesti dikaitkan dengan kopi Italy ni.

      Padam
  6. Sarapannya ringkas. Nasi lemak dan mee goreng tak ada pulak ya, hihihihihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena puasa nasi lemak dan mee goreng buat sementara waktu ni SK.

      Padam
  7. Okaylah dia pandai susun dan memaksimakan ruang. Banyak pula ayam bertenggek ye. Rasa pelik pula bila buah-buahan tak dipotong. Maksudnya boleh take away lah kot kan. hihi...

    Banyak pilihan makanan yang kita boleh cuba. Air kosong tu wajib, kalau tak kena dengan tekak boleh dibilas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah hidangan buah-buahannya memang sebiji bulat-bulat tak dipotong. Hendak ambil sebiji takut tak habis makan. Mulanya memang tak ambil, tapi bila sudah alami rasa lapar dalam bas sebelum jumpa makanan tengah hari, pandailah kami ambil sebiji epal atau limau simpan dalam beg.
      Ya, air kosong memang wajib. First time cuba minum jus aloevera, rasa sedap pula, tapi bilas jugalah dengan air kosong sebab nak hilangkan rasa manis di lidah.

      Padam
  8. Saya pun kalo di negara bukan muslim, makan yg ada saja lah. Buah, sayur, roti, kopi, dah cukup 😄.kalopun piring di sana dipakai juga utk menyajikan pork, nak bilang apa kan. Yg penting yg saya makan bukan pork dan alkohol. Beda cerita kalo di negara muslim 😄

    BalasPadam
  9. Banyak choice untuk breakfast tu. Kalau dah makan sebiji pisang, kenyang juga.

    BalasPadam
  10. Syukur ada banyak pilihan..SAapagi x leh makan buah..kalau makan buah SA akan cepat nak membuang

    BalasPadam
  11. banyak juga pilihan menu yang ada..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe