One Pizza One Cola
1:38 PTGBismillahirrahmanirrahim.
TGB umumkan makan malam kami di sebuar restoran halal. Katanya lagi kami akan makan pizza.
TGB umumkan makan malam kami di sebuar restoran halal. Katanya lagi kami akan makan pizza.
One pizza, one cola!
Itulah menu yang disebut oleh TGB yang akan kami nikmati sewaktu berada di restoran nanti.
Dalam hati berkata: Oh, cola pula!
Hurrmmmm! Memang kita cakna dengan isu kemanusiaan di negara Palestin.
Apa agaknya beza rasa pizza di Italy dengan pizza di negara kita? |
Bas yang membawa kami tiba di Piazza Marco Polo Caorle pada pukul 7:30 malam. Kami beratur masuk ke Malaga Ristorante Pizzeria. Sekali lagi TGB mengingatkan kami : One pizza, one cola!
Jom masuk ke Malaga Ristorante.
Ruang makan di dalam Malaga Ristorante.
Inilah ruang makan yang disediakan untuk rombongan kami.
Untuk kerusi lapan orang pelanggan, disediakan dua botol air mineral. Botol air mineral tutup warna pink itu Amie punya. Itu botol air mineral yang diperoleh seorang sebotol setiap hari ketika berada di dalam bas.
Air mineral yang disediakan oleh Malaga Ristorante. |
Minyak Zaitun |
Lada Hitam |
Sementara menanti pizza dihidangkan, beri makan dulu HP dengan hiasan dalam Malaga Ristorante.
Intai tempat makan pelanggan di bahagian luar ruangan kami.
Sebahagian daripada ahli rombongan Trip Balkan.
Hiasan di bahagian atas ruang makan.
Ruang makan sebahagian lagi ahli Trip Balkan di bilik sebelah.
19 minit menunggu, datanglah pizza ke meja kami. Toppingnya sayuran seperti terung, zucchini dan tomato. Ada lapan potongan. Kami pun bahagi lapan orang, seorang sepotong. Pada masa yang sama, kami tertanya-tanya : Inikah yang dimaksudkan one pizza oleh TGB?
Pizza Topping Sayuran |
Di antara kami memang ada yang tertunggu-tunggu minuman cola, tapi tidak nampak bayangnya pun! Akhirnya kami buka botol mineral dan tuang air ke dalam gelas. Selamat masuk perut sepotong pizza dengan segelas air mineral. Pizza yang masih panas, walaupun pertama kali kami makan dengan topping sayuran tapi sedaplah juga.
Sembilan minit kemudian, datang lagi pizza topping keju.
Kami bahagi sekeping seorang.
Pizza Topping Keju |
Hidangan pizza ketiga. |
Cepat jew kepingan pizza hilang dari bekasnya. Dan dua minit selepas itu datang lagi pizza jenis yang sama! Kami pun ambil lagi sekeping seorang. Pada masa ini perut sudah rasa penuh makan tiga keping pizza.
Apabila TGB menghampiri meja kami untuk bertanya adakah pizza yang dihidang itu sedap, seorang rakan rombongan bertanya : Mana cola?
Jawab TGB : No cola. One pizza, one water!
Begitu pula jawabnya.
Maknanya bukan telinga Amie seorang yang pekak!
Memang TGB sebut: One pizza, one cola tapi sekarang sudah berubah jadi one pizza, one water.
Maknanya bukan telinga Amie seorang yang pekak!
Memang TGB sebut: One pizza, one cola tapi sekarang sudah berubah jadi one pizza, one water.
Suka hati engkaulah minah... ahaks!
Setelah habis pizza dalam pinggan ketiga, datang lagi pizza yang keempat!
Kali ini perut kami sudah tidak dapat bertolak ansur menerima pizza yang seterusnya.
Kami beritahu TGB untuk beredar dari Malaga Ristorante Pizzeria.
Kata TGB: Jangan bergerak dulu. Masih ada pizza yang akan dihidangkan. Setiap seorang kena makan satu pizza!
Oh, rupanya maksud one pizza ialah setiap seorang kena makan satu pinggan pizza lapan keping!
Melihat kami memang benar-benar tidak mampu menghabiskan pizza yang keempat, pelayan restoran membawakan kotak supaya kami masukkan baki pizza dan bawa pulang.
Kotak berisi pizza ini dibawa pulang oleh peminat pizza. |
Begitulah kisahnya One Pizza One Cola yang menjadi One Pizza One Water.
Dapatlah kami makan pizza yang berupa roti rata panas dari oven, hidangan Italy klasik dengan toping sos tomato dan keju.
Lebih kurang pukul 9 malam waktu Italy, kami meninggalkan Malaga Ristorante Pizzeria.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga alas perut sebelum menuju ke destinasi seterusnya.
Hendak ke mana selepas ini?
Sudah tentulah hendak cari tempat tidur.
Jom ikut kami ke hotel.
10 comments
laaa, SA ingat ada cola...xde rupanya..
BalasPadamTak jelas penyampaian dia kan. Pelik pula bila cola tak sampai-sampai. Baguslah kalau mereka cakna tentang hal Palestine. Mak aihhh 8 keping = one pizza memang tak mampu nak habiskan. Tapi cara macam tu dapatlah rasa berjenis jenis pizza.
BalasPadamPizza memang sedap dengan Cola kan atau air carbonated. Uihhh kecur tengok pizza Italy tu.
BalasPadamSepinggan pizza untuk semua tapi hantar satu2 ya sorang makan mmg tak habis kan ok juga boleh bawa balik
BalasPadamNampak pizza ni terus terliur pula nak Pizza.
BalasPadamdana mula bayangkan sekeping tu sepotong pizza tu untuk sorang, sikit benor cukup kah. Tapi rupanya sebiji piza untuk seorang hehehhe...
BalasPadamLaaa...saya pun membayangkan ada la air cola...tak baik macam tu kan...cakap la dr awal 1 pizza 1 sky juice...
BalasPadamHahahahahah saya dah pikir tadi, 1 pizza 1 cola, ini maksudnya 1 slice ato 1 bulatan pizza 🤣🤣. Kalo 1 bulatan terlalu banyak. Tp 1 slice sikit sangaaat.
BalasPadamTapi untung juga kak diganti jadi water. Drpd cola kan 😂
Tiber cola jadi water.. penuh perut kalau pizzanya 8 keping
BalasPadamTiber cola jadi water.. penuh perut kalau pizzanya 8 keping
BalasPadam