Dari Slovenia ke Croatia

6:05 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah bas patah balik ke Hotel Bela Krajina, bas bergerak semula untuk menempuh 110KM perjalanan ke Taman Negara Plitvice Lakes, sebuah taman negara tertua dan terbesar di Croatia. Pada tahun 1979, Taman Negara Plitvice Lakes tersenarai sebagai salah satu Warisan Dunia UNESCO. Hal ini kerana di sini terdapat tasik dan gua-gua yang indah serta air terjun.

Sebelum sampai ke tempat tujuan, seperti biasa Amie cuba tangkap gambar dari dalam bas. Salaupun tidak berapa jelas, bolehlah untuk disimpan buat kenang-kenangan. Orang kata musim bunga dan musim luruh itu cantik, tetapi musim sejuk pun tiada kurangnya, malah kelihatan lebih unik berbanding musim-musim yang lain.


Pemandangan di sebelah kanan jalan raya di  Jezerane, Croatia. Gambar diambil pada pukul 9:47 pagi


Pemandangan di Kompolje, Croatia.


Check point keluar dari Slovenia. Seperti biasa TGB mengarahkan kami semua diam-diam sahaja, jangan bercakap dan serius ketika bas dinaiki polis sempadan Croatia untuk pemeriksaan. Dilarang sama sekali untuk mengambil gambar. Pemandu bas diarahkan membuka pintu bawah bas untuk tujuan pemeriksaan juga.


Perjalanan diteruskan. Rezeki Amie duduk di sebelah kanan dalam bas, jadi hanya dapat melihat dan tangkap gambar di sebelah kanan sahaja. Tak tahulah apa pemandangan di bahagian sebelah kiri pula.


Beginilah antara bentuk rumah yang terdapat di Otocac, Croatia.


Selepas musim sejuk, kerja tanam-menanam pokok jangka pendek akan dilakukan. Kelihatan di sana-sini kawasan tanah lapang dan bersih sudah bersedia untuk aktiviti penanam di permulaan musim bunga. Antara tanaman tersebut termasuklah jagung, gandum, strawberi dan sebagainya. Manakala pokok-pokok seperti epal, anggur, zaitun akan mula bertunas dan seterusnya akan berbunga.






Antara bentuk rumah di Croatia. 


Kami dikehendaki menyediakan 25 EURO untuk bayaran tiket masuk ke Plitvice Lakes.


Selamat Datang ke Plitvice Lakes.


Sebaik kami tiba, kami diperkenalkan dengan tour guide tempatan, seorang pemuda tinggi lampai yang akan memandu jalan sepanjang trek yang akan dilalui.


Inilah tour guide kami. Tinggi betul. Agaknya boleh sampai tujuh kaki kot!



Kami dikehendaki mendengar penerangan yang akan disampaikan oleh tour guide sebelum memulakan perjalanan.


Inilah peta kedudukan Plitvice Lakes yang terdiri daripada 16 buah tasik dan berkeluasan 300 kilometer persegi.


Belum pun kaki melangkah ke tasik, rasa takjub mendengar penerangan serta arahan tour guide. Tidak dapat dibayangkan jarak yang perlu kami tempoh. Menurut tour guide, kami hanya akan menempuhi perjalanan sejauh 3.5 kilometer sahaja. 

Pemandu bas kami.


Sebelum memulakan langkah, bergambar dahulu dengan pak beruang.


Bismillahirrahmanirrahim.




Kami akan melangkah ke sanun!
Air terjun sedang menanti.



Maka menapaklah kami bersama-sama menuju ke Plitvice Lakes!


9 comments

  1. Cantiknya semua. Tak sabar nak tunggu post bila sampai di Plitvice Lakes.
    3.5km, jalan slow2 sambil menikmati view cantik, takkan rasa penat. Cuaca pun sejuk.
    Tinggi betul Tour Guide tu.

    BalasPadam
  2. Besar betul pak beruang! Salam Nuzul Quran ❤️

    BalasPadam
  3. Cantiknya....terasa kami pun ikut melancong sekali tengok gambar-gambar yang kak amie kongsikan ni

    BalasPadam
  4. Sangat bersih udaranya....negara maju emang penataan lingkungan sangat baik...huhu

    BalasPadam
  5. Luar negara ni setiap musim ada kecantikan permandangan dia tersendiri. Rare permandangan sebegini. Agaknya kalau saya berdiri sebelah tour guide tu paras pinggang die je. Tinggi betul! Arca bear tu tempat wajib ambil gambar.

    BalasPadam
  6. walaupun pokok-pokok tak berdaun tetap cantik semua pemandangan gunung ganangnya kak

    BalasPadam
  7. Walau ambil gambar dari atas bas pun view dah cantik sangat.

    BalasPadam
  8. Kak Amie, kuatnya kaki Kak Amie berjalan jauh. Seronok tengok Kak Amie melancong, menjelajah bumi ciptaan Allah swt.

    BalasPadam
  9. 3.5 km tak jauh kalo winter begini. jadi tak terasa sebab sejuk kan. saya paliiiing suka jalan jauh di saat winter begini. kalori banyak terbuang :D. hitung2 olahraga...

    baguuus memang viewnya kak, walopun air terjun juga banyak di malaysia, tapi pasti beda juga saat melihat di negara lain :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe