Menikmati Pemandangan Hujung Musim Sejuk dari Milan Ke Venice
12:02 PTGBismillahirahmanirrahim.
TGB telah mengingatkan kami supaya sentiasa menepati waktu. Seperti biasa, tetap juga berlaku kelewatan disebabkan perkara-perkara tertentu yang tidak dapat diatasi oleh seorang dua peserta. Jangkaan bas meninggalkan hotel pada pukul 8:00 pagi beranjak sehingga pukul 8:42 pagi.
Rezeki kami hanya dapat bercuti pada hujung musim sejuk. Musim sejuk, musim dingin dan musim salji kita Inggeriskan menjadi 'winter' sahaja. Musim ini wujud di zon beriklim sederhana dan mempunyai waktu siang paling singkat dan paling rendah suhunya. Itu sebabnya walaupun sudah pukul 9 pagi, tetapi masih berkabus dan pemandangan alam agak gelap seperti di bawah ini. Walaupun hanya dapat merakam gambar pokok-pokok gondol tetapi ia masih meninggalkan nilainya yang tersendiri.
Oh! Hampir terlupa untuk beritahu bahawa pagi ini kami dapat edaran sebotol air mineral 500ml setiap seorang. Menurut TGB peruntukan setiap hari hanya sebotol air mineral sahaja! Rasa macam duduk di syurga dapat teguk air mineral.
Matahari mula kelihatan sewaktu bas berada di atas jalan raya Veneto. Ketika ini sudah pukul 11:35 pagi. Menurut TGB bas mesti sampai ke destinasi lebih awal kerana kami akan menaiki bot pada pukul 2 petang. Bot yang sudah ditempah tidak akan menunggu walau satu minit. Tepat pukul 2 petang, bot akan meninggalkan jeti. Mendengar peringatan tersebut, di hati sentiasa berdoa agar tidak terlewat.
Bas berhenti di stesen minyak Q8 Corso Italia. Sesiapa yang hendak buang air bolehlah menyelesaikan hajat di sini. Masa diberi selama 15 minit. Bayangkan ada 37 ahli rombongan semuanya turun dan walaupun ada dua tandas berlainan jantina tetapi 15 minit itu sangat singkat. Kebanyakannya hendak qadha hajat di sini kerana suhu sejuk menyebabkan semua menahan di dalam bas hendak buang air!
Setelah hampir empat jam berada di dalam bas dan asyik menyaksikan pemandangan hutan yang semua berpokok gondol, ladang anggur yang sedang menunggu masa untuk bertunas kembali, tanah yang luas selesai digembur untuk tanaman tomato, capsicum dan strawberi, kini kami berada di Via Fausta di wilayah Venice.
Peserta rombongan meninggalkan bas. |
Sebaik turun dari bas dan akan berjalan menuju ke jeti, TGB kami meninggalkan pesanan dengan suara yang sangat tegas:
- Jaga duit.
- Jaga passport.
- Jaga barang kemas.
- Jaga handphone.
Ini Italy, katanya.
Pencuri di sana sini.
Di sini pencuri sangat profesional.
Mereka ada 'PhD' dalam menjalankan kegiatan mencuri!
Pencuri di sana sini.
Di sini pencuri sangat profesional.
Mereka ada 'PhD' dalam menjalankan kegiatan mencuri!
Selagi belum berlaku pertukaran ke musim bunga, nampaknya pemandangan begini sahajalah yang dapat dikongsikan.
Lebih kurang 15 minit lamanya kami menapak laju ke arah jeti.
Venice juga dikenali dengan nama Venizia. |
Nampaknya penduduk Venice juga berminat menaiki basikal sebagaimana halnya dengan penduduk Milan. Suasa malam di Kota Milan tuurut dimeriahkan dengan penunggang basikal di taman-taman dan juga jalan raya!
Di sana sini kelihatan basikal yang terletak elok samada di bawah pokok atau di tepi tiang berhampiran jeti.
Ada kedai makan tetapi nampak lengang sahaja!
Kalau dapat singgah basahkan tekak alangkah nikmatnya!
Sekiranya bukan musim sejuk sudah pastilah kami akan basah kuyup berjalan pantas menuju ke jeti!
Alhamdulillah, kami sampai ke jeti sebelum pukul dua petang.
Jom belajar bahasa Italy:
partenze da : departures from
Sekarang pukul 13:43 petang
17 minit ke pukul 2 petang.
Selitkan gambar diri sendiri sekeping di sini.
Beberapa kali melihat bot datang menurunkan penumpang dan mengambil penumpang.
Tidak lama kemudian, datang sebuat bot BELLINI merapat ke jeti dan menurunkan penumpang. Sekarang pukul 1:55 minit petang, tetapi bayang bot yang disebut oleh TGB belum muncul! Tiba-tiba TGB mengarahkan kami naik bot BELLINI. Eh, kata naik bot lain... tak ingat dah apa nama bot yang disebutkan itu!
17 comments
cantik sekali pemandangan di Itali ya kak amie...musim dingin kelihatan dari cuacanya yang berangin juga pepohonan yang tinggal twignya aja...
BalasPadamRamai orang nak guna tandas masa yang sama, tapi singkat, susah juga ye. :D
BalasPadamBaru berpeluang singgah sini. Rupanya kak Amie bercuti di Milan dan Venice masa cuti sekolah lepas, ye. Seronoknya.
sambil baca turut berdebar tak sempat sampai sebelum pukul 2
BalasPadamcantik sangat pemandangan nampak tenang
Masyaa Allah...indahnya alam ciptaan Ilahi..
BalasPadamJauh naw sebutan bahasa Italy tu dengan bahasa Inggeris..tergeliat lidah🤣
Betul Kak Amie, bila ralit leka tengok view sampai lupa snap foto. Seronok nya baca trip ni. Cantik semuanya. Cuaca sejuk memang kerap nak ke tandas kan.
BalasPadammencabar betul ye kak, bila waktu siang nya terlalu singkat masa berjalan pun kene cepat je. Kalau dana la memang tinggal segala barang kemas kalau pergi tempat gitu, seram lak... harap takde la kejadian dicopet lg ye kak
BalasPadamaduhh seram jugak tu pencopet.. view nya subhanallah cantiknya
BalasPadamLama sangat tu lambatnya. Ish ish ish...
BalasPadamMasa ni lah kita sangat menghargai sebotol air mineral. Nikmat sungguh dapat teguk air mineral.
Nak membuang dalam masa 15 minit ramai-ramai tu memang tak cukuplah. Seorang guna toilet je dah berapa lama pulak.
Fuhh..tahap PhD dorang punya pencopet. Kena extra hati-hati tu.
Alamak, macam kena scam pula kan. Kata boat lain, naik boat lain. Mungkin last minit tak ada boat tu kot. Sabar je lah.
Tapi permandangan di sini cantik. Suasana pun tenang je.
kalau dapat dilihat sendiri dengan mata kasar mesti sangat indah kak kan emi... tengok gambar yg kjak emi tunjuk ni pun dah sangat indah..
BalasPadamPemandangan sangat cantik kak amie...tapi boleh ke naik bot yang lain...TGB tu main belasah aje ke apa
BalasPadamPerjalanan yang sangat menyenangkan
BalasPadamwah disana juga banyak pencuri ya, sehingga harus hati hati
Tumpang berdebar sy, sementara Kak Amie nak sampai ke bot tu 😅
BalasPadamPenceritaan penuh jiwa hihi ..
Cantiknya suasana dekat jeti tu....
Itulah kenapa saya selalu suka pemandangan winter. Dengan pohon2 yg daunnya gugur, tapi tetap cantik dilihat.
BalasPadamVenezia juga cantiiik 😍. Tahun depan semoga saya bisa plan nak eksplor eropa juga
Risau juga kes mencuri ya, selalu baca mereka memang cekap bab ini
BalasPadamPokok kering tinggal ranting tanpa daun . Cantik juga view ..
BalasPadamWalau apa jua musim yang dilawati, pasti ada tarikan yang tersendiri.
BalasPadamkejap nye masa 15 minit tu utk ke tandas, dah la toilet 2 je.
BalasPadamsyu msuk ke venice dulu guna train.