Sampul Raya Punya Pasal, Sampai Tersalah Masuk Kereta Orang!

2:07 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu semua.
Hari ini kami ambil kesempatan membeli-belah apa yang patut untuk persediaan hari raya. Encik Suami ajak keluar pukul 9 pagi, sampai rumah pukul 12 tengah hari. Empat tempat kami datangi untuk mencari barang keperluan, dan masih ada lagi yang belum dibeli. Nantilah, senaraikan semula dan minta Encik Suami beli sendiri. 

Alhamdulillah, barang asas seperti daging, serai, bawang, lengkuas dan sebagainya sudah dibeli. Tapi tak buat keputusan lagi samada hendak merendang atau masak hitam. Mungkin buat dua-dua kot. Itu pun kalau rajin. 

Tempat ketiga kami kunjungi sudah tentulah Eco Fresh untuk cari ikan. Beli ikan tenggiri, lumahan dan kerapu. Nanti tempat keempat pula akan beli sayur-sayuran pula.

Petugas kaunter hulurkan baki bayaran dan sampul raya dalam bungkusan. Amie tertarik pula ada pantun di luar sampul, lalu membaca sambil berjalan menuju ke kereta. Mata masih menatap bait pantun, sambil tangan buka pintu kereta.

"Sorry!"
Kenapa pula Encik Suami kata sorry?
Aik! Terpinga-pinga Amie apabila melihat seorang lelaki kurus berkopiah sedang memegang stereng kereta.
Alamak! Rupanya Amie tersalah kereta. Warna kereta sama, maroon tapi pemiliknya orang lain.
Tak pasal-pasal akibat rasa terkejut, kita terus tutup pintu dan berteriak sendiri. Sempat jugalah angkat tangan sebagai isyarat memohon maaf. Encik Suami pula memanggil kita, dalam jarak dua buah kereta di sebelah kereta tadi, di situlah letaknya kereta kami. Ishh...issshhh! Rupanya Encik Suami ternampak kita salah kereta!


Lima buah sampul raya dari Eco Fresh.


Inilah pantunnya yang menyebabkan Amie salah nak masuk kereta orang!

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercadang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.


Sempat rembat lagi dua tiga jenis kuih raya termasuk blueberry tart dan pineapple tart, mini popia, kek lapis dan kek buah. Beli jugalah beberapa bungkus kacang gajus buat tambah-tambah hidangan raya. Minggu depanlah baru nak goreng. Tidak lupa dan tak boleh buat-buat lupa Sun Valley Grenadine dan Sunquick pelbagai perisa. 

Kacang Gajus


12 comments

  1. Hahahaha.. alamak, nasib baik belum masuk duduk lagi, hihihi.

    BalasPadam
  2. Boleh salah masuk kereta pulak erk

    BalasPadam
  3. 🤭🤭🤭 Nak gelak takut dosa..tapi nak gelak juga🤣🤣

    BalasPadam
  4. Alahaiii . Gara-gara pantun yang ada kt sampul raya tue , punya kusyuk baca sampaikan tersalah kereta .

    BalasPadam
  5. hahahahha masa tu mujur la pakcik tu sorang kak kalau ada isterinya kat belakang, tak ke naya hahahhaha...

    BalasPadam
  6. Beli awal tak kalut. Tapi dok kalut baca pantun, boleh pulak tersalah kereta ye Kak Amie. Aduhaii...terlalu fokus sangat tu Kak Amie. Menarik pantunnya, patutlah leka membaca. hihi...
    Sampul pun lawa.

    BalasPadam
  7. hehehe nasib baik belum masuk kereta terus duduk..
    anak2 semua balik ye kak raya tahun ni?

    BalasPadam
  8. sori kak saya tergelak
    baca cerita ni
    hahahahaahaha

    BalasPadam
  9. Mujur tak duduk lagi kak.. brother tu pun mesti terkejut juga 😁

    BalasPadam
  10. Alahai kak amie..boleh silap masuk kereta ye...SA pun pernah tersalah masuk kereta..hahaha

    BalasPadam
  11. Pernah terjadi dulu, masuk2 tengok lain macam je driver haha. Tak sempat nak cakap apa2 pun. Gelak berdekah sorang2 cari kereta yg berdekatan. Pineapple tart sedap nya, favorite saya.

    BalasPadam
  12. Hahahahah saya pernah juga seperti itu . Tapi bedanya, saya tak tau salah mobil, lalu saya ketok2 minta dibuka. Yg punya mobil hanya menurunkan jendela. Saya pun kaget hahahaha. Maluu lah.

    Dan banyaaak persediaan kakak menyambut raya yaaa 😄👍. Saya belum selengkap itu. Tapi memang tak ada juga yg datang biasanya 🤣.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe