Buka Puasa Bihun Goreng Singapura

9:48 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini LD hujan lebat selepas asar sampailah hampir waktu berbuka puasa. Alhamdulillah, panas terik tengah hari diganti dengan suhu dingin menjelang petang pada hari puasa ke-10 Ramadan.

Apa juadah berbuka puasa hari ini? Amie masak bihun goreng sahaja. Encik Suami sediakan jus epal. Syukur dengan rezeki berbuka puasa. Habis licin kami makan bertiga dan tidak berbaki. Firdaus menambah-nambah bihun goreng dalam pinggannya Nampak berselera sungguh!

Bihun Goreng Singapura

Olahan Bihun Goreng Singapura ini Amie gunakan sahaja bahan yang ada. Minta Encik Suami belikan sawi, dibawanya pulang sayur bayam pula. Biasanya kalau rajin Amie akan tambahkan hirisan cendawan shiitake dalam masakan, tapi kali ini tak sempat hendak rendam cendawan. Memang harumlah aroma cendawan shiitake tapi tak apa, boleh gantikan dengan aroma udang kering saja.

Resipi Bihun Goreng Singapura
Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus bihun - rendam dengan air biasa sehingga lembut - toskan
  • 2 cawan hirisan isi ayam
  • 12 cawan hirisan lobak merah
  • 2 biji telur 
  • 1 sudu kecil lada putih tumbuk
  • garam / perasa pilihan secukupnya
  • 4 sudu besar minyak
Bahan tumbuk:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Pecahkan telur di dalam kuali. Goreng kacau dan angkat. Ketepikan.
  2. Tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
  3. Masukkan isi ayam bersama lobak merah.
  4. Tambahkan sedikit garam. Gaul rata sehingga isi aya
  5. m masak.
  6. Masukkan bihun.
  7. Taburkan garam / perasa pilihan dan lada putih tumbuk.
  8. Kacau rata dan kemudian masukkan telur goreng yang digoreng kacau tadi.
  9. Gaul beberapa kali dan kemudian padamkan api dapur.
    Bihun Goreng Singapura


13 comments

  1. Yummy...kelihatan sedap dan cantik platingnya kak amie...kapan kapan ah mbul bikin bihun goreng

    BalasPadam
  2. Hari tu buat Mi Kari tak ada sawi, Bihun Goreng pun nampaknya tak ada rezeki nak letak sawi, tapi tetap menyelerakan sampai licin tak berbaki.

    BalasPadam
  3. terliur pulak tengok. nanti nak buat la.

    BalasPadam
  4. Sedapnya bihun goreng...teringin nak makan bihun goreng Pak Zain...

    BalasPadam
  5. meehun putih kt ank sy
    sedapp buat juadah moreh ni

    BalasPadam
  6. boleh masuk dlm list utk next menu ni. sedapnyaaaa la hai ehehe

    BalasPadam
  7. Favorite kami ni Kak Amie. Lama tak masak.

    BalasPadam
  8. Semalam dah baca tak sempat komen..Tapi dah plan hari ini nak goreng mihun kerana terliur mihun cikgu...Sayangnya hari ni jadi lain.In shaa Allah,nak masak juga mihun nanti

    BalasPadam
  9. Nampak sedap .menarik betul food presentation tu . Makan dengan cili kicap sedap nii

    BalasPadam
  10. Bihun singapur ini berarti tanpa kecap yaa. Kami biasa sebut bihun putih. Saya sukaa buat juga. Malah lebih suka bihun putih drpd yg pakai kecap. Dan memang kak, kalo pakai Shitake, lebih sedap ❤️👍👍

    BalasPadam
  11. Mintak sawi sekali bayam yang datang. hihi..agaknya tersilap tu. Sesekali berbuka masak ringkas je pun berselera makan. Tudiaa bertambah tambah Daus makan. Ada cendawan shiitake lagi lah berselera. Tapi tulah leceh nak tunggu kembang kena rendam dulu. Kadang saya guna air panas je rendam nak cepat.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe