Buka Puasa Apa Hari Ini?

8:32 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cuaca panas di negara kita dijangka akan berlanjutan sehingga bulan April. Bertabahlah ketika menghadapi cabaran begini terutama di saat kita sedang mengerjakan ibadah puasa. Barangkali hari ini merupakan hari paling panas di LD! Balik dari menoreh kita terus masuk bilik air dan bersiram dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ampunkan hamba-Mu yang lemah dan tidak tahan menghadapi dugaan kecil ini ya Allah.

Kemudian kita tertidur. Terbawa-bawa pesanan Encik Suami dalam mimpi: Buatkan acar timun. 

Apabila kita terjaga, Encik Suami sudah tinggalkan rumah, ambil Firdaus di sekolah agama. Ada ayam segar, timun, tauhu dan tempe di dapur. Ya, Encik Suami baru beli, entah di kedai runcit atau di pasar. Semuanya berlaku sewaktu kita tidur.

Jam menunjukkan hampir pukul lima petang. Hari ini waktu berbuka puasa dijadualkan pada pukul 6:18 minit petang. Jom ke dapur sediakan juadah untuk berbuka merangkap juadah untuk bersahur.

Hidangan Berbuka Puasa

Menjelang pukul enam petang, siaplah hidangan untuk berbuka puasa. Walaupun kelmarin sudah berbuka puasa dengan acar timun, tapi hari ini Encik Suami minta buatkan lagi. Wokey! Acar timun siap! Ayam bahagian peha yang Encik Suami baru beli, Amie masak kicap. Gorengkan Firdaus tempe dan Amie tambahkan sup kurma merah campur white fungus, lobak merah, cendawan shiitake dan jagung serta sedikit ayam. Agak lama juga tidak hirup sup begini. Seperti biasa, Encik Suami tukang sediakan jus tembikai.

Jadinya, hidangan berbuka puasa kami hari ini:
  • Nasi Putih
  • Ayam Masak Kicap
  • Acar Timun
  • Sup Kurma Merah & White Fungus
  • Tempe Goreng & Sambal Tempoyak
  • Kurma Ajwa
  • Jus Tembikai

Ayam Masak Kicap

Acar Timun

Sup Campuran Kurma Merah, White Fungus, Cendawan Shiitake DLL.


Tempe Goreng & Sambal Tempoyak

Kurma Ajwa - Pemberian mentua Abang Farid sewaktu kami berada Malaya akhir Februari lepas.

Jus Tembikai 

Ayam Masak Kicap

Biasanya  kalau olah ayam masak kicap, Amie akan gunakan resipi orang kampung kami. Kenalah goreng ayam terlebih dahulu. Memandangkan masa agak suntuk sebab terlewat masuk dapur disebabkan mimpi-mimpi indah di petang hari, jadi Amie masak ringkas sahaja tanpa perlu menggorengnya terlebih dahulu. Tidak banyak bahan Amie masukkan, hanya kicap pekat serta bahan perasa sahaja seperti garam dan gula serta serbuk ayam Knorr.

Resipi Ayam Masak Kicap
Bahan-bahan:
  • 2 kepingan ayam bahagian peha - potong lapan bahagian
  • 2 biji kentang - kupas dan potong 4
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 1 keping asam gelugur
  • 4 cawan air
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 4 sudu besar minyak
Bahan tumbuk:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 cm halia
  • 1 sudu kecil lada hitam
Bahan penumis:
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bahan penumis serta hirisan bawang besar. Tumis sehingga terbit aroma.
  3. Kemudian masukkan bahan tumbuk bersama serai.
  4. Setelah tumisan agak garing, masukkan ayam dan gaul rata.
  5. Biarkan ayam layu atau berubah warna.
  6. Tuangkan air dan kicap pekat serta asam gelugur.
  7. Biarkan masak sehingga mendidih dan kemudian perlahankan api.
  8. Masukkan kentang, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  9. Apabila kuah mula memekat, ayam dan kentang empuk bolehlah padamkan api dapur.

Hidangan Berbuka Puasa

Jemput berbuka puasa.
Bismillahirrahmanirrahim.

18 comments

  1. Saya harini masak macaroni cheese atas request anak2 hehe

    BalasPadam
  2. Mmg panas skrg ni Kak... Smlm di Gombak suhu sekitar 40°C Kak!
    Sy berkenan dgn Tempe Goreng tu 😁

    BalasPadam
  3. tu lah cuaca panas betul T__T berbuka puasa pun lebih pada minum je drpd makan hehe

    BalasPadam
  4. Acar timun dan sup itu kak....sedapnya..saya jarang buat acar timun.

    BalasPadam
  5. tak pernah pun ammi beli white fungus tu..slalu beli yg hitam tu je. lainkali nak cuba jugaklah

    BalasPadam
  6. dannnn...kenapa di Semenanjung tak jumpa tempe bulat gini? Semua dijual dalam plastik yg bentuk rectangular tu

    BalasPadam
  7. Nampak ada kelainan acar timun versi cikgu siap ada asam boi & limau kasturi..Pasti menarik deria rasa ni

    BalasPadam
  8. SA kerja ni susah sikit Pak Zain...so dia akan masak apa yang dia tau je..

    BalasPadam
  9. alhamdulillah...seronok tengok masakan ammi...tak pernah pulak linda makan sup kurma merah tu...kalau buat air pernah lah

    BalasPadam
  10. Nampak jus tembikai tambah pudina tu macam segar sangat. Rasa nak kena cari juga pudina ni.

    BalasPadam
  11. lengkap tapi air tu la paling menggoda

    BalasPadam
  12. Ya, cuaca panas sampai April. Harap adalah hujan akan turun nanti. Ohh kentang ye yang empat segi tu, baru nak tanya apakah tu. Biasa nampak potong macam wedges tu. Jus tembikai dan pudina, pasti menyegarkan tekak. Lagi-lagi di musim panas ni.

    BalasPadam
  13. Kak amie, apalah resep sup kurma merah dan white fungus itu? Nampak sehat dan sedap pula

    BalasPadam
  14. Semalam menu berbuka kami ayam masak merah.
    Sup kurma merah dan white fungus tu menarik perhatian.

    BalasPadam
  15. Cukup untuk mengembalikan tenaga hidangan kak Amie.

    BalasPadam
  16. Sedap semua, tempe tu favorite. Suami beli tembikai punya la besar walaupun separuh. Ulang2 buat jus.

    BalasPadam
  17. sedapnyaaaaa jus tembikaiiii
    hahaha
    nampak sangat laaa
    tak tahannn

    ya kak... panas betul bln puasa ni
    lps terawih berpeluh2...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe