Juadah Berbuka Puasa Hari ke-8 : Nasi Arab Wadi Qudait

8:37 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini sudah lapan hari umat Islam berpuasa. Mudah-mudahan hari-hari seterusnya yang akan dilalui sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. Tengah hari tadi, Firdaus nampak tidak bertenaga. Hendak tukar pakaian seragam sekolah  rendah ke pakaian seragam sekolah agama, hanya mampu sarung baju sahaja. Kemudian terbaring dengan mata terpejam. Sampai di hadapan sekolah agama, Firdaus tidak mahu turun sebaliknya dengan air mata berlinangan dia minta pulang! Katanya, tidak larat untuk turun dari kereta.

Teringat di kelas sendiri, wajah anak-anak murid kelihatan merah padam kepanasan! Kita sendiri tidak sabar untuk segera sampai ke rumah untuk bersiram. Jadinya, pulanglah Firdaus ke rumah. Amie suruh mandi dan kemudian solat zohor dan seterusnya berehat sahaja.

Suhu panas dari sehari ke sehari semakin tinggi! Allahu Akbar.

Petang tadi Amie masak Nasi Arab Wadi Qudait. Nama Wadi Qudait ini Amie berikan sendiri sempena mengingati keenakan makan nasi arab di Wadi Qudait semasa dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah ketika mengerjakan umrah tahun 2014. Bukan apa. Biasanya kita makan nasi arab dengan ayam atau kambing , ttetapi kelainan makan nasi arab dengan ikan goreng itulah yang tak dapat dilupakan sehingga ke hari ini. Resipinya di sini: NASI ARAB MANDI WADI QUDAIT , SENTIASA TERINGAT KELAZATANNYA!

Nasi Arab Wadi Qudait

Nasi Arab Wadi Qudait : Lauk Ayam & Ikan Goreng

Acar & Salata Hara & Sup Kosong

Air Mata Kucing

Resipi Nasi Arab Wadi Qudait
Bahan-bahan:
  • 2 keping ayam bahagian sukuan peha - bersihkan - toskan
  • 1 sudu kecil All Spices
  • 2 helai daun bay 
  • 1 sudu kecil saffron - rendam dalam 30ml air panas
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • garam / perasa pilihan secukupnya
  • 1.5 liter air
Bahan kisar:
  • 1 sudu kecil ketumbar biji
  • 1 sudu kecil jintan manis kasar
  • 1/2 sudu besar lada putih (boleh guna lada hitam)
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk / kuali.
2. Masukkan separuh bahan kisar dan kesemua bahan di atas kecuali saffron dan serbuk kunyit.
3. Rebus ayam sehingga 3/4 masak.
4. Keluarkan ayam dan toskan. Ketepikan air rebusan ayam untuk memasak nasi dan dijadikan sup.
5. Gaul ayam dengan separuh bahan kisar, garam /perasa pilihan, saffron dan juga serbuk kunyit.
6. Perap seketika dan kemudian bolehlah digoreng atau dipanggang.

Baki bahan pemerap boleh digunakan untuk salut ikan dan kemudian goreng. Amie gunakan ikan kutambak.

Nasi Arab Wadi Qudait

Seterusnya kita masak nasi arab pula. Terpulanglah hendak masak cara kukus atau masak dalam rice cooker.

Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras basmathi - rendam 20 minit dan toskan
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 3 cawan air rebusan ayam - sukatan air bergantung kepada jenis beras
  • 1 biji bawang besar - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - hiris halus
  • 2 cm halia - hiris halus
Rempah tumis :
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • tiga titik pewarna kuning
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Cara memasak nasi:
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. 
  2. Masukkan air rebusan ayam, biar mendidih.
  3. Apabila  mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras, pewarna kuning dan garam serta perasa secukupnya.
  4.  Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan sehingga nasi masak.

Jemput makan Nasi Arab Wadi Qudait!

11 comments

  1. Alhamdulillah
    Selamat berbuka puasa

    BalasPadam
  2. Alahaii..siannya Daus sampai bergenang air mata. Memang tak larat sangat tu, panas kemain. Kita pun tak tahan, inikan budak-budak. Menyelerakan Nasi Arab Wadi Qudait ni. Walaupun tak pernah makan tapi mesti sedap dengan cara olahan penyediaan tu.

    BalasPadam
  3. Kesian kat budak- budak jer skrg ni..SA pesan ngan adik2 jangan paksa2 anak puasa..cuaca panas sangat ni...diorang tak larat..nanti membahayakan kesihatan...

    BalasPadam
  4. sedih sangat tu...anak2 linda masih ok lagi..Alhamdulillah, semoga terus tabah lah ke sekolah pg dan ptg...selalu cakap, ibu dulu jalan kaki pergi, balik sekolah...bersyukurlah naik kereta pergi, balik sekolah.. kalau masa kecik2..balik tgh hari, mengejar awan mendung...hahaha

    BalasPadam
  5. Lain macam betul bahang dan panasnya sekrang ni kak.... banyak tanaman dana mati kekeringan

    BalasPadam
  6. Oh..baru tahu nasi arab pun ada yg dimakan dengan ikan.Sebab dah terbiasa tengok lauk kambing,ayam dan daging ja.. Tu lah untungnya banyak berjalan,luas pandangan..hihihi
    Bagus dapat minum air mat kucing panas apnas ni..Hari ni equinox lagi la panas

    BalasPadam
  7. Letih sangat berarti daus yaaa sampai menangis. Di sana panas ya kak? Di sini pula hujaaaan saja, sampai berpetir2. Yg saya tak suka kalo dah hujan jadi banyak hewan laron 😔

    BalasPadam
  8. Aduhh.. kasihannya Daus. Cuaca yang panas buatkan anak-anak cepat keletihan. Lepas mandi, badan dah sejuk dan berehat pasti lega.

    BalasPadam
  9. Mula ingatkan Kak Amie tapau rupanya masak sendiri??? Penat² puasa mampu lagi masak nasi arab, sy memang salute la. Cuaca di Johor sehari dua ni tak panas sgt, tapi sebelum² ni memang hangat.

    BalasPadam
  10. Sedapnya Nasi Arab Kak Amie ni. Masa buat Haji baru ni, dapat merasa Nasi Arab dengan Ikan.

    BalasPadam
  11. mata saya nampak air mata kucing tu
    warghhhhh
    balik ni nak cari sampai dapatttttt

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe