Jom Terbang Bersama Emirates - Menghubungkan Dunia Melalui Dubai!

11:34 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Rasa teruja hendak  menaiki pesawat EMIRATES kerana sebelum ini tidak pernah terbang bersamanya di awan biru. Melalui pembacaan sewaktu santai-santai berehat di surau, EMIRATES AIRLINES merupakan syarikat penerbangan keempat terbesar di dunia, berpengkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Sempat juga merisik kedudukan EMIRATES di antara 10 syarikat penerbangan dunia di The Malaysia Post: 10 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2023

Jom kita lihat rangking penuh bagi kategori Best Airline In The World. Mana tahu MAS Airlines pun tersenarai:

  1. Singapore Airlines -  Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia
  2. Qatar Airways - Syarikat Penerbangan Trend
  3. ANA All Nippon Airways - Japan's Finest
  4. Emirates - Menghubungkan Dunia Melalui Dubai
  5. Japan Airlines - Warisan Hospitaliti
  6. Turkish Airlines - Terbang ke Lebih banyak Negera Daripada Yang Lain
  7. Air France - Menjadikan Penerbangan sebagai Keseronokan
  8. Cathay Pacific Airways - Menghubungkan Dunia dari Hong Kong
  9. EVA Air - Menghubungna Asia dengan Dunia
  10. Korean Air - Kecemerlangan dalam Penerbangan
Oh, nampaknya MAS Airlines tidak tersenarai dalam rangking dunia. EMIRATES berada di rangking 4 dunia. Qatar di tempat kedua, dan nampaknya ETIHAD tidak tersenarai juga. Singapore Airlines di tempat pertama! Tak pernah rasa naik Singapore Airlines. 

EMIRATES - Google


EMIRATES yang berpengkalan di Dubai mempunyai armada moden sebanyak 262 pesawat dan melayani 152 destinasi di seluruh dunia. EMIRATES memberikan perkhidmatan atau operasi hampir 550 penerbangan setiap minggu, meliputi 87 bandaraya dalam 59 negara di Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, Afrika, India dan Asia -Pasifik.

Untuk info tambahan, EMIRATES ditubuhkan pada 25 Mac 1985. Syarikat penerbangan yang diasaskan oleh keluarga Diraja Dubai ini memulakan operasi pada 25 Oktober 1985 dan  mempunyai lebih kurang 102, 379 pekerja - data pada 31 Mac 2023.


Selepas daftar masuk bagasi, kami terus bergegas untuk melepasi pemeriksaan imigresen menuju ke pintu C27 untuk menaiki bas ke boarding hall. Nampaknya kesesakan berlaku ketika penumpang ke Beijing yang sangat ramai berpusu-pusu untuk melepasi boarding hall sehingga laluan pemeriksaan akhir  ke Dubai terpaksa digunakan untuk urusan kelancaran mereka. Kami pun menepi memberi laluan. Teringat pula, bukankah ketika ini masih lagi sambutan Tahun Baru Cina?

Buat pertama kali setelah lebih 30 tahun naik kapal terbang domestik dan ke luar negara, kami dikehendaki membuka emas yang dipakai untuk discan. Amie dan Kamsiah mematuhi arahan dengan melucutkan gelang dan cincin dari pergelangan tangan dan jari. Ketika itu teringat pesanan Encik Suami supaya tidak memakai barang kemas. Inilah akibatnya kalau tak dengar cakap!

Bimbang memikirkan mungkin di lapangan terbang seterusnya dikehendaki melucutkan barang kemas lagi, jadi kami simpan sahaja barang kemas dalam beg dan tidak dipakai sehingga sampai ke LD.

Tempat duduk 40G - EK343 Kuala Lumpur to Dubai

Inilah tempat duduk Amie : 40G, di bahagian tepi empat buah tempat duduk. Kamsiah di sebelah, tempat duduk 41G. Begitulah keadaannya apabila berada di EMIRATES A380, kiri kanan tiga tempat duduk dan tengah empat tempat duduk. Tak tahulah berapa banyak jumlah penumpang ketika itu kerana bercampur dengan jemaah umrah. Tidak dapat dibayangkan ruangan di bahagian atasnya pula! Hanya sempat nampak tangga sahaja ketika melintas masuk ke tempat duduk.

Pramugara dan pramugari?
Cantik jelita dan segak belaka.

3 item di atas kerusi penumpang.

Amie tidak buka / gunakan tiga item yang sedia terletak di atas kerusi:
  • headphone / earphone
  • selimut
  • bantal
Gambar tidak jelas kerana tidak cukup cahaya... dengan kata lain tak pandai ambil gambar!

Pukul 3:03 minit waktu Malaysia, kami dihidangkan dengan hot snack (sandwich ayam), cupcake dan minuman pilihan. Amie meminta jus epal. 


Romantik sungguhlah waktu itu kerana lampu tidak dibuka sebaliknya kami menikmati hidangan dalam samar cahaya. Rasa seperti bersahur pula! Rasa sedap sandwich ayam yang masih panas membuatkan gigitan pertama berterusan hingga ke hujung roti. Kalau boleh, hendak mengunyah sambil pejamkan mata sahaja!

Eh, ini sahajakah makanan selama 7 jam 20 minit penerbangan? 

Inilah rupa sebenar sandwich yang sangat sedap itu. Gambar diambil sewaktu Kamsiah sedang makan di Dubai Airport. Kamsiah tidak habis makan di dalam kapal terbang, dan bakinya disimpan dalam beg.


Kiri kanan tempat duduk nampak sepi. Masing-masing melayan mata, tidur dan berselimut. Kita pula cuba memahami apa yang tertera di skrin. Dapat baca Local Time at Present Position : 3:21 am. Itu waktu Malaysia barang kali kan. Distance from Departure pula 3,368km, sudah berlepas sejauh 3,368 km kot. Head Wind pula agaknya kepala angin ke apa... 55km/h.


Marilah belajar sikit-sikit tentang perbezaan waktu yang memeningkan kepala ini. Entah mengapa, kali ini otak agak lambat untuk memproses info terbaharu. Gambar di atas menunjukkan pukul 1:53 pagi di Dubai. Dalam HP Amie, menunjukkan pukul 5:52 waktu Malaysia. Jadi, dapatlah sudah sifir waktu di Malaysia 4 jam lebih awal berbanding waktu Dubai.

Hihihii... gelakkan diri sendiri yang lambat pick-up!


Apa pula benda di atas ini?
Baiklah layan mata. Sambung tidur!


Pukul 7:20 pagi waktu Malaysia, kami dihidangkan dengan makanan / sarapan. 7:20 pagi tolak 4 jam maksudnya waktu di Dubai sekarang pukul 3:20 pagi. Eh, ini bukan sarapan tapi sahur lagi untuk kali kedua! 

Sekali lagi sahur di bawah samar cahaya lampu pesawat!
Ada dua jenis pilihan makanan iaitu cheese omelette dan chicken rice. Amie memilih cheese omelette. Tak ingatlah apa benda yang menjadi teman omelette! Tengok gambar pun tidak jelas. Rasanya ada kentang dan juga cendawan. Ada buah-buah potong, yogurt, roti berserta jem dan butter serta biskut. Tidak ketinggalan sebotol kecil air mineral. Amie minta minuman teh panas.


Habis jugalah makan telur dadar, tapi masih tak ingat apa benda yang warna hitam dalam bekas makanan itu! Maklumlah makan dalam keadaan mamai... ahaks! 


Selesai sahur, sambung tidur dan kemudian terjaga kerana terdengar pengumuman lalu melihat skrin. Waktu tempatan (Dubai) menunjukkan angka 4:47 am. Bermakna tidak lama lagi kapal terbang akan mendarat di Lapangan Terbang Dubai. Nampak kepala angin hanya satu digit sahaja iaitu 5 km/h.


Hah... Outside Air Temperature 0'C?
Biar betul!



Oh, nampaknya hanya tingga 66km sahaja untuk pesawat mendarat.


Rujuk masa di sini, Dubai pukul 4:50 pagi. 
Maka benarlah mengikut jadual penerbangan, kami akan mendarat pada pukul 5:05 pagi waktu Dubai. Maknanya ditambah 4 jam, sekarang waktu di Malaysia lebih kurang pukul 9 pagi! Orang sana sudah solat sunat duha, kami belum lagi solat subuh!


Sebelum mendarat, sempat tekan-tekan ikon dulu untuk beri level / rate yang sesuai sepanjang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai.


Maka mendaratlah pesawat EMIRATES dengan sempurna. Tiada sebarang gegaran kuat yang dirasai. 


Penumpang boleh melihat suasana di luar pesawat melalui skrin.


Para penumpang menuruni tangga pesawat EMIRATES EK343 dan masuk ke perut bas yang sedang menunggu untuk di bawa ke balai ketibaan.

Oh ya, apa beza EMIRATES dan QATAR Airways yang menduduki rangking kedua dunia? Sama saja, tapi ada sedikit beza. Kalau naik QATAR Airways diberi stoking, sikat dan apa lagi ye... tak ingat dah. Amie ingat sangat stoking sebab ada ceritanya di sini: TURKI (37) : ISTANBUL - DOHA - KUALA LUMPUR - KOTA KINABALU - LAHAD DATU

EMIRATES - Google

16 comments

  1. Emirates Airlines mmg best... Sepanjang zaman belajar selama 7 tahun hampir 10 kali flight dgn Emirates... Sebab suka transit lama2 di Dubai hihihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah kali pertama saya naik Emirates. Sampai 4 kali penerbangan hihihii.

      Padam
  2. Seronoknya Kak Amie dapat merasa naik Emirates Airline yg tersenarai terbaik tu. Tapi, seramnya bab kena buka barang kemas tu, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah SK... tak pernah-pernah kena buka barang kemas!

      Padam
  3. seronoknye kak.. terasa keenakan kak emy makan tu.. terasa sekali sampai ke sini di setiap kunyahan tu... yumm yumm yumm..

    BalasPadam
  4. impian sy ni nak naik emirates... alasannya 1 je. sy nak transit dubai 🤣🤣🤣
    makanan pun sedap2 ni kak...boleh minta tambah x?🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya impian Kak Amie hendak naik Emirates dah tertunai.
      Rasanya air saja kot yang boleh minta tambah hihihiii.

      Padam
    2. alaaa
      igt yg sedap2 tu bleh minta lg
      🤣🤣🤣

      Padam
  5. Kalau waktu malam saya suka menghadap jendela rumah saya sambil melayari apps flight radar24....Saya suka tengok lampu kapal terbang yang baru berlepas dari KLIA.Kalau namapak lampu meriah dan pesawatnya besar cepat2 semak radar 24..Oh,pesawat Emiratus.Dalam hati berangan satu hari nanti nak merasa naik Emeratus ni..Bila baca catatan cikgu ni sangat teruja...

    BalasPadam
  6. Mungkin suatu hari nanti MH juga akan tersenarai dalam ranking 🤲
    Bila ada perbezaan waktu, itu yang jadi sahur pula😁
    Nampak sedap omelete tu walau makan dalam mamai²

    BalasPadam
  7. Seronoknya dapat naik Emirates antara yang terbaik di dunia. Next time ada rezeki boleh cuba Singapore Airlines pula. Best betul items yang diberikan tu. Yelah kan Kak Amie, bab waktu tu kadang boleh pening juga nak difikirkan jam berapa.

    BalasPadam
  8. Saya pribadi lebih suka Emirates. Krn makanannya lebih enak 🤣. Kalo Qatar haiyaaaa, macam berbumbu sangat tapi sedikit masam. Itu yg saya rasa saat terbang ke US pakai Qatar. Tapi Emirates memang sedap masakannya, mungkin Krn LBH ke western yaa.

    BalasPadam
  9. Alamak..satu hal kena buka barang kemas..SA x pernah naik Emirates lagi...KLM pernah...

    BalasPadam
  10. Emirates belum pernah lagi tapi dah naik Mas Ailines 2 tingkat masa pi umrah. Memang besar tapi takde le transit kat dubai. Mudahan ada rezeki naik Emirates. Aamiin. KLM pernah tapi peramugaranya dah berumur tak cantik dan lawo serta ganteng. Hehehehe

    BalasPadam
  11. Pengalaman yang menarik Mbak. Selain menaiki pesawat yang merupakan ranking 4 juga disajikan menu makan sahur yang sangat mengundang selera.

    Salam,

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe