City Tour di Bandar Zagreb

11:37 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Lebih kurang pukul 4 petang 15 Februari 2024 bersamaan pada hari Khamis, buat pertama kalinya kaki jejak di ibu kota Croatia iaitu Zagreb. Ibu kota ini terletak di pertengahan laluan antara Sarajevo dan Ljubljana. Kedudukan Zagreb terletak di lereng Mevednica Hill di utara dan dataran Sungai Sava di selatannya.

Peta Croatia yang berjiran dengan Slovenia, Hungary, Serbia dan Bosnia Herzegovina.

Sewaktu Amie mengembara ke Bosnia Herzegovina lapan tahun lalu, rasa agak kecut perut apabila disebut Croatia kerana semasa Perang Bosnia, Croatia bersama Serbia melakukan pembunuhan kejam ke atas umat Islam di  Bosnia Herzegovina. Hampir tiga tahun lamanya Eropah dan seluruh dunia seolah-olah membiarkan pembunuhan beramai-ramai dan penyembelihan berdarah yang dilakukan oleh Serbia terhadap lebih 8,000 umat Islam Sebrenica di Bosnia. Peristiwa berdarah ini berlaku hampir 30 tahun yang lalu. Diibaratkan jika sekarang sama halnya seperti yang berlaku ke atas saudara kita di Palestine. Bezanya di Palestine kekejaman dilakukan dalam tempoh yang cukup lama iaitu sejak 1948 dan hari ini menjangkau angka 75 tahun

Glavni Kolodvor


Kedatangan kami disambut oleh pemandu pelancong tempatan, seorang wanita cantik berkulit putih dan berambut hitam. Walaupun kami sudah mempunyai tour guide (TGB) tetapi apabila sampai ke satu-satu negara yang hendak dilawati, agen pelancongan diwajibkan menggunakan khidmat pemandu pelancong tempatan. Menurut TLM, kerajaan negara tersebut hendak memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.


Kami dikehendaki berkumpul semula di dataran ini sebelum pukul 6 petang.
Petunjuknya ialah patung Tomislav iaitu raja pertama Croatia 


Pemandu pelancong Croatia sedang memberi penerangan kepada kami mengenai tempat-tempat menarik dan bersejarah di sekitar kota Zagreb seperti:
  • Zagreb Cathedral
  • Zagreb Mosque
  • Zagreb Glavni Kolodvor
  • Mimara Museum
  • King Tomislav Square
  • Bangunan lama seperti Gereja St. Marcus, Gereja Baroque St. Catherine
  • Ilica Street
  • Dan banyak lagi....
Dalam tempoh tidak sampai dua jam, berapa banyaklah tempat yang boleh kami lawati! Rasanya hendak tercabut kaki berjalan laju dari satu bangunan ke satu bangunan untuk mendengar penerangan daripada tour guide. Belum sempat mencari sudut untuk tangkap gambar, kawan-kawan sudah berlarian mengikut tour guide pergi. Kita pun cepat-cepatlah tangkap gambar mana yang dapat! Memang asyik sungguhlah berada di sekitar kota Zagreb. Banyak dataran terbuka dan taman bunga tetapi sudah tentu tidak ada pokok bunganya sebab musim sejuk. Bangunan-bangunan lamanya juga terjaga rapi, dan ada yang sedang dalam pembaikan, barangkali untuk tujuan pemuliharaan. Seperti mana Italy, bangunan di sini juga agak mewah dengan pelbagai ukiran dan patung di dinding.


Zagreb Glavni Kolodvor

Zagreb Glavni Kolodvor ialah sebuah stesen keretapi di Zagreb.



King Tomislav  Square merupakan bangunan berkonsepkan muzium dan galeri.

Bangunan King Tomislav.









Palace Hotel



Matahari hampir jatuh di ufuk barat. Kami terus dibawa berjalan melihat panorama di sekitar.


Banyak penduduk tempatan bersira-siar di taman bersama anjing mereka.




Di sana -sini terdapat banyak patung, mungkin sempena memperingati jasa atau tokok tertentu. Tak sempat hendak melihat dengan lebih dekat sebab hendak cepat!




Sempat abadikan kenangan duduk di waktu petang di sudut taman.



Jom telusuri lorong-lorong di kota Zagreb. Apa yang ada di sana?




Menu India pun ada di Zagreb. Ada tosei, ada idli!


Beginilah suasana tempat makan di sepanjang lorong yang kami lalui. Barangkali tempat makan inilah yang dinamakan 'glass house'.







Ini pula merupakan tempat makan terbuka di luar restoran. Keadaan begini Amie dapat lihat ketika berada di Milano dan Venice. 





Kedai bunga.



Walaupun lorong ini kelihatan agak lengang, namun ada juga kenderaan dan orang-orang berjalan kaki di sini. 


Warna-warni jalan raya!


Apabila terus maju ke lorong seterusnya, kelihatan papan tanda dan banyak basikal di bawahnya!


Nikosa Tesla

Eh, ada pula Abang Tesla di sini!
Nikola Tesla merupakan seorang pereka, ahli fizik, jurutera mekanik dan jurutera elektrik. Beliau dilahirkan di Smiljan, Croatia - Empayar Austria dan menjadi warganegara Amerika Syarikat semasa dewasa.
Saudara kandungnya bernama Dane Tesla, Marica Kosanovic, Angelina Tesla dan Milka Tesla. Ibu bapanya bernama Milutin Tesla dan Duka Tesla.

Tak ada pula keluarganya yang bernama Abang Tesla!


Di sana sini memang kelihatan banyak patung manusia yang terdiri dari tokoh-tokoh sejarah dan mereka yang meninggalkan jasa ke atas Croatia.


Tour guide bawa kami masuk ke sebuah bangunan tetapi Amie tak sempat pula tangkap gambar apa nama bangunan ini. 






Apabila kami masuk ke bahagian dalam, rupanya ada kedai-kedai mewah di sini.





Ada perkataan Kamen Di Kamena Palaca. Rasanya Palaca itu bermaksud palace tapi tanya Pak Google, tak jelas pula penerangannya.


Melihat tempat dan harga barangan yang dipamerkan, memang menunjukkan bukan kedai biasa. Jadi, pandang-pandang sajalah sambil tangkap gambar sekeping dua.



Landasan trem.

Jom kita ronda-ronda jalan raya di sekitar. Walaupun tak dapat naik trem, kita tengok-tengok sajalah trem yang lalu lalang, berhenti dan mengambil penumpang.





Amie belanja video trem sedang melalui landasan.

 
Kami sudah kembali semula ke dataran seperti yang dijanjikan.
Masih banyak masa untuk berjalan di sekitar. Sekarang pukul 5:15 petang. Jadi kami ambil keputusan untuk kembali semula ke tempat menunggu sebelum pukul 6 petang.


Jom panjangkan langkah kaki.


Ban Josip Jelacic di Ban Jelacic Square.


Ban Josip Jelacic merupakan seorang bekas tentera yang dilantik sebagai Gabenor Croatia di bawah Empayar Austria yang membantu mematahkan penentangan nasionalis pada 1848.



Orang ramai berkumpul melihat replika tembaga di pusat bandar Zagreb. Hendak ambil gambar pun susah sebab di kelilingi 'aksesori'. Jadi kami terus ke tandas yang terletak di bawah tanah. Tidak perlu bayaran! Masuk percuma sahaja.


Kemudian kami meneruskan perjalanan melewati kedai-kedai cendera hati.



Nun di sana  terdapat sebuah gereja yang menjadi latar belakang pemandangan di jalan raya yang kami lalui.


Seperti kebiasaannya pada musim sejuk memang waktu malam cepat tiba!
Walaupun baru pukul lima lebih, tapi sudah mula gelap.






Boleh tahan harga fridge magnet di sini : 3.9EUR (RMatau bersamaan dengan 29.76 Kuna (mata wang Croatia).


Macam-macam bentuk souvenir ada di sini. Pilih sahajalah mana yang berkenan. Boleh bayar gunakan mata wang EURO.




Hampir pukul 6 petang.
Kami semua sudah berkumpul di tempat yang dijanjikan.


21 comments

  1. Masih ingat lagi peristiwa berdarah tersebut :(
    Mural dilukis di atas jalan ye Kak Amie , menarik!

    BalasPadam
  2. Serba serbi kena cepat ye. Tak bolehlah berleha-leha dan menikmati sangat. Ambil gambar pun kena tangkas gitu. Seram juga jika diingatkan sejarah lampau. Sebut perang je pun dah boleh buat kita kecut perut. Banyak sudut menarik di sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak masa dihabiskan dalam perjalanan di dalam bas. Memang tak ada banyak masa hendak berleha-hela dan berselfie welfie hihihiii. Memang sedihlah bila sebut perang. Lagilah apabila dikenang keadaan sekarang.

      Padam
  3. Cantik cantik bangunan mereka kan menggambarkan zaman kegemilangan mereka dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangunan agam dulu-dulu memang kukuh dan penuh seni.

      Padam
  4. Kisah Bosnia ni agak dekat di hati sy. Zaman belum ada media sosial, selalu ikuti perkembangannya dari berita tv dan akhbar.

    Kaki sy pun ikut rasa nak tercabut tengok berapa banyak bangunan nak dilawati ni, Kak Amie. Satu pengalaman berharga walau penatnya tak terkata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hendak tercabut kaki satu hal SK. Yang risaunya kalau tiba-tiba tercabut tapak kasut hahahahaa!

      Padam
  5. sebut perkataan perang pun dah seram...
    penat kaki berjalan laju nie...sebelum pergi travel, kena build up stamina dulu...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang begitulah sebelum travel memang kena kuatkan stamina.

      Padam
  6. SA terpesona tengok pemandangan bangunan kat sini especially King Tomislav Square tu..cantik warna dia..

    BalasPadam
  7. cantik cantik betul binaan bangunan kat sana kak... nampak tenang je bandarnya tu ye, tak serabut atau ramai orang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orangnya tenang-tenang juga Dana, tak suka bising-bising di tempat awam.

      Padam
  8. Cantik mural di atas jalanraya. Thanks kongsi trip ni Kak Amie. Terasa sama berjalan laju dengan group ni. Seronok, cantik semua foto.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kena jalan laju kan Mulan. Kalau tak, tertinggal jauh di belakang.

      Padam
  9. Saya masih ingat perang bosnia, krn dulu dah elementary school dan beritanya selalu ada di TV :(. sedikit sangat. Makanya ketika 2010 saya ke serbia, sebenarnya rasa kuatir krn ingat kejamnya mereka dulu . Apalagi di serbia masih banyak bangunan rusak akibat bom.

    Cantiiiiik Kroasia ini ya kak. Saya pengen nanti kliling balkan, tapi rasanya tak nak ikut tour 😅. Saya memang lebih suka jalan sendiri dengan teman atau suami, supaya lebih leluasa melihat banyak tempat. Kalo ikut tur terkekang masa kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu kami hanya transit di Airport Belgrade di serbia sebelum terbang ke Sarajevo. Itu pun sudah rasa gementar mengenangkan kekejaman mereka bersama orang Croatia sembelih orang Islam Sebrenica di Bosnia.
      Croatia memang sangat cantik. Nanti Kak Amie kongsikan pemandangan di Tasik Plitvice ye.

      Padam
  10. kelemahan travel dengan agensi macam tulah, semua nak cepat. adeh. pernah dengar nama Zagreb sebab ada kelab bola femes di situ. cantik dan bersih bandarnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sahaja rezeki untuk travel dengan mengikut agen pelancongan. Hendak pergi sendiri banyak halangannya pula Sal.

      Padam
  11. Tu gamaknya berapa ribu langkah lah satu hari.
    Cantik senibina bangunan lama² kat sana.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe