Sarapan Menu Slovenia

11:22 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumaat, 16 Februari 2024. Pagi yang dingin, suhu menunjukkan angka 2'C. Mari sarapan di Hotel Bela Krajina yang menghidangkan menu Slovenia.



Duduk di tepi tingkat sambil menikmati pemandangan di luar ketika sarapan.


Jumpa lagi hiasan kayu-kayu yang dipacak di dinding dan sudut-sudut tertentu seperti pemandangan semalam.


Sebelum melanjutkan langkah kaki ke bahagian dalam, mata dijamu terlebih dahulu dengan pemandangan di sini. Kreatif sungguh mereka mencuri tumpuan para tetamu yang datang.


Jus buah sentiasa menjadi keutamaan sajian setiap hotel sebagai pilihan minuman pagi.


Pelbagai jenis teh dan kopi turut disediakan.


Tepat pukul tujuh pagi, kami sudah boleh mengambil sajian untuk sarapan. Sebelum itu kami dimaklumkan oleh TGB dan TLM bahawa semua makanan yang disediakan boleh dimakan, dan tiada hidangan tidak halal berasaskan daging dan yang sewaktu dengannya.




Terdapat pelbagai jenis pastri yang nampak sedap belaka. Namun begitu seperti biasa, Amie akan ke bahagian buah-buahan dan salad terlebih dahulu.



Kalau di negara sendiri kita sudah terbiasa makan roti putih yang lembut, di sini semuanya keras terutama bahagian luar roti. Kalau celup sup memang senanglah hendak ditelan.





Telur.

Roti Panggang Salut Telur & Grilled Vegetables.

Tak pasti apakah nama makanan ini. Yang di sebelahnya bentuk bulat putih itu bukan telur!

Keju dan buah-buahan potong.


Buah strawberi, hirisan capsicum, butter dan pelbagai jenis yogurt.


Buah zaitun jeruk.

Strawberi.

Hiasan bunga segar di atas setiap meja.



Kamsiah : Apple Juice
Amie : Orange Juice

Kamsiah : Minuman panas , tak tahu apa yang diambil.

Amie : Taman buah-buahan dalam pinggan.

Bismillah.



Yang bentuk putih buat macam telur dibubuh manisan di atasnya itu Amie tak jumpa namanya lagi. 


Memandangkan selalu lewat makan tengah hari dan rasa lapar dalam bas, jadi paksa diri untuk makan roti. Keras pun keraslah! Janji kenyang.


Teringin pula hendak makan telur hancur dan capsicum panggang! Jadi, cukuplah dapat tenaga di pagi hari membawa ke tengah hari nanti.


Ini bukan mangkuk strawberi Amie ye. Ini sarapan pagi Lucy! Ada enam biji strawberi, Amie tambahkan sebiji lagi dari pinggan Amie, jadi Lucy sarapan tujuh biji strawberi. Ini baru pembuka selera dia, belum lagi makanan yang seterusnya... ahaks!

Stuffed Pepper with Cauliflower and Kus-Kus.

Ada rakan blogger yang bertanya tentang hidangan kus-kus di sini: MAKAN KUS-KUS DI HOTEL BELA KRAJINA dan ingin tahu lebih lanjut tentangnya. Kus-kus atau couscous ialah sejenis produk bijirin yang diproses daripada tepung durum atau tepung semolina. Kus kus merupakan makanan rugi atau makanan utama penduduk Afrika Utara, namun kini sudah menjadi sumber karbohidrat yang terkenal di seluruh dunia. Sebagaimana jenis karbohidrat yang lain seperti nasi dan gandum, kus-kus juga boleh dinikmati bersama buah-buahan, sayuran dan daging. Rasanya juga pelbagai dari manis hinggalah pedas. Samalah dengan nasi. Ada yang manis seperti wajik. Ada yang pedas seperti bubur pedas.  Terdapat beberapa jenis kus-kus yang ada di pasaran seperti kus-kus Maghribi dan kus-kus Lubnan.

Kadang-kadang Amie jumpa kus-kus yang agak kasar, dan ada juga yang halus. Amie pernah makan kus kus beberapa kali sewaktu jalan-jalan di Turkey. Oleh kerana agak sukar untuk sentiasa makan nasi, kiranya kus kus itu bolehlah dijadikan 'nasi' untuk pujuk hati... ahaks.

Kus kus yang Amie makan di hotel ini pada sebelah malamnya merupakan kus-kus yang agak halus, disumbat ke dalam capsicum. Di dulang sebelah seperti kus-kus sumbat dalam zucchini. Rasanya kus-kus itu ditambah dengan kubis bunga.Tak ingat dah apa rasanya!

14 comments

  1. Uwaaaaah yoghurtnya tak coba kak? 😍😍 kalo saya dah pasti pilih yoghurt dengan buah, supaya makin lancar ke belakang 😄😄.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang saya suka yogurt tapi memikirkan akan berada di dalam perjalanan, terpaksalah tahan diri makan sebab takut perut akan meronta-ronta dalam bas.

      Padam
    2. Bener juga sih. Yang ditakutkan tak sesuai dengan waktu yg kita mau yaa 😂😄

      Padam
  2. Oh, begitu rupanya kus-kus, makanan ruji mereka dan dimakan dgn lauk². Boleh juga disumbat². Tentu ia amat mengenyangkan.

    Sedap² sarapannya. Untung plak ada buah strawberry yg boleh diambil banyak².

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah-buahan memang mewah di sini. Sudah habis tambah lagi dan lagi.

      Padam
  3. Banyak pilihan sarapan, seronok nak mencuba.

    Teringin jugak nak mencuba kus-kus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kus-kus ni rasanya tawar, berbiji-biji. Tapi kalau pandai masak, sedap juga rasanya.

      Padam
  4. oo kus kus tu teksturnya berbiji-biji.. ingatkan mcm tekstur kentang putar hehe

    BalasPadam
  5. Rasa nak masuk dalam gambar join duduk tepi tingkap tu menikmati sarapan.Saya suka roti roti keras tu berbanding roti putih..
    Biasa nampak bunga segar dengan tangkai panjang..Ini siap ada bunga pendek dalam vase tu..cantik sangat nampak

    BalasPadam
  6. sedap sungguh nengok segala menu sarapan akak tu

    BalasPadam
  7. Best dapat makan tepi tingkap. Menu breakfast tu berbagai2, semua nampak sedap. Strawberry disaji ketika breakfast woww best nya.

    BalasPadam
  8. Saya di Berlin tu hari pun sarapan berhati-hati.. Makan roti dengan telur saja..

    BalasPadam
  9. Bagus juga diberitahu awal-awal semuanya halal boleh dimakan. Jadi kita tak teragak agak untuk ambil makanan. Roti keras kena celup kuah panas baru sedap makan. Atau cicah kopi. Sarapan berkhasiat pagi pagi ni.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe