Ikan Bolu Panggang VS Sayur Bening & Sambal Belacan

6:18 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
In syaa Allah esok umat Islam akan memulakan ibadah puasa di bulan Ramadan. Jangan lupa tunaikan solat sunat terawih pertama malam ini.

Petang ini Amie masak nasi lauk ikan bolu panggang lawankan dengan sayur bening dan sambal belacan. Untuk Firdaus pula Amie gorengkan sayap ayam. Goreng ringkas sahaja hanya bubuh garam kunyit.

Hidangan Tengah Hari / Malam


Sayur bening ini Amie hasilkan dari campuran beberapa bahan seperti labu kuning, jagung manis, sayur bayam, tomato dan yang penting daun kemangi. Daun kemangi itulah yang menerbitkan aroma yang sungguh menggugat selera!

Sayur Bening

Olahan sayur bening ini sangat ringkas kerana tidak perlu menggunakan bawang putih atau bawang merah. Rebus sahaja jagung dan labu kuning hingga empuk, dan kemudian masukkan sayur bayam bersama daun kemangi. Tambahkan garam dan perasa pilihan. Sebelum tutup api dapur, masukkan hirisan tomato.

Apabila hirup kuahnya yang masih panas, aroma daun kemangi itulah yang membangkitkan rasa sempurna!


Amie panggang setengah ekor ikan bolu di dalam kuali ajaib. Ikan bolu ini Amie perap seketika dengan bahan tumbuk lumat seperti halia, bawang putih, kunyit dan juga lada putih. Tambahkan sedikit garam dan perasa pilihan dan juga sesudu besar minyak. Biarkan seketika sebelum dipanggang.

Ikan Bolu Panggang

Hidangan Tengah Hari / Malam

Encik Suami dan Firdaus baru saja sampai ke rumah. Firdaus terus merebahkan diri dengan pakaian sekolah agama. Nampak penat sungguh! Mungkin disebabkan hari ini hari pertama persekolahan. Wokey... kami makan dulu! Hari ini makan tengah hari merangkap malam kami pada pukul 6:15 petang.

11 comments

  1. sayur bening tu nampak sangat sedap

    BalasPadam
  2. Semua sedap sangat Kak Amie, terliur sangat.

    BalasPadam
  3. Bagian ekor nya tak dipakai kak? Saya kalo ikan lebih suka ekor drpd kepala 🤣. Kalo suami suka kepala. Makanya kami ga pernah rebutan. Dia selalu ambil kepala, saya pula ekor.

    Daun kemangi memang sedap. Saya pun suka makan mentah, pakai nasi panas, ayam goreng dan sambal 👍

    BalasPadam
  4. Sayur bening enak, pas lagi untuk saur kak...banyak isiannya, sehat juga krana lengkap banyak serat..jadi perut juga sejuk

    BalasPadam
  5. sedapnyaaa. favorite sy ni mkn mcm ni..

    BalasPadam
  6. dasyat sayur bening Amie...hihihi...ad jagung tu

    BalasPadam
  7. ratah ikan pun dah ckp ni kakkkkk
    fuhhhh

    BalasPadam
  8. Masakan simple dan sihat..alahai kesiannya Firdaus...penat sungguh tu..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..selesai solat terawih 2 hari. Selamat berpuasa kak Amie dan keluarga.
    Lauk bening yang ringkas yang menyelerakan. Tambah lagi ada ikan panggang dan sambal.
    Penat sungguh tu dia, hari pertama sekolah lepas cuti mungkin penat sikit kot.

    BalasPadam
  10. Tentu makan dengan penuh selera tu. Sy kalau sayut bening, biasa guna bendi atau bayam jer. Sayur campur² pun sesuai rupanya.

    BalasPadam
  11. sedapnya nampak lauk pauk kak Amie..
    Takpe, kejap lagi dah nak berbuka..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe