Rendang Hati & Pedal dengan Kacang Panjang

9:26 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi terintai Rendang Ayam Cili Padi Kacang Panjang di dapur MAMA CELLA. Terus rasa teringin hendak masak untuk lauk berbuka puasa petang tadi. Walaupun balik lewat kerana menghadiri mesyuarat hingga ke petang, tapi gigihkan juga cari bahan untuk merendang. Amie gantikan ayam dengan hati dan pedal.

Berapa harga hati dan pedal ayam di tempat rakan-rakan blogger?
Di Eco Fresh LD, harga hati ayam RM9.40 per/kg dan pedal ayam pula RM9.49 per /kg. Beza 4 sen saja di antara keduanya!


Rendang Hati & Pedal dengan Kacang Panjang

Mama Cella tidak gunakan kerisik, tetapi apabila Amie terpandang baki kerisik dalam peti sejuk Amie masukkan sajalah dan lebur bersama bahan yang direndang. 

Semerbaklah dapur dengan aroma rendang! Cukuplah satu lauk begini untuk dimakan bersama nasi sebagaimana kata Mama Cella.

Rendang Hati & Pedal dengan Kacang Panjang

Terima kasih Mama Cella kerana kongsikan idea untuk menu Rendang Ayam Cili Padi dengan Kacang Panjang. Amie kongsikan pula resipi Rendang Hati & Pedal Ayam yang Amie ambil dari entri lama Amie: RENDANG ISI PERUT AYAM. Isi perut ayam yang dimaksudkan ialah hati, pedal, telur muda dan kelongsong telur ayam.

Resipi Rendang Hati & Pedal dengan Kacang Panjang
Bahan-bahan:
  • 1/2 kg hati ayam - bersihkan dan potong ikut suka
  • 1/2 kg mempedal ayam - bersihkan dan potong ikut suka
  • 7 batang kacang panjang - potong serong / patahkan
  • 600ml santan pekat
  • 2 helai daun kunyit - siat-siat
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam / gula / perasa pilihan secukup rasa
Bahan kisar:
  • 25 tangkai cili padi
  • 2 labu bawang besar - belah 4
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 4 batang serai - ambil isinya yang putih dan hiris kasar
Cara:
1. Masukkan kesemua bahan di dalam kuali dan jerang di atas dapur.
2. Kacau sekali sekala sehingga masak dan taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
3. Apabila rendang mulai pekat, kacau sentiasa supaya tidak berkerak di bahagian bawahnya.
4. Masukkan hirisan kacang panjang dan gaul. 
5. Apabila sudah berubah warna, padamkan api dapur.

17 comments

  1. saya suka ni.. nak nak pedal. berebut dengan suami

    BalasPadam
  2. Kalau sembelih ayam, organ dalaman ni waklah yang terpaksa ngabiskan sebab pn is3 dan anak2 tak makan.

    BalasPadam
  3. Pengaruh rakan blogger ni kuat kan. hihi.. Saya tak tahulah berapa harga hati dan pedal di sini sbb tak makan, tak pernah beli. Kalau beli ayam sekor biasanya tak nak kaki, tak nak hati, tak nak pedal semualah, kulit pun tak nak.
    Senang cara masak rendang kaedah ni.

    BalasPadam
  4. Saya masalahnya tak suka ati kak, tapi kalo rempela /pedal suka. Cumaaaa saya tak pandai mengolah rempela. Macam ada bau. Sejak itu tak pernah lagi buat masakan yg pakai pedal. Beli saja 😅

    BalasPadam
  5. Rasa² macam akan berjangkit juga dekat saya ni hihi.... Cuma itulah, Suami & anak⁴ tak makan, mungkin kena + ayam juga ...

    BalasPadam
  6. Tertelan ailio sy dibuatnya. Memang kalau lauk ni, jgn dikacau dgn lauk lain.

    BalasPadam
  7. semalam tengok mama cella share pasal rendang ayam kacang panjang, ni tengok akak lak share terus rasa nak kene cuba buat jugak gini

    BalasPadam
  8. Menarik juga dimasak rendang pedal tu. Kalau dikedai makan biasa pedal tumis dengan kacang panjang.

    BalasPadam
  9. ini makan dengan nasi panas tak yah lauk lain dah kalau saya

    BalasPadam
  10. ini lauk feveret Abah Ana ni! hehe

    BalasPadam
  11. sedap ni kak emi.. makan lauk saje pun sedap... yumm yumm yumm..

    selamat berpuasa kak emi...

    BalasPadam
  12. wow recipe yang bakal mbul cuba ah kapan kapan..kebetulan mbul en hubby suka banget ati and ampela kak

    BalasPadam
  13. Wah..nampak lagi sedap rendang cikgu...
    Ni kalau ada telur muda lagi mengancam ni .saya suka telur muda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semalam balik kerja singgah beli ayam...terpandang harga hati/pedal/kaki RM5.99/kg( baca dia RM6🤭)

      Padam
  14. inilah lauk kegemaran arwah Mak Pah...masa majlis perkahwinan SA pun lauk tambahan yang ni...ramai yang suka dan lauk ni yg cepat habis

    BalasPadam
  15. sedapnya rendang hati ayam & pedal. syu suka makan hati ayam.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe