Berbuka Nasi Ayam Resipi Simple Dimple
8:47 PTGApa agaknya juadah berbuka puasa rakan-rakan hari ini? Amie tidak masak seperti hari-hari sebelumnya. Encik Suami beli makanan di bazar Ramadan, dan hanya buat jus buah epal sahaja di rumah.
Paparan nasi ayam kali ini sebenarnya menu berbuka puasa kami kelmarin. Amie masak nasi ayam tapi kurang lengkap pula. Encik Suami sibuk dengan pelbagai urusan dan sebelah malamnya selepas terawih akan terus ke kampung untuk majlis bacaan yasin dan tahlil. Walaupun majlis tersebut juga dibuat di Silabukan, tempat tinggal ALLAHYARHAM MUHAMMAD NAZMIE AIZAT tetapi keluarga sebelah ayahnya terutama bapa dan emak saudara hendak buat juga di Kampung Cocos. Kedudukan Silabukan agak jauh dan memakan masa juga untuk ke sana, jadi tidak mengapalah adakan majlis bersama -sama keluarga terdekat di sini. Jadinya pada masa yang sama, dua tempat mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil. Mudah-mudahan segala doa yang dikirim Allah akan kabulkan.
Walaupun juadah berbuka puasa kelmarin, tetapi Amie jadikan entri juga. Maklum sahajalah kalau sudah agak sering tidak menulis, memang berhari-harilah lamanya akan berehat! Tak mahulah cerita lama berulang kembali. Berbulan-bulan lamanya tidak menulis, bertahun pula tidak berkomunikasi denga rakan-rakan blogger.
Jadi, menulislah setiap hari walaupun tidak banyak!
Nasi Ayam |
Ayam Goreng |
Sambal |
Sup Rebusan Ayam |
Samosa |
Jus Epal Hijau + Limau Nipis + Asam Boi |
Selepas majlis bacaan Yasin di kampung, biras bekalkan cucur udang dan soto dari kampung. |
Nasi Ayam Rebus |
Hidangan Berbuka Puasa |
8 comments
Selamat berbuka puasa
BalasPadamFaham sangat keadaan tu. Kita guna apa yang ada je lah.
BalasPadamTak cukup bahan pun menyelerakan. Ye, betul tu Kak Amie. Janji ada entry dan blog tak sunyi sepi. Lama tinggal jadi kekok pula nak mengarang ayat.
Makanan yang paling sedap ialah waktu lapar....
BalasPadamSama kita suka ayam rebus jika makan nasi ayam.
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan keluarga arwah dan Kak Amie.
Samalah juadah kami berbuka semalam, nasi ayam juga. Tapi saya beli je sebab sudah agak lewat untuk sampai ke rumah.
BalasPadamTeringinnya nak makan nasi ayam tapi nak makan yang TCRS...hahaha...
BalasPadamTak ada kicap pun sedap Kak Amie.
BalasPadamTak ada kecap, tapi ada sambal kak amie. Itupun dah sedap 😍👍. Minuman kalo dah pakai asam boi pastilah enak. Saya paling suka minum jus kedondong pake asam boi.
BalasPadam