Mi Kari Ala Koboi
7:32 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Balik menoreh tengah hari tadi tak dapat tahan rasa mengantuk yang amat sangat. Akhirnya kita tertidur sewaktu sama-sama Encik Suami hantar Firdaus ke sekolah agama. Dalam perjalanan pulang, Encik Suami tanya hendak beli apa-apakah untuk masak juadah berbuka. Dalam keadaan separuh sedar dengan mata terpejam Amie pun jawab: Belilah apa-apa.
Sampai rumah memang selepas solat terus rebah sambung tidur. Sayup-sayup terdengar Encik Suami berkata: Semua bahan masak yang dibeli sudah masuk peti sejuk. Nanti masaklah mi kari.
Kita jawab : Ya. Tapi jawapan itu dalam hati!
Seperti biasa, sewaktu Encik Suami sudah keluar rumah untuk ambil Firdaus, kita pun bergegas ke dapur hendak masak. Teringat pesan Encik Suami : Nanti masaklah mi kari.
Jadi, dengan harapan semua bahan untuk masak mi kari sudah ada dalam peti sejuk maka dengan senang hati kita pun mencarilah bahan tersebut. Yang ditemui:
- Ayam segar
- Mi Kuning
- Santan
- Daun sup
- Telur
Kita telefon Encik Suami : Ada beli sayur sawi tak? Ada beli fish ball tak? Ada beli tauhu kering tak?
Encik Suami jawab : Alaaaa.... lupa nak beli!
Syukurlah masih ada serbuk kari dan empat keping tauhu basah yang belum diolah. Bolehlah masak mi kari ala-ala koboi gitu.
Mi Kari Ala Kobi |
11 comments
Aisssh kenapa jadi teringin pula nak masak mie kari 😄🤤🤤. Tak apalah ala Koboy kak, yg penting sedap ❤️❤️
BalasPadamAisssh kenapa jadi teringin pula nak masak mie kari 😄🤤🤤. Tak apalah ala Koboy kak, yg penting sedap ❤️❤️
BalasPadamKoboi2 pun meriah kak 😃
BalasPadamtakpe x cukup bahan janji sedap kan kak amie
BalasPadamkoboi pun nampak sedap juga tu
BalasPadamEh..hampir geng la juadah iftar kita semalam...Saya laksa kuah frozen ja..hihihi
BalasPadamAla koboi pun nampak sedap sangat tu, Kak Amie. First time nampak mee kari ada kicap lada.
BalasPadamakak masak memang dah dlm jiwa, sup sap sup sap kejap je siap dh
BalasPadamkak... koboi ada makan mi kari ke? bkn diorg makan fish and chips je ke?
BalasPadam🤣🤣🤣🤣 #gurauje
Kak Amie.... Menu kita sama lah masak Mi Kari. Versi simple apa2 yang ada dalam peti.
BalasPadamJawab dalam hati je lah mampu kadang. hihi..mujur ingat apa yang disuruh masak. Ingatkan semua bahan dah lengkap. Kak Amie masak apa pun ala koboi pun sodap. Tak nampak tak cukup bahan pun.
BalasPadam