Sarapan Pagi di Bihac - Suhu 1'C

11:01 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Sabtu17 Februari 2024.
Kami terjaga seawal pukul 4 pagi. Walaupun suhu menunjukkan bacaan 1'C namun rasa lebih bertenaga dan badan rasa segar walaupun betis agak lenguh! Alhamdulillah, tidaklah sampai kejang. Mungkin sudah biasa berdiri lama dan berjalan-jalan sewaktu kerja-kerja menoreh, jadi apabila bermusafir tidaklah menjadi halangan apabila terpaksa berjalan dalam jangka waktu yang agak lama. 

Kami bermalam di Bihac, sebuah bandar dan pusat pentadbiran Una-Sana Canton dari Persekutuan Bosnia and Herzegovina dan terletak di tebing Sungai Una di barat laut Bosnia and Herzegovina di kawasan Bosanska Krajina. Hotel Emporium pula terletak agak jauh dari puasat bandar. Oleh kerana kelmarin petang kami mengurung diri di dalam bilik menunggu waktu makan malam, jadi tidak dapatlah meronda kawasan sekitar. Selepas makan masih ada masa untuk berjalan-jalan tapi sekali lagi kami memilih untuk berehat sahaja di bilik!

Seperti biasa kami bersihkan diri. Sementara menanti waktu solat subuh pada pukul 5:17 minit pagi, kami mengemas pakaian dan susun dalam beg. Biasanya sebelum ke dewan makan pada pukul 6:45 pagi Amie akan buka buku nota dan menulis catatan segala aktiviti dan peristiwa yang dilalui pada hari kelmarin supaya tidak lupa apabila menulis entri. Ada sekali dua menulis sebelum tidur tapi biasanya layan mata sahaja dahulu, keesokan pagi baru pegang pen. Ada ketikanya Amie tulis nota dalam HP, tapi nampaknya segala tulisan itu tidak meresap ke hati! Hendak pegang pen juga supaya apa yang ditulis tulus dari hati turun ke hujung jari... ahaks!

Jom kita seret beg, kita turun untuk sarapan.
Oh, hampir terlupa.
Semalam TGB maklumkan kepada kami makanan yang disediakan semuanya halal. Alhamdulillah. TGB kami ini sedang mengambil Ph.D. Namanya Amna, tapi kami suka memanggilnya Aminah.

Sarapan di Hotel Emporium


Keluar dari bilik, ambil gambar dahulu di hadapan pintu lift.


Selamat pagi Bosnia and Herzegovina!
Bagaikan mimpi dapat jejak kaki kali kedua di negara yang penuh sejarah ini. Namun begitu, kali pertama ke negara ini, Amie tidak sampai ke Bihac. Dulu Amie datang pada musim panas, bulan September 2016 tetapi suhu tetap sejuk di waktu siang dan bertambah sejuk pada waktu malam.


Saiz lift agak kecil. Hanya muat 6 orang sahaja. kalau bawa beg, hanya dua orang sahaja boleh masuk. Berat muatan pula terhad kepada 450 kilogram. Apabila kami turun lebih awal, tidaklah jadi masalah untuk menunggu lift naik atau turun sebelum berhenti dan buka pintu di hadapan kami.


Seperti hotel-hotel lain sebelumnya, waktu sarapan mesti ditepati. Kalau pukul 7, pukul 7 jugalah baru boleh masuk dewan makan. Tempat sarapan tidak sama dengan tempat makan malam tadinya.





Petugas di kaunter meminta kami duduk dahulu di ruang lobi. 
Kita yang tak tahu duduk diam, memanglah terus gatal kaki untuk berjalan ke sana dan ke mari. Jadi, sebelum pukul 7 pagi, dapatlah tembak beberapa sudut di ruang lobi.







Sampai ke dapur kita intai...ahaks!






Dewan makan berada di tingkat atas.
Kena naik tangga kayu di sebelah kanan lobi.


Jom kita naik ke atas.



Bon Appetit - Selamat Menjamu Selera
Jom belajar bahasa Bosnia:
Dobar Tek Pruatno - Selamat Menjamu Selera



Mari kita lihat apa yang tersedia.
Pagi ini tidaklah hanya makan telur dengan buah sahaja.




Burek - asal dari negara Turkey yang dibawa masuk ke Bosnia sewaktu penaklukan Empayar Uthmaniyyah. Burek seperti pai putar berlapis-lapis yang penuh inti samada daging kisar, keju, bayam, kentang atau campuran semuanya. Penduduk tempatan suka makan cecah dengan yogurt.











Sweet Corner


Buah peach.


Buah : Limau + Pear + Apple

Telur Hancur + Telur Mata

Grilled Veggies


Beef Sausages + Roti


Smoked Beef









Juices





Wokey! Pilihan sarapan Amie yang terletak di hadapan Amie. Yang lain itu pilihan Kamsiah. Luucy dan Nancy belum sampai lagi. Jadi kami makan dulu. Bismillah.

Ini minuman panas Kamsiah. Amie ambil gambar jew...


Yang tiga piring ini Amie punya. Hehehee... tak mahu guna 'pinggan' sebab pinggan saiznya besar, dan piring kecil sikit kononnya.... ahaks!

Epal hijau dan buah limau yang di depan dekat dengan orange juice itu Amie punya. Kamsiah punya limau di sanun. Dua biji buah itu nanti nak buat bekal perjalanan dalam bas.


Cantik pinggannya kan. Nampak timbul bunganya. Kita bagi warna-warni beef sausages, telur dadar telur mata dan grilled veggies.

Beef sausages bahagian luarnya agak liat sedikit. Grilled veggies sedap sangat, padahal sayur-sayuran saja.


Kita nak cuba rasa daging kering yang diasap dengan kayu oak. Ada rasa masin garam dan liat sedikit. 

Ambil jugalah salad dan ikan  serta chicken slice.


Cantik kan epalnya, warna hijau kekuningan.
Rasanya rangup dan manis.


Setakat makan sosej dan telur mana kenyang. Roti pun langsung tak ambil. Tapi hendak menambah sayur panggang. Entah di mana sedapnya! Padahal hanya dipanggang dan bubuh garam saja. Antara sayuran tersebut termasuklah zucchini, terung, cendawan dan capsicum. Agaknya sewaktu proses memanggang itu keluarlah segala yang manis dari sayuran tadi, ditambah minyak zaitun dan ditaburi garam. 

Ambil juga buah peach dalam tin.


Memang berazam dalam hati hendak buat Grilled Veggies di dapur sendiri. 


Opps! Tamat sudah rupanya cerita sarapan. Nampak sungguh bezanya hidangan sarapan dengan makan malam. Kita tengok nanti kalau berkesempatan makan tengah hari pula. Selama di sini kami makan tengah hari dari duit poket sendiri. Setakat ini memang sudah nampaklah:




Google


Tentu ada sebab wujudnya peribahasa tersebut dalam pengambilan makanan harian. Barangkali memang beginilah amalan pemakanan mereka. Nanti kita sama-sama belajar ye.


Pemandangan di pintu masuk Hotel Emporium.


Ada pokok togel dan ada yang berdaun.


Tinggal dulu Hotel Emporium yang berbilik harum!

Alhamdulillah.
Kenyang makan sayur!


13 comments

  1. Mewah betul pilihan makanannya 😍
    Kak Amie pun nmpk berseri dgn tudung bunga² merah ni :)
    Kalau tak keberatan boleh Kak Amie kongsi contoh catatan di buku nota Akk? Nak belajar juga mencatat di buku nota ☺️

    BalasPadam
  2. cantik dan nampak mewah susunan kerusinya semua tu lah kak... makanan walaupun takde nasi tapi tetap nampak sedap semuanya kak oi, dengan segala jenis roti tu, segala menu yang ada memang nampak menyelerakan.

    BalasPadam
  3. seronok tu hidangan sarapan pagi...mcm2 bole makan...suhu 1c sejuk tu

    BalasPadam
  4. Betullah kak Amie, menulis di buku tu baru meresap dalam hati. Sebab tu lebih suka buat nota dalam buku.
    Ruang makan luas dan jarak meja pun jauh. Sangat selesa begitu. Banyak pilihan makanan juga. Memang cantik pinggan tu, tertarik juga tengok.
    Alhamdulillah..happy tummy.

    BalasPadam
  5. gerammm je sy tgk roti2 bun2 semua tu
    dalam cuaca sejuk tu
    dapat cicah dgn teh tarik tu kakkkk
    yaa ampunnnnn
    boleh kenyang smpi tgh hari
    hahahaha

    ooo sama je ya waktu sarapan hotel kat sana dgn kat sini...

    BalasPadam
  6. Makanan ruji mereka ni gandum kan Kak Amie, jadi tak jumpalah nasi goreng atau nasi lemak. Tapi yg dihidangkan tu memang nampak enak² belaka, rasa tak nak bangun dari meja.

    BalasPadam
  7. makanan sana kebanyakkan roti ye kak amie? sejuk-sejuk tu ada selera tak nak makan tu? hehehe

    BalasPadam
  8. alhamdulillah mewah semuanya di sini selesa mengembara

    BalasPadam
  9. SA tergoda betul dengan apple kuning tu...kenapa xde jual kat Malaysia erk..

    BalasPadam
  10. antara negeri yg sangat ingin dikunjungi.. Bosnia.. dari dlu waktu peperangan sehingga ke skrg.. org bgth bosnia sgt indah dan cantik skrg...

    BalasPadam
  11. Breakfast spread tu kannnnn alahai tak tahan tengok. Suka semuanya walaupun tak termakan semua. Cantik dewan makan hotel ni. Memang berseri Kak Amie dengan jaket merah.

    BalasPadam
  12. Apple hijau tu macam iras jambu batu la

    BalasPadam
  13. Memang lah, salad di luar negara itu enaaak selalu. Ntah karena cara masak, atau memang kesegaran dari sayuran ya yg menambah rasa. Saya selalu suka makan salad tiap ke luar negara. Salad dengan balsamic saja pun dah sedap 👍

    Breakfast selalu lebih banyak Krn kegiatan kita kan biasanya padat di pagi hari. Kalo malam baiknya memang sedikiiit saja. Krn tak banyak gerak 😄

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe