Terpukau dengan Pemandangan Tasik Plitvice di Croatia : Subhanallah!

10:21 PTG

Bismillahirrahmanirrahim:

Kita mulai entri dengan merenung ciptaan Allah menerusi firman-Nya dalam Surat An-Nahl Ayat 15:

وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَارًا وَسُبُلًا لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.

Di bawah ini Amie kongsikan beberapa keping gambar yang dirakam sewaktu berada di Taman Negara Plitvice di Croatia yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan dunia pada tahun 1979.

Waktu terbaik yang dicadangkan untuk melawat Tasik Plitvice ialah pada musim bunga atau musim luruh kerana pemandangan warna yang indah diperoleh dari pohon beech. Namun begitu, rezeki kami hadir di penghujung musim dingin, tetapi tetap bersyukur dapat melihat keindahan alam ciptaan-Nya yang sangat memukau!

Sebenarnya banyak lagi gambar yang akan Amie paparkan, tapi Amie ikut urutan perjalanan supaya setiap tempat yang Amie rakam tidak tertinggal. Kalau Amie pilih-pilih gambar, nanti rentetan ceritanya pun ikut terlompat-lompat tidak ikut kronolgi perjalanan.

Kebanyakan gambar Amie rakam gunakan HP, tetapi apabila bateri habis dan sedang dicas gunakan power bank, Amie gunakan kamera pula. Amie hanya bawa kamera kecil jenis Sony's Mirrorless. Memang gambar nampak jelas dan cantik dan tidak pecah walaupun kita 'zoom' tapi bateri cepat habis juga. Maklumlah melihat pemandangan indah di sana sini, tak sedar beratus keping kita rakam!


Amie paparkan dahulu beberapa keping gambar pemandangan di Tasik Plitvice.




Tasik Plitvice merupakan salah satu keajaiban alam ciptaan Allah Yang Maha Besar. Tasik ini terletak bersempadan dengan negara Bosnia & Herzegovina yang dikelilingi tiga buah gunung dan tebing-tebing yang memukau pandangan. Saiz tasik juga berbeza-beza, ada yang besar dan ada yang kecil. Air di tasik ini akan berubah mengikut musim. Ketika kami sampai, airnya sangat jernih warna hijau kebiru-biruan. Apabila terkena pancaran matahari, permukaan air tasik kelihatan seperti warna keperak-perakan dan apabila berkocak disebabkan itik berenang di dalamnya, terlihat seolah-olah bentuk kristal yang sangat indah. Tambah menarik apabila leka menyaksikan ikan-ikan trout berenang berkawan-kawan di air tenang.

Tasik Plitvice yang berpunca dari sungai yang mengalir melalui gunung dan sungai bawah tanah ini adalah gabungan daripada 16 buah tasik dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu tasik  atas dan tasik bawah. Air dari tasik atas akan mengalir ke tasik bawah lalu membentuk aliran air terjun yang melebar ke kawasan batu kapur. Ia kelihatan bertingkat-tingkat. Namun begitu laluan air terjun tidak selalunya tetap dan akan berubah-ubah bergantung kepada kapasiti air di tasik atas.

Kesemua gambar di bawah ini merupakan rakaman perjalanan paling dekat dan cepat sampai iaitu melalui trek A.  Amie ambil dari jauh ketika memulakan perjalanan. Tak sabar hendak cepat-cepat sampai ke tempat tujuan sebenarnya. Mungkin boleh dilihat kedudukan tasik atas dan tasik bawah. Yang berwarna hijau itu ialah air tasik.


Ada jalur memanjang seperti saluran air paip di bawah bukit berbatu. Itu ialah jambatan kayu sebagai laluan pejalan kaki.

Trek menuju ke tasik.

Teringat SK dari Tanah Jauhar kata serasa hendak tercabut kaki apabila membaca entri sewaktu kami mengelilingi kota Zagreb. Memang betul, kami banyak aktiviti berjalan kaki untuk setiap lawatan di satu-satu tempat. Amie pula risau kalau tercabut tapak kasut! Amie ada sepasang kasut khas untuk travel tetapi beberapa hari sebelum sampai tarikh berjalan, kasut Amie dikencing kucing! Kami sudah tidak pelihara kucing. Yang rajin datang ke rumah kami sudah tentunya kucing luar. Aduinaa.... busuk yang teramat busuk! Hendak menangis rasanya! Kasut itu tidak ada di LD. Kami beli di Kota Kinabalu. Oleh kerana masa sudah suntuk, Amie ambil keputusan pakai kasut yang Amie gunakan sewaktu umrah hujung tahun lepas. Encik Suami bawa ke tempat tukang kasut, dan jahit bahagian tapaknya supaya lebih kukuh.

Pemandangan hutan dalam perjalanan menuju ke tasik.

Jika berkesempatan bermalam di sini, bolehlah mengelilingi keseluruhan tasik dan air terjun sekitar 18 kilometer. Kami diberi peluang untuk meneroka sejauh 3.5 kilometer. Namun begitu, trek yang tersedia bukanlah jalan datar tetapi perlu naik dan turun bukit di dalam hutan dan memanjat tebing. Kiranya lasak jugalah aktivitinya. Kalau musim panas sudah tentu basah kuyup pakaian kita. 


Sementara itu mari Amie kongsikan beberapa kisah menarik di sebalik keindahan Tasik Plitvice ini:
  • Taman Negara Tasik Plitvice ini merupakan pusat pelancongan semula jadi tertua di Eropah. Sejak abad ke-19 lagi, tasik ini sudah menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Hotel pertama yang dibina di sini ialah pada tahun 1896.

  • Pada tahun 1949, pemerintah Yugoslavia telah mewartakannya sebagai Taman Negara Tasik Plitvice. Kemudian, pihak UNESCO pula mewartakannya sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1979 kerana keindahan alamnya yang luar biasa.

  • Namun, pada bulan Mac 1991, lokasi ini telah menjadi tempat konfrontasi bersenjata apabila etnik Croats telah menuntut kemerdekaan daripada pemerintah Yugoslavia. Selama konfrontasi itu berlangsung, berlaku kerosakan terhadap alam semula jadi di taman negara ini.

  • Akhirnya pada bulan Ogos tahun 1995, pihak pemerintah Croatia berjaya merebut kembali hak ke atas taman negara ini selepas berakhirnya konfrontasi berkenaan. Ia juga merupakan titik berakhirnya peperangan di antara tiga etnik utama iaitu Croatia, Bosnia dan Serbia.
Sumber: UTUSAN TV


Pada musim sejuk air tasik akan membeku. Rezeki kami, air tasik dalam keadaan normal dan mengalir laju membentuk air terjun. Terdapat jalan-jalan dan laluan mendaki  di sekitar dan di seberang tasik. Selain waktu musim sejuk, bot elektrik digunakan untuk menghubungkan 12 tasik atas dan empat tasik yang lebih rendah. 

Para pengunjung tidak dibenarkan mandi-manda di tasik ini. Tujuannya ialah untuk melestarikan alam sekitar. Sekiranya berlaku kejadian mati lemas, adalah sukar untuk menemukan mangsa kerana pergerakan air yang sentiasa berubah-ubah dan saiz tasik yang terlalu luas.


Sesekali mencuri pandang ke arah sebelah kanan dan tidak jemu-jemu merakan gambar!


Sambil berjalan sambil kita bercerita:
    • Nama Plitvice pertama kali disebut dalam dokumen bertulis tahun 1777 oleh seorang mubaligh Kristian, Dominik Vukasovic.

    • Tasik ini mempunyai keluasan sekitar 300 kilometer persegi. Ada 12 tasik di bahagian atas, manakala empat lagi di bahagian bawah. Tasik paling tinggi berada pada paras berketinggian 636 meter. Terdapat 92 buah air terjun di sini. Veliki Slap merupakan air terjun paling tinggi di Tasik Plitvice yang mencapai ketinggian 70 meter.

    • Setiap 16 tasik yang membentuk Tasik Plitvice ini mempunyai legendanya yang tersendiri. Antara yang paling popular ialah tasik yang terletak paling tinggi, Prošćansko Jezero. Ia diberikan sempena nama seorang perempuan sihir yang telah dibunuh dan jasadnya telah ditenggelamkan di dasar tasik.
     Jezero Lake



    Seram pula dengar cerita tentang ahli sihir. Kalau pernah baca cerita-cerita rakyat Eropah memang banyak kisah ahli sihir ditemui. Selain kisah ahli sihir Proscansko Jezero yang jasadnya ditenggelamkan di tasik, banyak lagi cerita legenda lain seperti:
    • Tasik Ciginovac, diambil sempena nama seorang lelaki gipsi yang mati lemas ketika memancing. 

    • Tasik Batinovac pula diambil sempena nama seorang wanita tua yang mati lemas.

    • Galovic diambil sempena nama seorang penjenayah, Kapten Gal yang telah ditembak mati dan jatuh ke dalam tasik.

    • Tasik Milino Jezero diberikan sempena nama seorang lelaki yang mati lemas, Mile Maric. 

    • Seorang lelaki yang mati lemas di sini bernama Novakovic yang mati bersama kudanya ketika melintasi tasik. Akhirnya tasik tersebut diberikan nama Novakovic Brod.

    • Tasik Kozjak pula diberikan nama sempena peristiwa 30 ekor kambing yang melarikan diri daripada serigala. Kambing-kambing ini dikatakan merentasi permukaan tasik yang beku, tetapi akhirnya ais berkenaan retak, dan kambing-kambing berkenaan jatuh ke dalam tasik dan mati.



    Ambil kesempatan bergambar di pertengahan jalan. 





    Dari kejauhan terlihat tasik dengan air yang menghijau. Warna putih yang melingkar tu ialah jambatan kayu untuk pejalan kaki.


    Perjalanan untuk sampai ke tempat ini masih jauh, tapi ambil gambar dahulu dari atas bukit.



    Beginilah antara gambaran awal pemandangan menuju ke Tasil Plitvice.


    Nun di hujung sana, di tasik-tasik kecil yang bertingkat-tingkat kelihatan takungan air tasik yang hijau dan biru serta putih keperakan ditimpa sinar cahaya matahari.


    Kelihatan beberapa orang pengunjung sedang berjalan melintasi laluan kayu menuju ke tempat air terjun tertinggi di sebelah sanun.


    Apakah warna air tasik ini?






    Amie kongsikan rakaman video sewaktu menghampiri Tasik Plitvice.

    4 Pilihan Trekking Trails - A,B,C,K
    Laluan A - paling dekat dan cepat - turun naik bukit melalui hutan.
    Laluan K : 18 kilometer - lebih mencabar -  boleh melihat semua tasik dan air terjun.

    Setakat ini sahaja perkongsian buat kali ini. Nanti Amie kongsikan lagi gambar-gambar jarak dekat dan video tasik serta air terjun di Tasik Plitvice. 

    10 comments

    1. Subhanalloh indah sangat pemandangan...biar kata dingin tapi twig dari pepohonannya itu loh yang mbul suka seperti ada dalam film film romance....air terjunnya pun punya aliran air yang jernih

      BalasPadam
    2. Subhanallah cantiknya macam lukisan.

      BalasPadam
    3. Menarik sangat tempatnya. Memang terpukaulah dengan keindahan ciptaan Allah. Kalau travel, kena standby backup. Macam kena ada camera juga. Cantik gambar lens mirrorless tak pecah dan sharp. Cantik hasil tangkapan gambar Kak Amie. Jalan jalan di sini macam tak terasa penatnya. Tapi balik bilik berehat, baru pandai nak penat gitu kan. hihi...
      Aduh, bab kucing tu. Hari hari encik suami kena buang tahi kucing depan rumah. Kucing jiran yang mana satu tak tahulah. Tak faham dengan mereka yang tak tahu nak jaga kucing.

      BalasPadam
    4. subhanallah cantiknya kak...jernih dia tu, dengan pemandangan keliling tu aduhai tak jemu mata memandang. Unik betul nama tasik dari nama orang yang pernah lemas di situ. Kucing outdoor atau kucing liar itu lah masalahnya kak, suka membuang merata tempat, kalau kene kencin kt kasut tak terus dicuci melekat baunya

      BalasPadam
    5. Subhanallah memang cantik la Kak Amie.
      Kagum Sy dgn usaha orang2 Eropah ni dlm memelihara & memulihara khazanah alam mereka. Selalu nampak cantik, bersih dan terjaga persekitarannya 👍

      BalasPadam
    6. cantiknya view subhanallah! mcm wallpaper!

      BalasPadam
    7. Subhanallah.. cantik sungguh pemandangan di sana.

      BalasPadam
    8. Aduhhh.. mesti rasa macam nak menyumpah jer bila kasut dikencing kucing. Sudahlah dah hendak dipakai, ada pulak kejadian tragis. Mujurlah sempat hantar jahit kasut lagi satu. Cantik pemandangan tasik tu, Kak Amie. Pemandangan indah dgn suasana yg nyaman.

      BalasPadam
    9. Subhanallah cantiknya sangat. Memang doa moga dapat ke sana suatu hari nanti Insyaa Allah. Tasik Plitvice tu warna nya cantik sungguh. Macam2 nama tasik nya ya, dengan kisah tersendiri. Bentuk tasik pun berbagai2 ya Kak Amie. Tumpang seronok baca trip ni.

      BalasPadam
    10. Wajarlah tiket masuknya 25eur. krn ternyata memang luaaaas sangat ya kak. mereka pasti butuh biaya untuk maintenance tempatnya. tapi seram juga baca nama2nya, kenapa semua terkait dengan mati lemas :o . confirm saya harus datang ke sini kalo nanti bisa traveling ke negara balkan.

      BalasPadam

    TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

    Labels

    ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

    Subscribe