Nasi Daging ala Koboi

3:18 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, sebaik sahaja diberitahu oleh petugas di bahagian forensik bahawa proses bedah siasat mungkin selesai pada pukul 5 atau 6 petang, maka kami buat keputusan supaya Amie balik ke rumah dahulu. Ceritanya di sini : BULI MEMBAWA KEPADA PEMBUNUHAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU : ALLAHYARHAM MUHAMMAD NAZMIE AIZAT.

Selepas hantar Amie pulang ke rumah, Encik Suami kembali semula ke hospital dan bersedia pada bila-bila masa untuk masuk ke bilik mayat membantu memandikan jenazah. Janji Encik Suami, nanti akan ambil Amie di rumah untuk ikut serta ke tanah perkuburan di Silabukan.

Amie pun masaklah menu yang ringkas, iaitu nasi daging. Amie sebut Nasi Daging ala Koboi sebab masak gunakan apa sahaja bahan yang ada. Waktu berbuka puasa di LD dijadualkan pada pukul 6:18 minit petang. Menjelang pukul 5:30 petang, Encik Suami tidak juga pulang. Apabila Amie telefon, anak buah yang angkat dan katanya Encik Suami masih di bilik mayat. Mungkin urusan memandi dan mengkafankan belum selesai. Terfikir pula Amie, mungkin kami tidak sempat berbuka puasa di rumah memandangkan waktu hampir maghrib, sudah tentu kelam kabut mana hendak berbuka, mana hendak solatnya pula.

Maka Amie pun masukkanlah nasi daging tadi ke dalam tupperware, siap bawa bekas makan dan sudu garfu serta air minuman. Tidak kisahlah hendak makan di mana, yang penting kalau Encik Suami pulang boleh terus angkat bakul masuk ke dalam kereta.

Pukul 6 petang, Encik Suami telefon. Maaf, katanya. Jenazah akan dikebumikan di tanah wakaf jauh ke dalam dari jalan besar. Kereta biasa tak boleh masuk. Hanya kenderaan pacuan empat roda saja boleh lepas. Encik Suami tumpang kenderaan anak buah. Jadi, Amie tak dapatlah ikut. Amie mengiyakan sahaja tanpa banyak soal.  Cuma Amie tanya, macamana buka puasa? Encik Suami kata mereka akan berbuka puasa di hospital, makanlah sahaja apa yang ada. Yang penting urusan pengkebumian berjalan lancar.

Nasi Daging ala Koboi

Amie pun berbuka puasa berdua dengan Firdaus di rumah. Selepas itu Amie tidak telefon Encik Suami lagi, takut terganggu pula urusan perjalanannya. Amie hanya ikuti perkembangan seterusnya melalui WhatsAap Group keluarga.


Di sekitar kawasan inilah sanak saudara dan keluarga berbuka puasa seadanya.


Nasi Daging ala Koboi dan Air Asam yang dimasukkan ke dalam tupperware.

Menjelang pukul 11:11 minit malam Encik Suami sampai di rumah dan terus mandi. Amie ke dapur, panaskan semula nasi daging di dalam periuk pengukus. Mana tahu Encik Suami hendak makan. Tidak lama kemudian selesai mandi, Encik Suami masuk ke dapur. Katanya perutnya rasa lapar. Kita pun faham, berbuka seadanya sahaja dan hendak ke tanah perkuburan pula.

Begitulah ceritanya.

16 comments

  1. Alhamdulillah dipermudahkan urusan pengkebumian areah..SA berharap sangat agar pelaku di berikan hukuman setimpal..hanya sebab RM85 yang hilang, hilang satu nyawa...

    BalasPadam
  2. Menyelerakan nasi daging tu walau katanya ala koboi.

    Alhamdulillah selesai urusan kebumi jenazah.

    BalasPadam
  3. kalau makan ni nak kena pakai topi koboi tak?

    BalasPadam
  4. Tak apalah ala Koboy kak. Janji sedap dan perut pak suami kenyang kan 😊

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah selesai urusan akhir utk Almarhum Aizat.
    Sedap, w/pun katanya koboi je ...

    BalasPadam
  6. Ya Allah.. membaca cerita suami Kak Amie sy teringat, pengalaman yg sy lalui minggu lps, berbuka dgn apa yg ada di Rumah Mayat.

    Nasi Daging tu tak nampak koboi pun. Nampak sedappp!

    BalasPadam
  7. walaupun koboi,tetap nampak umppp sedapnyaa!
    Al-Fatihah buat arwah.. sedih sgt baca kisah dibuli hingga meragut nyawa :(

    BalasPadam
  8. Bila berlaku macam ni. Kita memang kena bersiap sedia je lah kan. Sediakan apa yang perlu in case dah terlewat senang terus bawa je. Nak buka dimana, mana-mana pun boleh. Kadang kita pun tak lalu dan beria sangat nak makan. Lepas dah selesai semuanya barulah lega sikit untuk ambil nafas dan masa tu lah perut terasa yang lapar. Yang penting segala urusan penting kita dahulukan dulu.

    BalasPadam
  9. ala koboi pun sedap jugak tu terliur pulak tengok.

    BalasPadam
  10. Walaupun koboi lengkap semuanya.
    Alhamdulillah selesai urusan semuanya.

    BalasPadam
  11. Pada saya hidangan koboi memberi peluang kita dapat menikmati "rasa" kelazatan makanan ringkas tapi nikmat..

    BalasPadam
  12. Walaupun koboi tapi sedap tu Kak Amie. Alhamdulillah selesai semuanya.

    BalasPadam
  13. masak yang ringkas je kan kak, lagilah hati tak tenteram

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe