Cara Mudah & Cepat Membuat Begedil Kentang dengan Menggunakan Sudu Sukatan Masakan

8:39 PTG

Pagi tadi, berkali-kali Firdaus bertanya tentang begedil kentang?
Ada lagikah begedil kentang?
Mommy tak buat lagikah?
Kalau Mommy buat begedil, Daus nak tolong buat.
Bila Mommy nak buat begedil?
Rasanya, lebih 10 kali Firdaus bertanya. Katanya lagi, perutnya lapar tapi bila dihidangkan nasi, dia tak mahu makan! 
Kelmarin, ketika sibuk menyiapkan hidangan mee hoon sup untuk rakan-rakan Fairuz, memang tak terkira entah berapa ketul begedil masuk dalam mulutnya! Agaknya dia rasa kenyang makan begedil kentang sehingga tidak mahu menjamah nasi. Sebelah malamnya pula, kami mengadakan hari keluarga sempena raya di rumah kakak ipar, dan memandangkan begedil tinggal sedikit, Amie pun buat lagi untuk dibawa ke sana! Amie sangka lebihan begedil masih ada di bawah tudung saji tetapi habis licin tak tinggal seketul pun!
Sebenarnya begedil kentang ini menjadi pelengkap kepada soto ayam, tetapi kami suka makan bersama mee hoon sup juga! Permintaan Fairuz ialah kalau buat mee hoon sup, tambahkan juga begedil sebab kawan-kawannya ingin makan begedil! Ketika menyiapkan begedil di sebelah pagi, Amie teringat sudu pengukur cecair untuk membuat kuih atau kek. Untuk mempercepatkan tugas, Amie sudukan kentang lenyek dengan menggunakan sudu tersebut dan Farid tolong gentel. Oleh kerana Farid tidak cekap menjadikannya bentuk begedil biasa, jadi Amie pun terima sajalah bentul begedil kentang yang bulat. Oh! Cepat pula menyiapkan dengan cara begitu! Katakan kalau kita ambil masa 20 minit sebelum ini, tetapi dengan menggunakan sudu tadi tak sampai pun 5 minit!

 Nanti kita cerita tentang Cara Mudah dan Cepat Membuat Begedil Kentang!

Ini bentuk begedil kentang yang digentel bentuk bulat oleh Farid. Amie jadikan pelengkap hidangan mee hoon sup.

 Rakan-rakan Fairuz sedang menikmati mee hoon sup ayam.

 Amie perhatikan, baik kawan Fairuz atau kawan Fuad memang suka sangat makan begedil kentang!

Begedil kentang juga boleh dinikmati bersama mee hoon sup tulang!
Antara tulang dan begedil kentang, kalau Amie jumpa kedua-duanya, Amie ngap dulu begedil kentang hihihiiii!


Inilah begedil kentang yang asli, yang biasa kami buat. Gentel, dan mampatkan menjadi bentuknya yang tersendiri. Dalam dulang di atas, ada beberapa ketul begedil hasil gentelan tangan kecil Firdaus. Amie cubitkan sedikit kentang lenyek, dia ikut gentel seperti yang Amie buat. Nampak macam sama saja, tapi sebenarnya hasil tangan ibu dan anak!

Inilah sudu sukatan masakan yang Amie gunakan untuk membentuk begedil agar lebih cepat siap. Maklumlah, begedil yang Amie hasilkan kelmarin bukan sekilo dua, tetapi lebih 7 kilogram! Ukuran paling besar ialah sebanyak 15 ml. Pada mulanya Amie ingin gunakan sudu 15 ml tetapi besar pula hasil kejadiannya begedil tersebut. Akhirnya Amie putuskan untuk menggunakan ukuran sudu masakan 7.5ml.

Inilah saiz begedil yang terhasil setelah Amie gunakan sudu sukatan masakan saiz 7.5 ml, dan kemudian digentel bulat oleh Farid.

Kali ini tak perlu bulatkan lagi begedil kentang setelah dikeluarkan dari sudu sukatan masakan. Letak saja dalam dulang untuk terus dicelup dalam telur untuk digoreng.

Jom kita mula buat. Oh..ya! Resepi Amie tak sertakan di sini. Bolehlah klik di sini untuk mendapatkannya: CARA MEMBUAT BEGEDIL KENTANG YANG MESTI DICUBA.
Mula-mula ceduk kentang lenyek di dalam bekas, sama macam ceduk aiskrim gunakan scoop aiskrim tu... heheeee! Boleh terus tekap di tepi mangkuk atau bekas kentang lenyek untuk meratakan bahagian permukaan kentan tadi. Amie lebih suka terus bawa ke tapak tangan dan tekap di situ, dan kemudian tekan sedikit untuk keluarkannya.

Jom pinjam tangan Firdaus. Beginilah caranya... jadi lebihan kentang lenyek akan terkeluar dari sudu sukatan masakan.

Permukaan begedil kentang pun lebih rata. Bila dikeluarkan, letakkan bahagian permukaan begedil di ke bahagian bawah pula.

Ini begedil kentang hasil kerja Firdaus. Dia gunakan sudu sukatan masakan bersaiz 5ml. Lebih kaecil dari saiz yang Amie gunakan.

 Gambar di atas ialah begedil kentang saiz sukatan sudu masakan 7.5ml.

 Firdaus tak sabar untuk melihat hasil gorengan begedil kentangnya.

 Sepiring kecil begedil kentang hasil tangan Firdaus!

 Amie dapat sepinggan besar!

 Nampak hidungnya berpeluh-peluh menyiapkan begedil...ahaks!


Sekian, cerita tentang Cara Mudah & Cepat membuat Begedil Kentang dengan Menggunakan Sudu Sukatan Masakan. Petang tadi kami sekeluarga meratah begedil kentang cecah sambal kicap! Firdaus tak cukup makan sepiring begedil kentangnya, diambil lagi banyak ketul dari pinggan besar. Encik Suami sangat terkejut melihat Firdaus banyak makan begedil kentang!

2 comments

  1. Comel begedil hasil tangan Fidaus. Comel macam Firdaus! hee..hee... Elok juga buat begedil bulat-bulat macam tu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe