Telur Padi & Telur Masin Air Asam Daun Ketumbar

11:11 PTG

Amie rebus dua biji telur padi dan sebiji telur masin. Jadilah resipi Teur Padi & Telur Masin Air Asam Daun Ketumbar. Sepatutnya daun ketumbar dihiris dan gaul dalam airasam, tapi  terlupa pula. Waktu ambil gambar, bubuh jew daun ketumbar di tengah-tengah telur.

Telur Padi & Telur Masin Air Asam Daun Ketumbar.


Seperti biasa hanya masak nasi dan lauk-pauk sekali sahaja dalam sehari. Pagi tadi sewaktu ke pasar Amie nak beli ingat selangat. Setiap kali tunjuk ikan ini, Encik Suami mesti bisik : Banyak tulang. Banyak sisik! Itulah ikan paling sedap pernah Amie nikmati waktu kecil-kecil dulu. Walau pun banyak sisik, Amie juga yang akan siang! Biar pun banyak tulang, tahulah kita cara untuk mengolahnya.... ahaks! 

Hidangan makan tengahari. Nasi & lauk-pauk kampung.
  • Nasi Putih
  • Ikan Selangat Goreng Garing
  • Sayur Petola Masak Lemak Putih dengan Fucuk
  • Udang Kertas Goreng Salut Tepung Bestari
  • Telur Padi & Telur Masin Air Asam Daun Ketumbar
  • Ulam - Lettuce & Petai
  • Sambal Tomato Versi Ikan Bilis
  • Hirisan Nanas
Sayur Petola Masak Lemak Putih dengan Fucuk.

Sayur Petola Masak Lemak Putih dengan Fucuk ini mengimbau masakan di kampung. Tambah sedikit tempe dan juga suhun, perencah ikan bilis dan hirisan cili merah. Bonda banyak tanam sayur termasuk petola. Kalau nak masak sayur petik saja petola muda dari pokoknya. Bonda suka masak bening dan juga lemak putih. Sedap sangat. Terasa kemanisan dan aroma petola muda yang wangi!

Ikan Selangat Goreng Garing.

Ikan selangat yang ditakuti Encik Suami ini Amie kelar-kelar. Lumur garam dan serbuk kunyit. Goreng garing-garing. Tulangnya pun boleh dikunyah. Encik Suami pun ikut maka juga dua ekor! Firdaus tak  makan ikan selangat goreng. Amie pun tak benarkan makan ikan ini. Katanya nak makan udang goreng saja.

Udang kertas goreng tepung BESTARI.

Udang kertas ini Amie goreng salut tepung BESTARI. Suka sangatlah dia meratah. Nasi di pinggan tak habis dimakan. Katanya masih kenyang makan samyang cream carbonara.

Salad letuuce & petai.

Teragak-agak nak beli petai di pasar. Harganya tetap harga kayangan. RM30.00 sekilogram. Sempat juga Amie tanya penjual petai : Kenapalah mahal sangat harga petai? Sengih-sengih saja penjual petai itu. Kalau tak beli, nanti sampai rumah teringat-ingat pula! Sudahlah beberapa malam asyik termimpi petai jeruk Mama Cella....kah!
Kami ini asyik termimpi-mimpi saja. Petang tadi Encik Suami cerita mimpi makan durian Musang King dengan kawan. Tiba-tiba Firdaus kejutkan, bagi tahu ada jiran hantar buah. Encik Suami sangka buah durian, rupanya buah terap @ tarap....ahaks!

Sambal Tomato Versi Ikan Bilis.

Sambal Tomato Versi Ikan Bilis masih ada lagi. Firdaus makan udang goreng cecah sambal ini. Pandai dah budak kecil itu nak kurangkan pedas. Dia sediakan sendiri air panas suam di sebelah pinggan nasinya. Kalau rasa pedas, dia minum seteguk!

Nanas.

Encik Suami beli tiga biji nanas. Manis rasa nanas ini. 

Telur Padi & Telur Masin Air Asam Daun Ketumbar

Jom kita lihat resipi Telur Padi & Telur Masin Air Asam Daun Ketumbar di bawah ini. Nak guna telur ayam biasa pun boleh. Ikut selera masing-masinglah. 

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur padi - rebus - kupas kulit - belah 2
  • 1 biji telur masin - rebus - kupas kulit - belah 2
  • 1 labu bawang besar - kupas kulit - hiris
  • 1 pokok ketumbar - hiris
  • 10 biji cili padi
  • 1 sudu kecil belacan bakar
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 3 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara:
  1. Tumbuk kasar cili padi bersama belacan bakar.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam sebuah bekas. 
  3. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, bancuhan pati asam jawa, garam, gula dan perasa pilihan.
  4. Gaul sebati. Tuangkan jus limau kasturi dan masukkan hirisan daun ketumbar.  Kacau beberapa kali.
  5. Susun telur padi dan telur masin di dapan mangkuk.
  6. Tuangkan air asam daun ketumbar.
  7. Sedia untuk dinikmati.


20 comments

  1. Eh,kita sama-sama menaip ke...Posting entri kita berselisih 1 minit sahaja.Cikgu post 11.11 malam
    (cantik angka tu)Saya post 11.12 malam..hihihi
    Patut tersedak jeruk petai...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penat menanda kertas tadi, berhenti kejap tulis entri. Pandang gambar petai kita teringat jeruk petai dalam balang Mama Cella hihihiii.... Jom kita tidur.

      Padam
  2. semua menu aimie sedap, selera saya ni. slmt menjamu selera yea

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput Shirven. Alahai....tiba-tiba teringat buah dabai. Dah mula musim ke di sana?

      Padam
  3. kak wangi tk pernah jmp telur padi...telur ni drpd ayam selasih ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telur herba ni. Telur itik. Ada yang panggil telur pindang cina, telur seribu tahun, egg century.

      Padam
  4. Dulu masa saya kecik, ayah saya suka beli telur padi ni. Sekarang dah tak makan agaknya. Saya suka makan dengan lauk masak lemak cili api. Kombinasi lauk pauk yang sedap tu Kak Amie. goreng gorengan dengan sambal dan kuah sayur lemak putih.

    BalasPadam
  5. sedapnya selangat goreng..wah mimpi mkn durian ya nkdpt rzki tu insyaAllah

    BalasPadam
  6. sedapnya menu akak... dana tak pernah rasa telur padi tu, nak beli tak berani lak camne la rasanya tu kak... hehehhe, sejenis penakut nak rasa

    BalasPadam
  7. sedap-sedap dan cantik menunya, kak. confirm kena bertambah-tambah makan ni :P

    BalasPadam
  8. Macam manalah rasa telur padi itu? Tengok macam telur pindang juga.
    Haha saya pun takut makan ikan banyak tulang.

    BalasPadam
  9. SA ada 2-3 ekor lagi ikan selangat tu..selalunya goreng garing2...nanti nak goreng macam kak amie kelar tu la...

    BalasPadam
  10. Telur padi ni tak pernah dgr dan mkn tp menu2 lain mmg sedap

    BalasPadam
  11. Sy tak pernah makan ikan selangat ni tapi selalu nampak rupa ikan goreng dikelar2 begitu. Pak Inche pun sama la, takut makan ikan bertulang, sy pun takut tengok nanti, hihi

    BalasPadam
  12. Telur padi sama aje ke kak amie dengan telur ayam or itik tuuu? Nampakkk sedappp!

    BalasPadam
  13. Baru tahu 100 years egg ni dipanggil telur padi, kak. Selalu saya panggil telur padi je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. *eh.. salah pula. Saya selalu panggil 'telur hitam' je. :)

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe