Sambal Tomato Versi Ikan Bilis

6:15 PTG

Kelmarin sudah puas menjamu selera dengan ketupat dan rendang daging. Hari ini kembali ke menu harian. Amie nampak banyak cili padi dan buah tomato di dapur. Teringat pula ada stok ikan bilis. Bolehlah buat sambal tomato. Biasanya Amie bubuh udang kering tetapi kali ini Amie bubuh ikan bilis. Hasilnya nanti bolehlah bubuah atas ikan panggang, atau makan dengan ayam goreng atau juga cecah dengan ulam-ulaman.

Hidangan makan tengahari kami hari ini ringkas sahaja. Ada nasi putih lauk ikan tenggiri masak singgang. Amie bubuh budu sedikit dan tambahkan terung gboma & tomato kampung. Firdaus nak makan anak ikan bawal hitam goreng. Jiran sebelah hulur terung. Amie goreng beberapa biji. Makan terung cecah sambal tomato.

Sambal Tomato Versi Ikan Bilis

Hidangan makan tengahari.

Ikan tenggiri masak singgang bubuh budu. Tambah terung gboma & tomato kampung.

Anak ikan bawal hitam goreng.

Terung pemberian jiran.


Ulam-ulaman : terung goreng & kacang botol.

Hirisan buah honeydew.

Cili padi, cili merah & tomato.

Jom kita lihat resipi Sambal Tomato Versi Ikan Bilis. Amie masak dalam jumlah yang agak banyak. Boleh simpan untuk dimakan pada hari yang lain. Sebelum masak nasi dan masak lauk yang lain, Amie tenggekkan dahulu periuk berisi Sambal Tomato Versi Ikan Bilis ini atas dapur. Apabila selesai masak, sambal pun sudah terbit minyak dan boleh dinikmati sebagai lauk makan tengahari.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan cili padi
  • 8 biji cili merah -patahkan 2
  • 10 biji tomato saiz kecil - belah 4
  • 2 cawan ikan bilis - bilas & toskan
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang besar - hiris kasar
  • 1 sudu besar belacan 
  • gula melaka secukupnya
  • 2 keping asam gelugur
  • garam / perasa pilihan
  • 3/4 cawan minyak
Cara:
  1. Kisar ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan belacan dengan mencampurkan 3/4 cawan minyak.
  2. Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk / kuali.
  3. Kisar pula cili padi, cili merah dan tomato dengan menambahkan sedikit air. Kisar jangan terlalu halus.
  4. Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk / kuali.
  5. Tambahkan gula melaka secukupnya, dan masukkan asam keping.
  6. Masak dengan api perlahan. Tutup periuk / kuali. Buka sekali-sekala. Kacau supaya tidak berkerak.
  7. Setelah sambal terbit minyak, taburkan garam / perasa pilihan.
  8. Kacau beberapa kali dan biarkan seketika di atas dapur sebelum api dapur di padamkan.



Bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan belacan.

Bagi yang alahan belacan, tak perlu bubuh belacan. Ikan bilis sudah memadai untuk dapatkan rasa yang istimewa. Kalau rajin gunakan bawang merah saiz kecil. Amie campur bawang merah besar dengan bawang Holland. Belacan dalam gambar di atas itu penuh satu bekas. Ambil ikut keperluan sahaja.

Setelah kesemua bahan bercampur dalam periuk, beginilah kejadiannya. 


Sambal Tomato Versi Ikan Bilis sudah terbit minyak. Kalau nak lagi kering, biarkanlah di atas api dapur seketika lagi. Encik Suami kata, aroma sambal tomato ini sampai ke bilik tidur di tingkat atas!

Tak terkira berapa kali Firdaus tambah nasi dalam pinggan! Budak kecil itu makan nasi lauk anak ikan bawal dengan sambal tomato. Amie hanya berpandangan dengan Encik Suami melihat Firdaus menambah-nambah nasi dan makan dua ekor anak ikan bawal.

Kata Encik Suami: Ada orang penat mengurus kedatangan ahli keluarga baru.

Firdaus terus menyuap nasi ke mulut. Amie terbayang sebentar lagi dia akan keluar memberi makan dan minum susu kucingnya yang baru melahirkan 5 ekor anak.

Sambal Tomato Versi Ikan Bilis



33 comments

  1. Wah..menarik...kalau dapt ni memang sedap makan ngan ayam goreng panas- panas...ngan ikana goreng kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SA. Rasanya pun taklah pedas sangat.

      Padam
  2. sedappnya singgang tu
    sy suka hirupp. kuahnya

    BalasPadam
  3. tengok sambal tu menarik nyaaa!!
    maunya berulang makan nasi klu dapat sambal cmatu ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu laaa... Firdaus asyik menambah nasi dalam pinggan.

      Padam
  4. wuuu ikan bawal akak nampak menarik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak ikan bawal hitam kegemaran Firdaus tu.

      Padam
  5. Setiap hari mmg menyelerakan menu kak amie sekeluarga…

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Afeezz. Menu kampung yang ringkas sahaja.

      Padam
  6. Selera sungguh nampak lauk-lauk daripada ikan segar.
    Ratah pun sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus tu tukang ratah anak ikan bawal heheheee... suka betul dia.

      Padam
  7. Ambil ikan bawal dan cicah dengan sambal tomato, fuh, sedap..

    BalasPadam
  8. Bagus selera makan Firdaus. Kecil- kecil sudah biasa makan yang pedas.
    Tahniah ada 5 anak kucing baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam orang tua pula Firdaus kan, suka makan sambal. Biasanya saya kurangkan pedas sambal. Bertambah ahli keluarga dah ni hihihii.

      Padam
  9. Senang bila ada stok sambal ni. Macam macam boleh dioleh dalam masakan. Saya pun biasa gunakan ikan bilis juga sebab husband tak makan belacan dan kurang suka udang kering. Kena ikut selera dia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, gunakan ikan bilis pun sedap.
      Senang ada stok sambal begini, nak makan hanya panaskan saja. Boleh cecah dengan apa-apa lauk.

      Padam
  10. Tak pernah tak menyelerakan lah menu hidangan kak amie ni, bertuah firdaus dan husband kak amie dapat makan sedap sedap selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Atiqah. Masakan kakak ringkas sahaja.

      Padam
  11. sambal tomato gini makan dgn apa saja mmg sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI.
      Sambal ni tahan beberapa hari pada suhu bilik.

      Padam
  12. Saya terbayang sambal Kak Amie ni dilawan dengan lempeng kepala... Alahai, terliur dibuatnya 😊
    Comel Firdaus berselera makan sampai bertambah-tambah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai Farrah...
      Esok kakak nak buat lempeng kelapa!
      Terbayang keenakannya, lawan kopi hitam panas!

      Padam
  13. kalau msk ni ada x dlm sejam baru selesai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh masaka dalam tempoh satu jam.
      Kak Amie ambil masa lebih sejam sebab nak sambal mesra dengan api perlahan dan terbit minyak yang sempurna.

      Padam
  14. p/s terima kasih ats komen dan sggh blog sy. nnt sy smbg komen lg yaa😊

    BalasPadam
  15. sedapnya nmpk sambal tomato ni. boleh cuba satu hari nnti..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe