Rebung Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Kerapu Masin

8:31 PTG

Kadang-kadang rasa rindu nak baring-baring selepas selesai PDPR dan menghantar laporan di petang hari. Biasanya kalau sudah terbaring memang akan terus terlelap! Nanti PDPR Firdaus entah ke mana!

Syukurlah hari ini Firdaus beri kerjasama. Latihan Matematik dibuat hingga selesai. Sebelum ini Amie mesti bantu Firdaus selesaikan latihannya sebab Firdaus belum menguasai sepenuhnya konsep bahagi. Hari ini pun guru Matematiknya masih berikan latihan Membahagi Dalam Lingkungan Fakta Asas.

Kemudian buat rakaman video Firdaus baca Surah An. Nas tanpa melihat al-Quran. Hantar kepada ustazah yang mengajar Pendidikan Islam.  Sebelum itu Firdaus buat rakaman suara juga untuk Tasmik, dan hantar kepada ustaz Bahasa Arab. Alhamdulillah. Walaupun berkurung di dalam rumah, masih ada peluang untuk mempelajari al-Quran secara maya. 

Setelah siap latihan subjek Matematik dan Pendidikan Islam, dan hantar melalui GCR Firdaus siapkan pula subjek Bahasa Inggeris.

Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari untuk Amie dan Firdaus semak semula kerja-kerja yang telah diberi. Mana tahu ada yang tertinggal. Biasanya ada tu... ahaks! 

Wokey!

Cerita hari ini, sambil berBDR sambil bantu PDPR Firdaus, sempat jadi lipas kudung di dapur. Untuk memudahkan olahan masakan, seperti biasa kalau masak lemak cili padi Amie tak bubuh bawang putih bawang merah dah. Inilah hasilnya kalau selalu intai dapur Suria Amanda. Dah jangkit-jangkitan masak lemak cili padi...hihihiii!

Firdaus pula awal-awal lagi sudah beri isyarat : Dah lama Mommy tak masak ayam! Ha... betul tu. Jadi hari ini panggang seketul ayam dalam air fryer. Mudah dan pantas! Maka, pada pukul 2:30 petang terhidanglah:

  • Nasi putih
  • Rebung Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Kerapu Masin
  • Ayam Panggang Air Fryer
  • Ikan Bawal Hitam Goreng
  • Cili Bawang Putih



Hidangan tengahari & lauk-pauk.

Ayam Panggang Air Fryer : 22 minit. Suhu 180'C.

Ikan Bawal Hiitam Goreng

Cili Bawang Putih

Cili Bawang Putih ini Amie suka sediakan lebih awal sebelum makan. Buat lebih lagi bagus sebab apabila hendak makan, hanya hidangkan saja. Oleh kerana saiz cili padi yang halus-halus begitu, Amie campak masuk saja tak payah hiris. Jika inginkan kelainan selain sambal belacan, air asam dan sebagainya bolehlah buat cili bawang putih. Cili dan bawang putih dicincang. Bubuh cuka, kicap lemak manis dan minyak bijan. Boleh makan dengan ikan goreng, ayam goreng, bubur dan sebagainya.

Hirisan buah honeydew & limau sunskist.

Encik Suami memang akan makan buah dahulu sebelum jamah nasi. Hari ini Amie sediakan hirisan honeydew dan limau sunkist.

Rebung Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Kerapu Masin

Jom kita lihat Rebung Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Kerapu Masin. Amie masak cara orang kampung kami, bubuh suhun dalam masak lemak. Kali ini Amie gunakan santan kotak. Kunyit pun guna kunyit serbuk.

Bahan-bahan:
  • 400 gram rebung - celur hingga lembut - toskan
  • 1 keping ikan kerapu masin - potong 3 - rendam 20 minit - bilas beberapa kali untuk kurangkan masin
  • 1 cawan suhun yang sudah direndam hingga kembang
  • 1 kotak santan 
  • 500 ml air
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • segemggam  cili padi kampung - tumbuk
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Masukkan air ke dalam periuk bersama rebung, serai, cili padi dan serbuk kunyit.
  2. Masak sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan kerapu masin, asam gelugor dan santan kotak. Perlahankan api.
  4. Masukkan suhun, garam / gula / perasa pilihan.
  5. Kacau sehingga kuah mendidih, dan padamkan api dapur.


19 comments

  1. Bolehlah saya cuba cili bawang putih. Tq.

    BalasPadam
  2. Ya Allah..dah la tengah lapar ni..kat Bukit Jalil sampai maghrib baru sampai rumah.Jalan-jalan sini..ya ampun sedap-sedapnya lauk...

    BalasPadam
  3. Firdaus pun alert dah dengan masakan mommy. Lama tak masak ayam ye. Sedap lauk rebung campur ikan masin tu. Suka rebung, sebab rangup rangup makan. Selamat berhujung minggu kak. Ada lah tu homework Firdaus yang tertinggal.

    BalasPadam
  4. Wah..baru tau cili bawang putih tu.
    Sedap masak lemak cili padi ada ikan masin.

    BalasPadam
  5. Sama kite kak, sokmo merakam anak berpdpr hehe

    BalasPadam
  6. baru terfikir nk masak lemak rebung weekend ni terus ada dh kt sini

    BalasPadam
  7. Eh macam,nak try je menu cili bawang utih tu m nampak,macam lain dari lain sebab ada minyak,bijan

    BalasPadam
  8. menu semua memenuhi selera kak amie..mkn bertambah lg2 ada cabai kicap tu..

    BalasPadam
  9. Yesss tebung peberet akak...sedap dimasak mcm mana sekalipun kan...cili bawang putih tu pertama kali dengar..

    BalasPadam
  10. KALAU 4-5 ORANG ANAK PDPR LETIH IBUBAPA NK PANTAU KERJA SEKOLAH MRK KAN..SEDAPNYA REBUNG MASAK LEMAK KUNING

    BalasPadam
  11. Meriahnya lauk2 di LD ni, sy nak ceduk gulai lemak rebung cili api tu dulu

    BalasPadam
  12. Baca pasal orang handle anak PDPR, saya pun terasa penatnya. Alhamdulillah masih diberi kekuatan dan kerajinan masak Macam-macam. Selamat berhujung minggu

    BalasPadam
  13. menarik cili bawang putih tu. nk cuba buat la nnti.

    BalasPadam
  14. Terliur tengok gulai rebung tu, kak.
    Selamat berPdPR untuk Kak Amie dan anak-anak. Moga semua berjalan lancar dan baik-baik aja.

    BalasPadam
  15. ikan bawal goreng tu paling sedap bg saya, hahaha

    BalasPadam
  16. Terliurnyaaa tengok masak lemak cili padi kak amie tu!

    BalasPadam
  17. Rebung antara benda yang saya tak makan..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe